MEMPUNYAI seorang ibu tiri yang baik adalah satu rezeki. Walaupun pengorbanannya tidak setaraf ibu kandung, tetapi curahan rasa sayang tanpa prejudis ibu tiri terhadap anak-anak tiri ternyata cukup bermakna. Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, Nomie Mat Lias, dia menceritakan tentang kasih erat antara tujuh beradik dengan ibu tiri mereka yang sedang dirawat di hospital. Hantaran asal yang tular. Apabila ditanya, salah seorang daripada tujuh beradik itu berkata si ibu sangat banyak berjasa dan menyayangi mereka sejak kecil selepas pemergian ibu kandung. Tambahnya, mereka amat menyayangi ibu tiri dan sudah tentu sanggup menjaga wanita tua itu di akhir hayatnya. “Terharu dan sebak saya melihat kesepakatan tujuh beradik ini menjaga ibu tiri mereka yang nazak. “Anak-anaknya ini berkumpul di hospital sejak minggu lepas. Apabila ditanya, mereka mengatakan, 'ini mak tiri kami. Tapi dialah yang jaga kami tujuh beradik dari kecil'. ARTIKEL BERKAITAN: Mak tiri pun baik! Risau anak gadis keluar tengok wayang dengan rakan, mummy jadi bodyguard... Siap belanja semua sekali ARTIKEL BERKAITAN: Terpengaruh stigma mak tiri jahat, wanita pernah beri syarat kalau calon pengganti ibunya ada anak... elak pening bapa pilih anak dara! “Dia memberitahu ayahnya menikah dengan ibu tiri mereka selepas dua tahun pemergian ibu,” imbasnya Nomie. Kata Nomie lagi dia diberitahu bahawa ibu mereka meninggal dunia selepas melahirkan anak bongsu, 31 tahun lalu. Kesemua tujuh beradik itu juga tidak akan melupakan pengorbanan ibu tiri seperti menjual kuih dan nasi lemak selain terpaksa mengambil upah menoreh getah dalam membesarkan mereka. “Tapi kak, mak ni memang baik sangat. Bayangkan umur kami semua rapat, saya sorang perempuan. Abang enam orang. Posting tular dikongsi semula oleh pelayar di Twitter. “Apabila diingatkan, memang nakal dulu masa kecil. Tapi seingat saya, mak tak pernah memaki hamun. Marah sikit-sikit adalah. “Ada satu ketika, ayah ikut kerja kontrak, jarang balik rumah. Sebulan sekali. Nak balik kerap, tak mampu. Nak jimat duit. Mak la yang jaga kami semua. Apabila dikenang balik, mulianya hati dia jaga kami anak-anak tiri,” kata si anak kepada Nomie. Sehingga nafas terakhir, si ibu tidak pernah memiliki anak hasil perkahwinan dengan bapa mereka. Walaupun pernah mengandung sebanyak dua kali tapi nasib tidak menyebelahi apabila dia mengalami keguguran. Bagi tujuh orang adik beradik ini, wanita itulah ibu mereka dan tiada bezanya dengan ibu kandung. Bukan semua mak tiri tu jahat... moga jadi contoh kepada insan lain. NETIZEN “Sekarang kami berkumpul jaga mak. Adik dari Pulau Pinang ambil cuti. Saya dari Kuantan pun bercuti. Abang lain ni ramai semua kami berpakat jaga gilir-gilir. “Kesian kak (merujuk kepada Nomie), tengok mak macam ni. Dia selalu kuat dan ceria. Doktor pun kata dia dah lemah sangat. Organ dalaman dah tak kuat. Ibarat kata orang, tunggu masa saja dah ni," cerita si anak lagi. Kata Nomie, melihat kepada si ibu yang dipanggilnya makcik Minah, ketika dia berjuang di saat akhir walaupun tidak sedarkan diri, sesungguhnya dia orang yang beruntung. Hantaran tersebut asalnya ditulis pada 2018 oleh Nomie di Facebook namun ia kembali tular dan menarik perhatian orang ramai selepas dikongsikan semula oleh Malaysia Most Virall di Twitter. Rata-rata netizen turut memberikan komen berikutan tersentuh dengan perkongsian tersebut. Komen netizen pada hantaran asal. “Bukan semua mak tiri tu jahat. Moga jadi contoh kepada insan lain. “Mulianya hati ibu tiri, semoga Allah permudahkan urusanmu makcik," komen netizen pada posting asal. Moga kisah penuh inspirasi ini boleh dijadikan pengajaran untuk orang ramai. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI