suria

“Saya tak mau menyesal” - Berhenti kerja di KL, balik kampung demi jaga ibu lumpuh... anak yakin pasti ada ganjaran

Rashidah menjaga ibunya yang mengalami sakit strok.

APABILA membabitkan orang tua, perumpamaan ‘seorang ibu boleh menjaga 10 anaknya tetapi belum tentu 10 anaknya mampu menjaga seorang ibu’ pasti akan dititipkan.

Malahan, ia seakan dinormalisasikan dalam masyarakat hari ini disebabkan tuntutan kerja dan sebagainya.

Bagaimanapun, keluarga Rashidah Razali mempamerkan sisi berbeza apabila mereka adik beradik mengambil tanggungjawab dan saling bergilir menjaga ibu yang terlantar sakit (bedridden).

Menurut wanita berusia 30 tahun itu, iparnya juga turut membantu menjaga ibu yang uzur selain mereka 11 beradik.

Bercerita kepada mStar, anak kelapan itu memberitahu, ibunya mengalami strok sejak Jun tahun lepas dan lumpuh sebelah kanan badan.

Sharifah pernah bekerja di bahagian sukan di Kuala Lumpur.

Rashidah sedaya upaya membahagikan masa antara kerjaya dan tanggungjawab sebagai anak.

“Sejak itu urusan berkaitan diri ibu dijalankan oleh adik beradik. Sama ada mengangkat ke tandas, mandikan dan membantu ibu solat.

“Sekarang ibu bedridden dan keadaan ini masih baru lagi iaitu pada Jun. Ia disebabkan paras oksigen dalam badan ibu menurun selain terdapat jangkitan kuman pada paru-paru sehingga terpaksa dikejarkan ke wad kecemasan.

“Jururawat tidak galakkan kami adik beradik urus ibu seperti sediakala iaitu angkat masuk bilik mandi seperti sebelumnya.

“Jururawat sarankan semua urusan ibu dilakukan di atas katil dan mereka terus ajar teknik untuk menguruskan ibu bedridden serta memberi tips lain sebagai panduan,” katanya memulakan bicara.

Menurut anak jati Kuala Berang Terengganu itu lagi, dia mula menjaga ibu sejak kerajaan mewujudkan skim bekerja dari rumah (BDR) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2021.

Bagaimanapun selepas BDR ditamatkan, dia perlu berulang alik ke Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur.

Kini Sharifah menjadi salah seorang leader Shakelee.

Kini Rashidah menjadi salah seorang leader jenama rangkaian produk kesihatan dan kecantikan.

Ekoran itu, dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan pulang ke kampung.

“Bermula dari situ saya melakukan kerja sendiri dan Alhamdulillah suami menyokong setiap tindakan yang diambil. Saya juga berpeluang menjaga ibu secara bergilir dengan adik beradik yang lain,” luahnya.

Rashidah yang kini bekerja sebagai ahli fisioterapi di samping terlibat dalam perniagaan rangkaian produk kesihatan dan kecantikan berkata, dia sedikit pun tidak berasa lelah atau terbeban sepanjang tempoh mengurus dan menjaga ibu yang terlantar sakit.

“Alhamdulillah kesukaran jaga ibu bagi saya tiada, memandangkan ibu bukanlah pesakit yang panas baran.

“Disebabkan background pekerjaan saya sebelum ini banyak berkecimpung dengan kecederaan dan atlet, ia membuatkan saya terbiasa dengan pengurusan pesakit.

Ketika ibu belum diserang strok dan lumpuh sebelah badan.

Ketika ibu belum diserang strok dan lumpuh sebelah badan.

“Cuma bezanya teknik urus bedridden... tetapi ia mudah dilakukan selepas diajar jururawat hospital ketika ibu warded,” jelasnya yang mendirikan rumah tangga pada Disember 2021.

Bercerita lanjut, dia turut menzahirkan rasa syukur kerana keperluan ibu dapat dijaga dengan baik.

“Alhamdulillah saya dan adik beradik serta ipar bergilir urus ibu. Sesi saya jaga rutin ibu adalah pada waktu siang iaitu pagi memandangkan selepas Zohor saya perlu bekerja.

Sementara ibu masih ada saya akan berbakti sebaik mungkin sebelum terlambat atau menyesal di kemudian hari.

RASHIDAH

“Jadi selepas waktu itu, adik beradik mahupun ipar yang akan ambil alih,” tambahnya.

Dalam pada itu, Rashidah turut menyatakan bahawa kekuatannya hadir saat melihat wajah ibu walaupun kadang kala penat.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu sering tanya soalan pelik, selepas jatuh sakit baru anak faham apa maksudnya... terus resign walau baru nak bina kerjaya

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda ini korbankan kerja dan impian demi jaga ibu sakit di kampung, tapi bapa pergi dulu selepas buat 3 permintaan - “Terakhir ayah minta tidur sebelah mak”

“Mengeluh terbeban tu tiada sebab saya bergilir dengan adik beradik. Penat pasti ada dan itu perkara biasa dalam uruskan orang sakit.

Keadaan ibu Rashidah semasa masih sihat.

Keadaan ibu Rashidah semasa masih sihat.

“Cuma satu saja saya pasak dalam hati... pasti ada ganjaran bagi orang yang menyantuni ibu bapa.

“Tambahan pula ibu bapa cuma satu dan pergi mereka tak ada ganti. Jadi sementara ibu masih ada saya akan berbakti sebaik mungkin sebelum terlambat atau menyesal di kemudian hari.

“Saya nak elakkan perkara-perkara seperti itu. Oleh itu apabila ada peluang saya akan buat dan berikan yang terbaik,” luahnya lagi.

Mengulas tentang video yang dimuat naik di TikTok, ujarnya ia bertujuan untuk menonjolkan tindakan yang baik agar dapat menjadi contoh kepada anak-anak dan masyarakat yang lain.

Tambahnya lagi, menjaga ibu bukanlah perkara yang membebankan jika seseorang itu tidak ‘berkira’ dan mempunyai sikap bertolak ansur.

Sehingga kini video perkongsiannya itu ditonton lebih 1.1 juta pelayar selepas dimuat naik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain