suria

[VIDEO] Cahaya terang sinari ruang udara Sarawak cetus misteri, gemparkan penduduk

Tangkap layar rakaman tular yang kecoh menjadi perbualan netizen di Twitter.

LANGIT Sarawak pada awal pagi Ahad disinari dengan cahaya misteri yang disangka sebagai meteor oleh segelintir penduduk.

Dalam satu rakaman tular, kelihatan satu bebola cahaya diekori percikan persis tahi bintang sedang melintasi ruang udara di Jalan Bako, Kuching.

"Meteor spotted in Kuching! #JalanBako 31 Julai 2022," tulis pelayar Twitter @nazriacai.

Ciapan video yang dimuat naik tepat pukul 12.57 pagi itu sehingga kini meraih lebih 5,600 ulang kicau.

Malah, video berkenaan turut menerima lebih 1.5 juta tontonan.

Di ruangan komen, seorang lagi pelayar Twitter dikenali sebagai @Drizzle78878087 turut berkongsi kejadian sama yang dirakam di Bintulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Cahaya Misteri Terangi Langit Di Sabah

ARTIKEL BERKAITAN: Meteor meletup di ruang udara JB? Ada pula yang kaitkan dengan makhluk asing - “Ingatkan Singapura diserang”

Difahamkan, cahaya misteri berkenaan merupakan serpihan daripada roket pelancar China yang bertebaran kembali ke ruang bumi.

Menurut laporan CBS News, serpihan dari roket penggalak China yang besar tiba semula ke bumi pada Sabtu.

Jelas Komando Angkasa Amerika Syarikat (AS), serpihan roket itu memasuki semula atmosfera bumi di atas Lautan Hindi pada kira-kira 12:45 tengah hari (EDT).

roket gerry 2

Agensi Angkasa Malaysia turut memuat naik kenyataan mengenai kemungkinan insiden kejatuhan serpihan roket itu. Foto:Getty.

Perbadanan Aeroangkasa berkata bahawa ia berkemungkinan terbakar apabila kembali, tetapi terdapat sedikit risiko serpihan menyebabkan kerosakan atau kematian.

Mereka juga tidak dapat meramalkan titik tepat kemasukan semula atau berapa banyak kerosakan yang boleh berlaku.

Sementara itu, laman Twitter rasmi U.S. Space Command turut mengesahkan tebaran serpihan itu menerusi satu ciapan pada 1.45 pagi Ahad.

roket 2

Rakaman yang dikongsi menerusi Twitter meraih lebih sejuta tontonan.

"#USSPACECOM boleh mengesahkan roket Republik Rakyat China (PRC) Long March 5B (CZ-5B) memasuki semula Lautan Hindi pada kira-kira 10.45 pagi MDT pada 30/7.

"Kami merujuk anda kepada #PRC untuk mendapatkan butiran lanjut tentang aspek teknikal kemasukan semula seperti lokasi kesan penyebaran dan serpihan yang berpotensi," tulis pengendali akaun Twitter itu.

Untuk rekod, Agensi Angkasa Malaysia pada 29 Julai turut memuat naik kenyataan mengenai kemungkinan serpihan roket Long March 5B milik China jatuh ke ruang udara bumi.

"Agensi Angkasa Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ingin memaklumkan bahawa ramalan terkini kemasukan semula serpihan roket Long March 5B milik China ke ruang udara bumi adalah pada 30 Julai 2022 sehingga 1 Ogos," ujar kenyataan itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain