suria

Rider Grab dipuji cekap bantu ambulans kawal lalu lintas... “Tengok gaya macam polis trafik, maybe dia buat partime”

Netizen memuji kepakaran rider tersebut yang dianggap sebagai hero masyarakat.

VIDEO memaparkan ambulans yang ditahan bagi memberi laluan kepada konvoi orang kenamaan (VIP) pernah tular sehingga mengundang kemarahan netizen.

Namun lain pula ceritanya kali ini apabila seorang rider GrabFood menerima pujian ramai selepas dia membantu melancarkan trafik bagi memberi laluan kepada sebuah ambulans.

Video tular yang dikongsi seorang pemandu ambulans itu meraih lebih sejuta tontonan dalam tempoh sehari, sejak ia dimuat naik ke aplikasi TikTok pada Jumaat.

"Semoga dipermudahkan urusan abang Grab," tulis pemandu ambulans dikenali sebagai Abam Muadz itu.

Dalam rakaman berkenaan, pemandu GrabFood itu menunggang sebuah motosikal di sebuah lebuh raya sambil menggunakan sebelah tangannya untuk mengawal lalu lintas.

Dia dilihat menyalakan lampu kecemasan motosikal miliknya sambil mengarahkan pengguna jalan raya agar ke tepi untuk memberi laluan kepada ambulans berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ambulans ditahan elak bertembung konvoi - Polis

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh polis trafik dituduh halang ambulans sebab utamakan konvoi VVIP, betul ke nyawa rakyat dah tak bernilai?... apa kata saksi, petugas medik

Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap lelaki itu yang disifatkan sebagai hero masyarakat, sekali gus dapat memudahkan urusan pihak hospital dalam menyelamatkan nyawa pesakit.

"Ya Allah mulianya hati dia. Luaskanlah rezeki dan lancarkanlah urusannya. Amin.

"Mengalir air mata. Dalam dia mencari rezeki, dia luangkan masa untuk tolong orang lain.

Tengok cara bawa motor dengan lenggok dia pun dah tahu tu anggota.

NETIZEN

"Alhamdulillah, syukur ada insan prihatin macam ni. Moga dipermudahkan urusan," tulis netizen.

Dalam pada itu, ramai yang turut meluahkan rasa kagum dengan kemahiran lelaki itu mengawal lalu lintas.

Malah, segelintir netizen mendakwa lelaki itu merupakan seorang anggota Trafik yang bekerja secara sambilan sebagai rider GrabFood pada hari cuti.

trafik1

Ramai netizen turut mendoakan agar rider Grab itu terus dipermudahkan segala urusannya.

"Brother ni Trafik cawangan Kuala Lumpur, selalu lepak dengan dia. Dia cakap buat Grab time cuti je. Terbaik bro.

"Tapi gaya macam anggota polis Trafik, maybe dia part time Grab.

"Tengok cara bawa motor dengan lenggok dia pun dah tahu tu anggota.

"Abang ni Trafik dekat Kuala Lumpur. Selalu dia buat macam ni kalau ada ambulans. Dia bawa Grab kalau cuti," tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain