suria

Lauk licin waktu tengah hari, tetamu rancak datang kenduri... tuan rumah lega kedai mamak jadi penyelamat!

Seorang lelaki berkongsi video terpaksa membeli lauk di kedai mamak demi selamatkan kenduri kahwin.

BAGI meraikan hari perkahwinan melibatkan dua mempelai, terdapat banyak perancangan perlu dibuat.

Ia bertujuan agar setiap yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik seterusnya majlis yang bakal diadakan berjalan lancar.

Bagaimanapun, kita hanya mampu merancang! Perkara tidak terduga ketika majlis berlangsung mungkin akan terjadi dan lebih teruk lagi jika ia memberi kesan kepada tetamu yang hadir.

Bagi tuan rumah pula, demi menjaga air muka sendiri dan hati semua tetamu yang hadir terutama ahli keluarga pengantin yang bertandang, mereka sudah tentu sanggup melakukan apa saja untuk mengatasi masalah yang timbul tanpa disangka-sangka.

Sepertimana perkongsian oleh seorang lelaki, minobo13 yang 'memborong' makanan di kedai mamak sebagai tambahan lauk kenduri untuk majlis kahwin yang tidak dinyatakan lokasinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jemputan 700 orang, katerer hantar 50 pax je! Pengantin tak akan lupa ‘tragedi kenduri tanpa makanan’, minuman pun tak ada

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 2 bulan batal majlis kahwin, sedekah lauk kenduri sebab banjir, akhirnya impian bersanding jadi realiti... paling sempoi Radin Era tunai janji!

"Bila lauk kenduri kahwin tak cukup maka mamaklah yang cover kami.

"Nasib mamak nak bantu masak semuanya. Terbaik," tulisnya pada kapsyen video yang dikongsi.

Difahamkan majlis kenduri tersebut diadakan bagi menyambut pasangan pengantin dengan jumlah jemputan yang agak ramai.

Jelasnya, walaupun wang belanja untuk mengadakan majlis masih ada, namun kehadiran para tetamu sudah melebihi kuota anggaran iaitu 30 ekor ayam.

Bungkusan ayam goreng yang dibeli di kedai mamak.

Tidak menyangka akan menerima tetamu begitu ramai pada hari tersebut, dia mula berasa risau jika lauk yang dihidangkan tidak mencukupi.

Sangkaannya tepat kerana belum masuk waktu tengah hari, segala hidangan pada majlis kenduri tersebut telah habis.

Bagi menyelamatkan keadaan dan tidak mahu tetamu pulang hampa, dia bersama beberapa individu terus pergi ke sebuah kedai mamak berhampiran bagi mendapatkan lauk tambahan.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan lelaki ini membungkus dua plastik besar ayam goreng beserta satu periuk besar kuah kari, dipercayai dimasak khas untuk majlis tersebut.

Menjengah ruangan komen, warga maya bersetuju mengatakan bahawa kedai mamak selalu menjadi penyelamat kepada tuan rumah yang mengadakan majlis.

Nasib mamak nak bantu masak semuanya. Terbaik.

MINOBO13

Malah para netizen turut berkongsi pengalaman di ruangan komen menyatakan bahawa mereka pernah berdepan dengan situasi sama sebelum ini.

"Biasalah tu. Bawa famili gathering pun kadang-kadang tak cukup juga. Mamak penyelamat utama.

"Dulu masa dengan mak ayah makanan tak cukup. Mereka cerita auto cari kedai mamak. Akhirnya borong roti canai. Biasa orang kampung sekali datang tu faham-faham sajalah.

"Sama macam sepupu kahwin. Makanan tak cukup. Tetamu makin rancak. Kalam kabut masak nasi putih, beli ayam Bakers Cottage. Nasib kuah lauk yang lain masih banyak. Isi saja habis.

Komen netizen di TikTok.

Dalam pada itu, tindakan tuan rumah berkenaan juga dipuji apabila dia tidak panik dengan terus membiarkan tetamu tanpa makanan, sebaliknya terus mencari penyelesaian untuk para tetamu menjamu selera.

Tidak berkira untuk mengeluarkan wang lebih, apa yang lebih utama adalah para tetamu pulang ke rumah dengan perut yang kenyang dan senang hati.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain