VIDEO unboxing (membuka bungkusan) barangan mewah berjenama Hermes yang dikongsi jejaka ini menyebabkan dia sering menjadi perhatian ramai. Menurut pengusaha tudung Yufariq Iqmal Yuslan, 27, dia sudah lama meminati jenama fesyen mewah itu dan kini perlahan-lahan mengumpul koleksi demi kepuasan peribadi. Bercerita kepada mStar, dia yang senang disapa Yus mengakui lebih suka item fesyen keluaran Hermes memandangkan tarafnya yang jauh lebih tinggi berbanding jenama terkenal yang lain. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya minat dengan barangan luxury (mewah) sejak usia 13 tahun. Tapi saya betul-betul mula kumpul koleksi dalam dua ke tiga tahun kebelakangan ini. Saya banyak fokus kepada jenama Hermes, sebab Hermes ni tak macam Louis Vuitton (LV) atau Dior. "Jenama mewah lain dah terlalu banyak orang pakai sampai rasa tak istimewa. Hermes ni pula susah nak dapat. Sebelum beli, kita kena build profile (bina profail) dulu, kena ada sejarah pembelian barang-barang lain. "Awalnya saya beli sandal, kemudian gelang. Selepas itu baru saya beli beg Hermes. Sekarang ada empat beg dalam simpanan. Lagi satu bukan mudah nak beli Hermes, kadang-kadang kena tunggu berminggu atau berbulan-bulan. ARTIKEL BERKAITAN: Bergaya guna barang jenama mahal tapi 'preloved'... Memalukan atau pilihan bijak? ARTIKEL BERKAITAN: Minat barang preloved, bundle? Jangan terburu-buru membeli, 4 kategori ini pasti membantu anda "Saya dulu membesar di Indonesia. Kalau pergi ke sebuah mall di sana, kebanyakan orang kaya pakai Hermes je. Sebab dah terbiasa tengok di Indonesia, ia beri inspirasi untuk saya jadi macam mereka. Di sana, orang yang kaya mereka kaya gila-gila, jadi mereka tak pakai LV, Dior atau Gucci," ujarnya. Yus yang dilahirkan di Kelantan dan kini menetap di Cheras, Selangor turut aktif berkongsi video unboxing barangan mewah menerusi TikTok dan Instagram. Kata Yus, segelintir individu turut menjadikan dia sebagai rujukan untuk menyemak kualiti serta keaslian barangan mewah selepas aktif berkongsi mengenainya di media sosial. Yus dilahirkan dan membesar di Indonesia. "Video unboxing pula saya baru buat pada tahun ini. Saya buat video pun sekadar hobi, sebab saya suka belajar mengenai sejarah sesuatu jenama fesyen. Media sosial merupakan satu platform bagus untuk berkongsi minat ini dengan lebih mendalam. "Saya juga ada terima pelbagai soalan. Contohnya orang nak tahu sesuatu barangan itu original atau palsu. Sebab saya pun suka sangat dengan fesyen, kadang-kadang sekali tengok tu dah tahu mana original mana palsu. "Saya juga pernah tengok sendiri, ada seorang gadis buat video unboxing di Instagram, tapi ciri-ciri pada barang miliknya mengesahkan ia barangan palsu. Pada padangan peribadi saya. Baik tak payah pakai langsung daripada pakai yang palsu. Orang yang tak faham dia akan cakap rugi. Bagi saya tak rugi pun. Kalau perlukan duit, boleh jual pada harga asal atau harga lebih tinggi. YUS "Tapi ia bergantung juga, setiap orang ada tujuan masing-masing. Ada orang tu tak mampu, tapi dia suka design beg itu dan dia beli yang palsu, saya rasa okay. "Tapi kalau orang tu beli dengan niat nak menunjuk atau berlagak, memang tak patutlah. Ia ibaratnya kita menipu keberhasilan diri. Kalau beli yang palsu, takkan kerja keras kita dinilai dengan beg palsu?" soalnya lagi. Menurut Yus, barangan Hermes juga bukan sekadar untuk koleksi peribadi, malah ia membawa pulangan lumayan pada masa akan datang. Yus lebih gemar barangan Hermes berbanding jenama-jenama fesyen lain. Jelas Yus, harga barangan Hermes yang dijual semula masih tinggi, sekali gus menjadikannya sebagai satu pelaburan yang bagus untuk dirinya. "Ada orang cakap membazir, baik beli emas. Pada saya, emas tu kita kira yang lain. Tapi Hermes ni pelaburan yang bagus. Sebab ia susah nak dapat, maka wujudlah reseller. Sebab dia tahu permintaan yang tinggi dan ia susah dapat. Yus kini turut menjual beg preloved menerusi media sosial. "Ada reseller guna ia untuk jual lebih mahal. Contohnya beg di butik yang harga dalam RM30,000 ke RM50,000, mungkin beli kat reseller harga RM70,000 ke RM100,000. Ada demand, sebab tu ia boleh jadi pelaburan. "Orang yang tak faham dia akan cakap rugi. Bagi saya tak rugi pun. Kalau perlukan duit, boleh jual pada harga asal atau harga lebih tinggi. Beg tu macam terapi bagi saya, bangun pagi ia memberi motivasi untuk saya bekerja lebih keras," ujarnya. Kini, Yus turut berniaga barangan preloved berjenama LV, Coach, Longchamp dan Karl Lagerfeld miliknya menerusi laman Instagram. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI