suria

Lain macam OOTD kemeja Fazura, wanita ini ‘confident’ sarung 2 helai baju serentak... Netizen tak sanggup tiru fesyen sarat!

Cara Farah menggayakan dua helai kemeja.

VIDEO five minutes craft atau crazy hacks sama ada berkaitan tip mengemas rumah, memasak mahupun fesyen yang dikongsikan di media sosial sering menjadi panduan ramai.

Disebabkan kaedah yang ringkas dan menarik itu, kebanyakan pelayar media sosial gemar mencubanya.

Seperti yang dilakukan Farah Hafiz, dia cuba menggayakan pakaian dengan menggabungkan dua helai kemeja berlainan warna sekali gus.

Namun apa yang ditampilkannya itu mengundang kecaman netizen kerana dikatakan lebih menyusahkan serta tidak kemas berbanding cara pemakaian biasa.

Malah rata-ratanya menyatakan wanita berumur 30 tahun ini mempunyai tahap keyakinan yang tinggi sehingga berani tampil dengan fesyen pelik seperti itu.

“Banyak sangat tengok 5-minutes craft.

“Tak apalah kak. Saya tak rajin nak seterika dua helai kemeja, pakai pula satu baju kat dalam. Saya cadang nak duduk rumah diam-diam saja.

“Pendapat saya, style macam ni kalau satin atau material yang jatuh lembut okey la. Kalau keras macam baju kurung sekolah kita, tak kemas.

“Kawan-kawan dia yang dekat tu, boleh tolong tegur tak.

“Kalau aku pakai ni depan nenek, mesti dia cakap aku tak betul,” ujar beberapa netizen di ruangan komen.

Walaupun ramai yang mengeji, ada juga dalam kalangan netizen di TikTok memuji idea ditonjolkan Farah kerana dianggap kreatif.

Farah menunjukkan koleksi jualannya.

Farah menunjukkan koleksi jualannya.

Kata mereka kecaman itu muncul kerana Farah bukanlah individu ternama mahupun artis.

Ketika dihubungi mStar, Farah mengakui gaya tersebut dicubanya selepas menonton video tular di media sosial.

“Saya pernah nampak ada orang buat baju macam tu tapi menggunakan sehelai kemeja sahaja. Jadi, saya rasa nak buat kelainan dengan menggabungkan dua helai kemeja berlainan warna.

“Gaya ni masih guna jenis kemeja yang sama, tetapi diubah suai sedikit supaya kelihatan berbeza,” jelasnya yang juga merupakan seorang peniaga pakaian.

Meskipun dikecam, anak jati Johor ini tetap gembira dengan caranya, malah dia tidak sedikit pun terasa hati dengan setiap kata-kata yang dilemparkan netizen.

Tak apalah kak. Saya tak rajin nak seterika dua helai kemeja, pakai pula satu baju kat dalam.

FARAH

Baginya, video perkongsian itu dapat membantu meningkatkan jualan, pada sama membolehkan perniagaan yang dijalankan lebih dikenali ramai.

“Saya memang jual baju kurung saree import dari India. Baju kemeja Fazura yang saya style dengan gabungan dua warna tu pula dijual sebagai casual outfit.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada ni haaa... tengah berkhemah! Penjual air buah seksi kunci mulut selepas dikecam, kongsi video masak-masak di pantai

ARTIKEL BERKAITAN: Dikecam buat ‘review’, dapat banyak followers... Kak Long rayu peluang kedua demi cari rezeki

“Mula-mula macam tak jangka orang tengok video tu dan ingatkan mereka akan menyukainya supaya saya boleh buat lebih banyak style.

“Tapi kesudahannya kena kecam... ada yang cakap tak rajin nak seterika dua helai baju dan ada pula persoalkan sebab kena pakai dua lapis baju.

“Walaupun begitu, saya bersyukur kerana jualan saya meningkat dan kemeja Fazura yang saya ada habis terjual sehingga kehabisan stok,” luahnya yang sedikit terkejut kerana pertama kali menerima kecaman.

Antara komentar di videonya.

Antara komentar di videonya.

Menurut graduan Kejuruteraan Geomatik Universiti Teknologi Malaysia di Skudai Johor itu lagi, dia juga tidak menyangka video tersebut menjadi tular sehingga dikongsikan di pelbagai platform media sosial lain.

Menceritakan tentang bisnes yang dijalankan bersama suami, Fawaz Zaini, ujarnya, ia dimulakan pada tahun 2017.

“Masa tu dah jual macam-macam barang sebab jadi dropship brand. Apabila dah stabil dan mempunyai perancangan menyeluruh, saya mulakan bisnes sendiri.

“Bisnes ni bermula semasa saya berada di semester akhir pengajian... saya juga baru kahwin pada tahun tersebut dan bisnes dijalankan sebab nak bayar komitmen sahaja,” luah ibu kepada dua cahaya mata ini lagi.

Tambahnya, keputusan untuk meneruskan bisnes sepenuh masa dibuat kerana dia hamil sejurus selepas tamat pengajian peringkat ijazah sarjana muda.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain