“CIKGU seorang wira kepada anak muridnya!” Demikian antara komen yang ditinggalkan netizen susulan video seorang guru memecahkan pintu bilik asrama sebuah sekolah di Kedah yang tiba-tiba terkunci. Mana tidaknya, berdasarkan video tersebut, guru yang dikenali sebagai cikgu Hafiz kelihatan bersungguh-sungguh menyelamatkan pelajarnya yang terkunci selama kira-kira dua jam di dalam bilik. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Aksinya bagaikan hero mengerah keringat dengan menghayun rak kasut besi untuk memecahkan pintu tersebut menarik perhatian ramai. Ketika dihubungi mStar, salah seorang pelajar yang terkurung berkata, kejadian itu berlaku dari jam 6.30 petang sehingga 8.30 malam, Jumaat lalu. “Waktu tu nasib baik semua penghuni seramai empat orang berada dalam bilik... kami semua sedang makan malam. Pelajar asrama dikatakan sering berhadapan dengan situasi terkunci di dalam bilik. -Gambar hiasan “Pintu terkunci hanya disedari semasa kawan saya nak keluar basuh tangan. Disebabkan panik, kami semua jerit dan tendang pintu daripada dalam bilik. “Kawan-kawan yang duduk di aras sama pun tolong juga, ada yang tendang pintu... tetapi tak boleh boleh juga,” ujar remaja berusia 17 tahun yang enggan dinamakan itu. Selepas masing-masing buntu kerana usaha tidak berhasil, guru wanita selaku warden asrama dihubungi bagi mendapatkan pertolongan. Selepas beberapa minit, cikgu terbabit hadir bersama tukul. “Cikgu ketuk tombol pintu dengan penukul sampaikan tukul tu yang patah, bukannya tombol. Amni bersama rakan sekolahnya. “Lama juga cikgu tu ketuk-ketuk untuk tolong kami, rasa kesian pula. Kemudian kami minta tukul kerana ingin mengetuk daripada dalam. Mujur ada rakan dari bilik sebelah yang dapat memberikan tukul melalui tingkap. “Walaupun jarak antara tingkap kedua-dua bilik jauh, kami berjaya mengambil tukul berkenaan dan mengetuk tombol daripada dalam sampai tercabut,” ceritanya lagi. Tambahnya, pintu masih tidak dapat dibuka walaupun tombol sudah tercabut. Seminggu sebelum kejadian tu memang saya rasa pintu dah lain, rasa macam susah nak buka dan tutup. PELAJAR Oleh itu, seorang guru lelaki pula dipanggil bagi membatu. “Cikgu lelaki sampai dalam pukul 8.25 malam. Dia terus ambil rak kasut dekat luar bilik dan menghempasnya ke pintu. “Dalam lima minit, pintu dah terbuka... kami semua menjerit keseronokan,” ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Terkurung lebih 7 jam! Baru pindah rumah, 3 beranak alami detik cemas dalam bilik air sampai tertidur... anak sulung tiba-tiba gemar pakai sweater - “Saya blur tengok suami” ARTIKEL BERKAITAN: Gadis dedah detik cemas terkunci dalam tandas hotel ketika kuarantin wajib, minum air paip - “Aku jerit selama ni tak ada orang dengar” Menurut pelajar itu lagi, dia sudah lama menyedari keadaan pintu yang semakin ketat apabila ingin dibuka, namun pada masa itu tiada siapa menyangka ia akan rosak. “Seminggu sebelum kejadian tu memang saya rasa pintu dah lain, rasa macam susah nak buka dan tutup. Rupa-rupanya memang tombol dah semakin rosak sehinggalah saya dan rakan-rakan terkunci di dalam bilik,” luahnya yang cuba mengumpil menggunakan kad sejurus mengetahui pintu terkunci. Keadaan pintu bilik selepas berjaya dipecahkan cikgu Hafiz. Menceritakan pengalaman terkunci di dalam bilik selama dua jam, ujarnya dia dan rakan-rakan terpaksa mengambil wuduk menggunakan air botol. “Perkara paling kelakar apabila kami terpaksa ambil wuduk dengan botol air mineral yang memang dibeli khas sebagai persediaan jika ketiadaan air. “Di sini memang selalu ada kes tiada air, jadi kami memang standby dan tak sangka akan gunakannya untuk ambil wuduk kerana pintu terkunci,” katanya. Terdahulu video perkongsiannya itu tular di aplikasi TikTok dan ditonton lebih 2.2 juta pelayar sejurus dimuat naik pada Ahad lalu. Dalam pada itu, rata-rata warganet memuji tindakan guru terbabit yang berusaha membantu murid-murid berkenaan walaupun terpaksa menggunakan rak kasut besi. Malah ramai yang mengenalinya dan memuji tindakan yang diambil. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI