suria

Anak sulung ‘makan hati’ sikap ibu pilih kasih, rasa macam yatim piatu... “Dia puji adik bagai malaikat”

Seorang anak sulung membuat luahan hatiapabila dia tidak dilayan dengan adil oleh ibunya. (Gambar Hiasan)

KASIH ibu membawa ke syurga, kasih bapa kekal selamanya.

Namun bagaimana pula nasib mereka yang tidak mendapat kasih sayang orang tua?

Begitulah situasi yang dilalui seorang anak sulung apabila mendakwa dia dipinggirkan ibu kandungnya.

anak 2

Perbualan telefon ibunya membuatkan si anak berkecil hati.

"Baru terdengar ibu saya bercakap telefon, dia bercerita betapa dia sayang adik lebih daripada saya. Dia memuji adik bagai malaikat.

"Dia bercerita dia sentiasa mendoakan adik dimurahkan rezeki dan ada merendahkan saya dalam perbualan itu. Malam ni adalah hari paling menyedihkan dan mengecewakan untuk saya sepanjang saya hidup," ujarnya.

Menurut individu itu lagi, dia berasa cukup terasing seolah-olah sudah bergelar anak yatim piatu selepas terdengar perbualan ibunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak tunggu ibu pulang dari umrah nak belanja ‘duit gaji kedua’, pilot call beritahu ‘mak dah meninggal’ sebaik mendarat di KLIA

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu mangsa dera warga Indonesia munculkan diri, tagih bantuan bekas majikan... Rindu sangat zuriat sendiri

"Gagal dalam kerjaya, sekolah, percintaan pun tak serapuh ini. Hancur sangat saya. Saya cuma ada dua beradik. Tapi saya betul-betul rasa anak yatim piatu sangat.

"Saya mungkin tak ada duit dan tak mampu beri sebanyak apa yang adik beri. Tapi hari-hari saya doakan kesejahteraan dan kesihatan hidupnya.

"Sedih sangat. Terasa lebih baik saya tak dilahirkan pun tak mengapa," luah individu itu panjang lebar.

anak 4

Ramai individu lain turut berkongsi situasi sama yang dilalui mereka menerusi ciapan di Twitter.

Dia berkongsi luahan berkenaan kepada pengacara terkenal Ahmad Fedtri Yahya menerusi laman Twitter.

Menerusi posting yang menerima lebih 1,500 ulang kicau (retweet), ternyata ramai lagi orang lain yang turut berhadapan situasi sama.

"Saya baru saja berborak dengan rakan lama. Kisahnya begini. Dia bukan anak emas. Maknya selalu rendahkan dia. Macam benci kat dia. Rupanya mak tak bersedia masa mengandungkan kawan saya. Maknya terlepas cakap kat adik-beradik betapa dia tak mahukan kandungan tu tapi terpaksa teruskan.

Dia bercerita betapa dia sayang adik lebih daripada saya. Dia memuji adik bagai malaikat.

ANAK SULUNG

"Mak saya pun melalui situasi sama. Kalau kamu rasa nak berbaik dengan dia, tak mungkin ia akan berlaku. Mak saya nak dekat 60 tahun dah. Nenek saya masih macam tu. Anak pun dua macam kes awak.

"Saya dah melaluinya. Mak atau ayah ada juga spesies sama dengan kita iaitu manusia biasa. Mesti akan buat salah walau gigih tak nak buat dosa. Sakit hati yang awak rasa tu mengadu kepada Allah.

"Kenapa aku terkesan sangat baca kisah ni, adakah sebab aku pun berada dalam keadaan yang sama. Semoga Allah beri aku kesabaran," tulis seorang lagi netizen.

anak 1

Antara komen netizen berhubung isu itu.

Dalam pada itu, beberapa netizen turut memberi nasihat agar individu itu tidak berhenti mendoakan ibunya dan terus berusaha untuk memperbaiki hubungan yang keruh.

"Sabar, berusaha dan terus buktikan awak pun boleh bahagiakan dia. Walau ada rasa kecewa, jangan pernah kurang atau lupa doa untuk mak awak. Allah yang mampu ubah hati manusia.

"Ibu juga manusia yang ada buat kesilapan. Bagaimana beza kasih pun dia tetap sayang semua anak-anaknya. Sebagai anak, move on dan teruslah bersangka baik kepada Allah.

"Perancangan Allah maha sempurna. InsyaAllah kesudahan yang baik untuk kita semua," tulis seorang lagi pelayar Twitter.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain