AKIBAT masih trauma dengan episod duka hidup berumah tangga bersama bekas suami, wanita ini tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi pada perkahwinan keduanya dengan pasangan baharu. Namun setelah dijaga baik ketika dia sakit, persepsi negatif terhadap suami keduanya itu berubah dan mula percaya bahawa cinta sejati itu wujud dan perlu dicari. Begitulah yang dikongsikan oleh seorang pelayar Twitter, Ayu Aziz mengenai kisah rumah tangganya sehingga menjadi tular. Ciapan asal kisah Ayu yang menjadi tular di Twitter. “Dulu pun saya bercerai. Tapi saya sentiasa percaya cinta sejati tu wujud. Cuma saya nak kena teruskan mencari. “Lepas kahwin dengan suami (baharu), mestilah masih ada lagi sikit stigma melekat (bahawa) ini bukan cinta sejati. Sekadar hubungan tak pasti (walaupun dah kahwin),” kata Ayu membuka cerita tentang pengalamannya berumah tangga. ARTIKEL BERKAITAN: Letak kriteria spesifik untuk calon suami, tinggi 170cm dengan BMI normal... gadis cari jodoh jadi perhatian! ARTIKEL BERKAITAN: Suami ‘burnout’ tengah kerja, sambil nangis video call isteri sempat pesan simpan resipi baik-baik ‘takut hidup tak lama’ Jelas Ayu, apa yang membuatkan dia berasa terharu ialah suaminya tidak menunjukkan rasa jijik sewaktu dia terkencing di atas tilam kerana sakit malah tetap dijaga dengan baik. Cerita Ayu lagi, setiap kali keluar suaminya pasti akan memimpin tangan dia dan anak-anak bagi memastikan keselamatan mereka terjamin. Ayu menyenaraikan tujuh kebaikan suami dalam satu bebenang. Bukan itu saja, suami Ayu turut menghalang dia daripada melakukan kerja rumah kerana beranggapan bahawa semua itu merupakan tanggungjawabnya sebagai suami. Perbuatan suami yang begitu mengambil berat terhadap dia dan anak-anak membuatkan wanita ini sedar bahawa cinta sejati itu sebenarnya wujud. “Memang sikap dia macam tu, tak mahu lepaskan tangan dan biar saya jalan solo (sendirian) apabila dia ada disamping. Walaupun dalam kereta tetap nak pegang tangan. Dulu pun saya bercerai, tapi sentiasa percaya cinta sejati tu wujud... cuma nak kena terus mencari.. AYU AZIZ “Depan kawan-kawan dia, tak ada istilah nak nampak ‘jantan’. Tetap layan saya macam layanan waktu berdua. Tetap peluk saya depan orang ramai. “Melindungi diri saya setiap masa termasuk ketika hujan renyai-renyai. Dia letak tangan atas kepala sebab tak nak saya kena hujan,” kata Ayu memuji suaminya itu. Komen netizen di Twitter. Tambah Ayu walaupun rumah tangga keduanya itu tetap berdepan ujian, namun ia dapat diharungi dengan baik malah membuatkan kedua-dua mereka berdua terus menghargai pasangan kerana merasai saling melengkapi. Semakan mStar mendapati ciapan Ayu itu meraih lebih 9,000 ulang kicau dan lebih 17,400 tanda suka. Walaupun terdapat segelintir netizen menyatakan sukar untuk mempercayai cerita Ayu, namun rata-rata netizen memuji suaminya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI