BAGAI kaca yang berkecai, begitulah hati wanita ini yang sedih mengenangkan wang miliknya melayang begitu sahaja. Menurut Elyshia Abegail atau Abby, minyak wangi jenama Yves Saint Laurent (YSL) yang dibelinya pada harga RM625 pecah selepas terjatuh ke lantai beberapa hari lalu. Dia turut membuat perkongsian mengenai insiden malang itu menerusi media sosial sehingga meraih lebih sejuta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Bercerita lanjut, wanita Bidayuh dari Sarawak yang berusia 26 tahun itu mengakui sedih mengenangkan kejadian tersebut apatah lagi dia sudah lama memasang impian untuk memiliki minyak wangi itu. "Perfume tu pecah selepas dua hari dibeli. Saya tak sempat guna lagi. Saya beli saiz botol paling besar. Sebelum ini saya hanya pakai body mist saja. Kiranya ini perfume high end pertama yang saya miliki. "Saya dah lama suka, sebelum ini saya pernah cuba pakai yang kawan punya saja. Jadi akhirnya saya terbuka hati untuk beli, namun rezeki tu sekejap saja," ujarnya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Masalah dapat housemate tak tahu malu, siap ‘bitter’ ditegur guna perfume Tom Ford tanpa izin... Berani pula label orang ‘tahi hidung masin’ ARTIKEL BERKAITAN: Perfume dah mahal, tapi kenapa bau tak tahan lama? Ini cara pakai perfume yang betul Menurut Abby, kejadian botol minyak wangi pecah itu berlaku beberapa hari lalu, ketika dia sedang menginap di sebuah hotel di Subang Jaya atas urusan kerja. Jelasnya, dia secara tidak sengaja memegang kotak yang sudah dibuka secara terbalik, menyebabkan ia terjatuh dan berkecai di atas lantai bilik penginapannya. "Saya memang teruja balik ke bilik untuk buat unboxing. Saya dah rakam video dari kedai lagi. Salah saya, saya dah buka kotak kemudian masukkan ia semula dalam kotak. Jadi pelekat di kotak tu dah tak kuat. Abby kini merupakan content creator sepenuh masa. "Bila saya angkat, saya pegang kotak itu secara terbalik, terus ia terkeluar dari kotak dan berkecai di atas lantai. Seminit saya berdiri tak buat apa-apa sebab terkejut. Lepas bersihkan pun masih kuat baunya. "Bila pasang aircond, makin kuat bau. Ia mengingatkan saya mengenai kesalahan yang saya buat sehingga ia jatuh dan pecah," ujarnya berseloroh. Menurut Abby, rakan-rakannya memberi saranan agar dia membeli minyak wangi baharu namun dia masih trauma dengan kejadian malang itu. "Kawan saya kata 'tak apa, pergi je lah beli minyak wangi baharu'. Tapi masalahnya saya ada nilai sentimental dengan minyak wangi yang dah pecah tu. Ia perfume high end pertama saya. Saya rasa patah hati," ujarnya lagi. Dalam pada itu, rata-rata pengikut Abby di TikTok turut meluahkan rasa simpati, tak kurang juga yang terhibur dengan kecuaiannya. Saya ada nilai sentimental dengan minyak wangi yang dah pecah tu. Ia perfume high end pertama saya. Saya rasa patah hati. ELISHIA ABEGAIL Menurut graduan Universiti Malaya (UM) itu, dia tidak ambil hati dengan komen-komen netizen, sebaliknya menerima segalanya dengan hati terbuka. Mengenai dirinya, Abby kini bekerja sepenuh masa sebagai content creator memandangkan dia memiliki lebih setengah juta pengikut di aplikasi TikTok. Cerita Abby, dia aktif menghasilkan video ketika pandemik melanda negara dan tidak menyangka ia mampu membawa tuah buatnya. "Saya rasa perjalanan TikTok saya sama macam orang lain. saya bermula ketika pandemik. Mula-mula sekadar tengok video orang je, kemudian saya cuba buat content, tak sangka jadi viral. "Kemudian saya dapat banyak feedback sehingga diberi peluang bekerjasama dengan pelbagai jenama. Saya baru sebulan habis belajar, sekarang jadi content creator sepenuh masa. Saya juga ambil job kempen dan baru bermula untuk masuk industri lakonan. Abby terharu dengan sokongan yang diterima di media sosial. "Tak sangka rezeki TikTok. Dulu suka-suka je, kemudian orang hubungi saya untuk gift review. Lama-lama saya mula jana pendapatan. Alhamdulillah rasa syukur sangat. Dengan pendapatan ini, saya dapat tampung kos pengajian, bil dan sewa. Saya fully independent sejak dua tahun lalu," ujarnya lagi. Di akhir bicara, anak sulung daripada lima beradik itu turut menitipkan ucapan terima kasih atas sokongan pengikutnya sejak dua tahun lalu. "Saya sejujurnya sangat berterima kasih kepada semua yang memberikan sokongan di media sosial. Sebagaimana kita tahu, tak semua orang di media sosial ni baik. Ada orang akan tinggalkan komen jahat dan sebagainya. "Tapi saya bersyukur 90 peratus saya terima komen baik-baik. Pesanan saya, buatlah apa je yang anda suka, jalani hidup mengikut kemahuan kita. Sebab kalau kita buat baik macam mana pun, tetap akan ada orang yang cari kesalahan dalam kebaikan kita," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI