suria

Jiran siap pasang khemah tapi tak jemput ke parti hari jadi, tiba-tiba hantar KFC... patutlah bersungguh pesan ‘jangan masak’!

Eikin bersyukur memiliki jiran yang pemurah dan baik hati walaupun berbeza agama serta bangsa.

SEMANGAT kejiranan dalam masyarakat masa kini secara keseluruhannya dilihat masih utuh meskipun terdapat banyak luahan di media sosial tentang jiran toksik.

Bagi kawasan penempatan yang mengamalkan hidup bermuafakat, jiran boleh diumpamakan sebagai saudara terawal yang akan hadir jika musibah berlaku.

Begitulah yang dirasai Siti Nur Ashikin sejak empat tahun lalu selepas dia sekeluarga mendiami kawasan perumahan sekitar Jenjarom, Selangor.

Selain bertegur sapa ketika bertemu, jirannya yang terdiri daripada pelbagai bangsa sering bertukar buah tangan dan meraikan perayaan bersama-sama.

Seperti momen yang berlaku baru-baru ini, dia yang mesra disapa Eikin menerima hidangan yang ditempah khas dari restoran makanan segera.

Ia berikutan, jiran bersebelahan rumahnya yang berbangsa Cina mengadakan jamuan dan sambutan hari lahir untuk anak berusia 12 tahun.

Disebabkan jamuan berkenaan menghidangkan makanan tidak halal, jirannya tidak dapat menjemput mereka sekeluarga.

“Seminggu sebelum buat majlis, dia hari-hari tanya saya dan keluarga buat apa.

“Kemudian dia cakap akan buat sambutan hari lahir anak dia pada 30 Julai, tapi tak dapat jemput kerana kebanyakan makanan adalah tidak halal.

“Jadi pada hari sambutan tu, dia minta saya tidak membeli apa-apa makanan untuk makan malam kerana sudah buat pesanan KFC,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

Tambah Eikin, pasangan bernama Kittan dan Yuki itu turut meminta izin untuk memasang khemah di hadapan rumahnya kerana jemputan mereka ramai.

“Saya dan suami cakap okay kerana dia ingin adakan majlis.

“Kemudian, dua hari sebelum jamuan diadakan... dia pesan sekali lagi supaya saya tidak memasak atau makan di luar kerana akan buat tempahan makanan untuk saya sekeluarga dan masa tu saya balas okay,” ujar ibu kepada dua cahaya mata.

Eikin bersama suami dan dua orang anaknya.

Eikin bersama suami dan dua orang anaknya.

Namun pada hari jamuan diadakan, Eikin terkejut apabila menerima bungkusan KFC daripada jirannya.

“Saya tak sangka yang mereka cakap serius.

“Petang selepas saya balik dari keluar berjalan-jalan bersama famili, dia bagitahu makanan sudah sampai. Kemudian dia datang semula dan terus bagi tiga kotak KFC kepada saya,” tambahnya.

Bercerita lanjut, Eikin yang juga ejen AIA takaful memberitahu, hubungan kejiranan antara penduduk setempat memang utuh serta mereka hidup bersatu padu.

Malah katanya, setiap hari akan ada komunikasi sesama mereka walaupun sekadar bertanyakan khabar.

“Memang hari-hari ada conversation. Kalau terserempak nak keluar rumah mesti tegur tanya okay atau tak... kadang-kadang akan cetuskan perbualan yang lebih panjang.

“Biasa kalau musim perayaan memang ada bagi buah tangan. Bagi kuih raya dan duit raya untuk anak-anak jiran.

Kittan dan Yuki menyambut hari lahir anak sulung mereka yang berusia 12 tahun.

Kittan dan Yuki menyambut hari lahir anak sulung mereka yang berusia 12 tahun.

“Sama juga pihak jiran kiri dan kanan saya, kalau Tahun Baru Cina mereka juga akan hantar biskut mahupun buah oren dan ‘angpow’ untuk anak-anak saya.

“Kalau buat rumah terbuka pun akan jemput jiran tetangga dan kebiasaannya mereka akan datang berkunjung,” jelasnya yang tidak mempunyai masalah dengan jiran setempat.

Terdahulu video perkongsiannya itu menjadi tular di media sosial dan ditonton lebih 1.9 juta pelayar TikTok.

Menariknya, pelayar berbangsa Cina dan India turut tampil berkongsi kisah di ruangan komen.

“Seronok saya tengok... we are all like brothers and sisters because we are Malaysian.

“Ayah saya ada ramai kawan Melayu, jadi semasa abang sulung kahwin... dia tempah katering yang halal.

Dapat jiran yang baik pun salah satu rezeki juga... alhamdulillah.

NETIZEN

“Macam saya bukan Islam... jiran Muslim selalu bagi makanan dan saya pesan Pizza Hut sebagai balas.

Stay dekat apartment di Seri Alam dulu, kedua-dua jiran muslim selalu bagi makanan. Siap pesan supaya kuat kerana hidup di perantauan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita pulang ke rumah terkejut lihat ampaian beralih, rupa-rupanya ‘kerja’ jiran jarang borak... CCTV bongkar kisah sebenar!

ARTIKEL BERKAITAN: “Susah nak dapat jiran baik macam ni” - Gadis Melayu terharu, semua tetamu dah balik, muncul jiran Cina tolong lepas kenduri

My Chinese neighbour buat jamuan hari lahir untuk cucu dia, siap order food truck khas untuk jiran-jiran yang Islam... dia siap bagitahu seksyen halal dan tidak halal,” ujar beberapa netizen.

Dalam pada itu, kebanyakan warganet memuji semangat kejiranan yang masih diamalkan di kawasan penempatan Eikin.

Malah ada yang menyatakan ia sukar dilihat pada masa ini kerana ramai yang lebih gemar membuat hal masing-masing.

Antara komentar yang ditinggalkan para netizen.

Antara komentar yang ditinggalkan para netizen.

Nice ada jiran baik hati, dia memang pandai menjaga silaturahim masyarakat.

“Dapat jiran yang baik pun salah satu rezeki juga... Alhamdulillah,” tambah beberapa netizen lagi.

Bagaimanapun terdapat individu yang menyatakan hanya kelompok T20 sahaja yang masih mengamalkan semangat kejiranan.

Pandangannya itu bagaimanapun disanggah sekumpulan netizen yang menyifatkan tindakan setiap individu adalah berdasarkan akhlak dan bukan wang ringgit.

It is not about T20...Ada B40 and M40 macam ni.. it's all about sikap indiviidu itu sendiri.

“Apa kena mengena pula. Akhlak tak boleh dinilai dengan duit.

“Tak juga, akhlak yang baik dari hati seseorang,” tegas netizen yang tidak bersetuju.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain