MEMULAKAN hari dengan secangkir kopi sudah menjadi tabiat ramai sejak dahulu lagi. Malah ada antara peminat tegar kopi akan mengambil sekurang-kurangnya dua cawan sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Lebih-lebih lagi warga emas yang tinggal di kawasan perkampungan, mereka pastinya ‘ketagihan’ kopi O yang dibancuh pekat untuk dinikmati bersama biskut kering atau kuih muih setiap hari. Bagaimanapun baru-baru ini keinginan seorang lelaki berusia 80 tahun terbantut apabila kopi yang dibeli di sebuah kedai terkenal tidak memenuhi kriterianya selain pahit. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Dia turut menyatakan harga kopi tersebut mahal tanpa menyedari kedai yang dimasuki adalah kafe berjenama. Menceritakan pengalaman yang dilalui bapanya, Nurhikmah Sahat berkata, disebabkan ingin menikmati kopi ketika mengikuti rombongan, bapanya dikejutkan dengan harga kopi yang melebihi RM10 dan tanpa gula. Berdasarkan perkongsian di media sosial, dia memberitahu bahawa kedai yang dimasuki bapanya adalah sebuah kafe jenama antarabangsa yang terkenal. “Abah ikut rombongan kahwin anak saudara mak di Kedah dengan menaiki bas. Dalam perjalanan balik tu, bas berhenti di stesen minyak. “Masa tu abah terasa nak minum kopi, jadi dia masuk ke dalam kafe yang ada di stesen tu... abah tak tahu pun kedai tu mahal. “Kemudian abah buat pesanan dan cakap dekat staf jaga kaunter ‘pakcik nak kopi yang kecil saja’ dan sediakan duit RM2 dalam tangan, untuk bayar kopi,” ujarnya. Cafe kopi turut dibuka di stesen minyak. - Gambar hiasan Namun semasa mahu membuat pembayaran, warga emas berkenaan terkejut apabila dimaklumkan harga kopi yang dipesannya itu berharga lebih daripada RM10. Disebabkan itu, bapanya menyatakan itulah pertama kali dia membeli kopi yang berharga lebih RM2. “Abah bukan tak ada duit tapi dia tercengang sebab tak sangka kopi yang dia minta saiz kecil tu, harganya mahal. Teringat arwah uwan, dulu masa kecil beli air slurpee, dah habis uwan basuh straw. Dia cakap kena simpan sebab susah nak dapat. NETIZEN “Dia pun cakap dengan staf tersebut ‘selama pakcik hidup 80 tahun, tak pernah pakcik minum air kopi lebih daripada RM2’,” ceritanya lagi. Tambah Nurhikmah, perbualan bapanya mungkin didengari pelanggan yang beratur di belakang. ARTIKEL BERKAITAN: Video air Starbucks tumpah raih lebih 13 juta views, adakah kerana ramai suka tengok reaksi jejaka cool, sangat lembut? - “Dia offer beli minuman baru” ARTIKEL BERKAITAN: Menu udang 16.2kg untuk 6 orang, pelanggan bayar RM3,200! Agak-agak dah kena scam atau sebab 'berat mulut'? Ekoran itu, salah seorang daripada mereka mengejar bapanya untuk menghulurkan sedikit wang. “Mungkin ada kakak yang beratur belakang dengar perbualan abah, dia suruh suaminya kejar abah untuk bagi duit kerana bimbang tak ada duit (selepas bayar harga kopi). “Abah dah tolak tapi dia berkeras nak bagi juga duit... jadi abah ambil saja. Kemudian apabila dah masuk dalam bas, abah nak minum tapi kopi yang dibeli tadi tapi rasanya pahit sebab tak letak gula. Antara reaksi netizen pada video Nurhikmah. “Abah pun sound dalam hati ‘dah la mahal, tak ada gula pula’. Akhirnya air kopi tu dibuang saja,” ujarnya. Disebabkan terkejut dengan harga tersebut, bapanya membuat keputusan untuk menyimpang cawan kopi berkenaan sebagai kenangan. Perkongsiannya itu tular di aplikasi TikTok dan rata-rata netizen berkongsi pengalaman sama yang dilalui bapa mereka. “Macam abah, saya beli doubleshot ice tu, habis dia minum. Apabila tanya nak lagi atau tak dia cakap tak nak sebab adik bagitahu mahal. “Teringat arwah uwan (nenek), dulu masa kecil beli air slurpee, dah habis uwan basuh straw. Dia cakap kena simpan sebab susah nak dapat. “Macam abah saya... mula-mula marah beli kopi mahal. Dia kata kopi hang tuah lagi murah. Sekali minum, dia cakap ‘ada beza la kopi mahal ni’. “Kenapa sama kes arwah ayah saya? Confident masuk minum kat Dome dengan kawan-kawan kilang dia (rombongan), kemudian terkejut bayar kopi mahal,” kongsi beberapa netizen di ruangan komen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI