suria

Hilang minat belajar demi duit, lelaki ini bimbang anak muda pakat berlumba jadi content creator... Tapi sayang tiada ilmu

Ramai yang cenderung mengejar duit dan populariti sehingga mengenepikan pendidikan. Gambar hiasan.

SEIRING dengan perkembangan teknologi yang pesat, media sosial juga menjadi platform terpenting bukan sahaja untuk tujuan komunikasi, malah menjana sumber pendapatan.

Ketika ini boleh dikatakan semua individu dalam setiap peringkat usia memiliki sekurang-kurangnya satu akaun media sosial peribadi.

Namun apa yang paling membimbangkan adalah trend terkini di mana kebanyakan generasi muda lebih cenderung memasang cita-cita menjadi pereka kandungan (content creator) berbanding melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Media sosial ketika ini menjadi salah satu platform untuk menjana pendapatan. Gambar hiasan.

Bagi mereka, pendapatan yang diperoleh oleh pereka konten lebih lumayan malah tidak perlu bersusah payah menimba ilmu sehingga bertahun-tahun dan mencari pekerjaan selepas menamatkan pengajian.

Tidak mahu anak-anak muda terus terbuai dengan trend 'mengejar duit dan populariti', Ketua Pegawai Eksekutif UMP Technology Sdn Bhd, Mohd Nizam Abdul Rashid terpanggil untuk mengulas mengenai perkara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Produk laku keras dalam masa 54 minit, Khairulaming selamba tunjuk kelemahan kepada followers!

ARTIKEL BERKAITAN: Haze Huzir selar influencer suka undang kecaman, anggap golongan malas nak berfikir

"Apa guna belajar penat-penat sampai ke universiti? Lepas tu, kerja pun sptarting gaji RM2,000. Lebih baik jadi content creator kat Tik Tok!

"Dik, meh (mari) sini, abang nasihat sikit. Masuk universiti atau mana-mana institut pengajian, bukan untuk dapatkan kertas sijil semata-mata. Apa yang penting adalah untuk dapatkan ilmu dan bentuk pemikiran adik supaya jadi orang terpelajar.

cc 3

Khairulaming adalah salah seorang pereka konten yang datang daripada latar belakang pendidikan yang bukan calang-calang.

"Money and success? Both will follow you, dik, secara berperingkat. Kalau tujuan adik untuk dapatkan kertas sijil tu sahaja, betul... usahkan masuk universiti, SPM pun, semoleknya adik jangan ambil.

"Lepas darjah 6, lepas tahu menulis, membaca dan mengira, adik terus la ceburkan diri jadi bintang media sosial," tulisnya dalam satu hantaran di Facebook.

Menurutnya lagi, bukan sesuatu yang mudah untuk seseorang bintang media sosial dapat bertahan atau merekodkan jangka hayat popular yang lama di medium tersebut.

"Berapa kerat je yang bertahan lebih daripada tiga tahun? Lepas tu, what's next? Jadinya, mulalah ramai yang buat content bangang.

"Tarik tudung la, live marah orang dekat 7Eleven la, semuanya sebab nak tarik traffic. Simple je, adik ingat mak adik kandungkan adik sembilan bulan, lepas itu perit jerih lahirkan kemudian besarkan adik, untuk adik hidup tanpa maruah?

cc 2

Gambar ketika Khairulaming menerima ijazahnya dari sebuah universiti di luar negara.

"Kita ni, hidup perlu ada maruah. Once an act is posted on social media, it is permanent. Kalau adik delete di akaun adik sekalipun, orang lain dah download atau screenshot dah.

Sebab itulah, education itu penting," tulisnya panjang lebar.

Mohd Nizam dalam pada itu memetik nama dua orang individu bergelar influencer media sosial yang layak untuk dijadikan 'role model' bagi mereka yang mahu bergelar seorang pereka konten.

"Cuba tengok content creator yang educated. Contoh? Khairul Aming. Ijazah dia, dari US, dik. Dalam Engineering. Lepas tengok video-video dia, adik rasa tak macam jadi lebih cerdik dan semangat dalam sesuatu subjek iaitu 'masakan'?

Berapa kerat je yang bertahan lebih daripada tiga tahun? Lepas tu, what's next? Jadinya, mulalah ramai yang buat content bangang.

MOHD NIZAM ABDUL RASHID

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF UMP TECHNOLOGY SDN BHD

"Contoh lain? Richard Ker. Dia punya tweet pasal business dan isu semasa sangat on point. Dia daripada sektor korporat, sebelum buat full time content creator, dia adalah Chief Marketing Officer untuk Aerodyne Group iaitu syarikat drone Malaysia yang antara top di Dunia.

"Mudah cerita, persamaan Khairul Aming dan Richard Ker, mereka educated. Orang educated, strategi mereka tersusun," ujarnya lagi.

Oleh itu ulas Nizam lagi, pokok pangkalnya, pendidikan adalah perkara penting yang mendahului apa-apa perkara sekalipun.

"Pendidikan itu penting. Duit pun penting. Untuk jana duit yang sustainable, adik perlukan strategi. Untuk establish strategi, adik perlu ada kepintaran. Untuk ada kepintaran, adik perlukan pendidikan.

cc 1

Antara komen warga maya yang turut bersetuju dengan pandangan Mohd Nizam.

"Jadinya simple, jangan terpengaruh sangat dengan ceritera dongeng instant famous and rich di media sosial ni, banyak yang kelentong.

"Dapatkan pendidikan, dalam masa itu, cubalah discover diri dan passion adik yang sebenarnya," tulisnya.

Majoriti warga maya bersetuju dengan pandangan yang diutarakan individu berkenaan, malah mereka turut melahirkan rasa kurang senang dengan konten tidak berfaedah yang disajikan pereka konten ketika ini.

Sehingga kini perkongsiannya meraih 16,000 shares di Facebook

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain