suria

“Anaknya makan jajan, dia fikir anak orang lain pun sama?” - Ibu bengang dapat ‘goodies tak sihat’ dari taska, pelik ada parents gagal beza baik, buruk

Seorang ibu tidak puas hati menerima goodies mengandungi makanan ringan dari taska. Foto kiri: Gambar hiasan

BAGI ibu bapa yang amat mementingkan kesihatan anak, pasti mereka mengutamakan diet dan jenis makanan yang diambil setiap hari.

Bagaimanapun adakalanya anak-anak tetap 'terlepas' daripada kawalan ibu bapa dengan mengambil makanan tidak sihat terutama apabila berada di pusat jagaan, sekolah atau majlis keramaian.

Begitulah yang dialami oleh seorang pelayar di Facebook yang meluahkan rasa tidak senang dengan ibu bapa yang memberikan buah tangan (goodies) berisi makanan ringan kepada kanak-kanak sempena sambutan hari lahir anak mereka.

"Sekadar hendak meluahkan. Jajan dari majlis hari jadi di sebuah pusat asuhan anak saya tadi.

Posting asal yang tular.

"Saya tak faham, betul-betul tak faham kenapa ada parents yang macam ni. Adakah disebabkan anak dia makan jajan tu, jadi dia fikir anak-anak orang lain pun sama?

"Takkanlah dah jadi ibu dah jadi ayah tak boleh fikir mana yang baik dan buruk. Ajar budak-budak makan benda-benda macam ni," tulisnya dalam perkongsian tersebut.

Pada posting sama, dia turut mempersoalkan sikap ibu bapa yang tidak prihatin dengan bahan dan kandungan dalam makanan yang diagihkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sambutan hari jadi bertukar pilu! Ibu tergamam permintaan anak usia 11 tahun, hanya berserah kepada Allah

ARTIKEL BERKAITAN: Jiran siap pasang khemah tapi tak jemput ke parti hari jadi, tiba-tiba hantar KFC... patutlah bersungguh pesan ‘jangan masak’!

Berang dengan apa yang terjadi, individu tersebut mengambil tindakan menghubungi pusat asuhan untuk tindakan selanjutnya.

"Sudahlah awak bagi anak awak makan benda tu, pergi agih-agih pula dekat taska.

"Tak ada rasa bersalah ke? Orang tak sekolah pun tahu makan jajan ni tak bagus, bahaya.

"Banyak bahan pengawet. Gula-gula rosakkan gigi. Budak kecil pun tahu. Geram tahu. Tadi saya dah call owner pusat asuhan, dia akan cakap personal dengan orang tu," katanya lagi.

Dalam pada itu dia turut menitipkan pesanan kepada para ibu bapa agar tidak membiasakan anak-anak dengan makanan ringan.

Malah, pelayar ini turut memberi cadangan agar ibu bapa menukar bentuk pemberian goodies kepada makanan sihat seperti buah-buahan atau baucar.

Suruh anak tu pos dekat saya. Saya nak makan. Akak tahu tak, mengajar anak tentang adab berterima kasih dan bersyukur adalah seribu kali lebih baik daripada menjaga pemakanan dia.

NETIZEN

"Jadi tolonglah parents di luar sana jangan ajar anak-anak makan jajan. Kasihankan anak tu. Takkan nak tunggu anak tu sakit baru nak berubah.

"Yang terakhir, kurang-kurangkanlah bagi jajan masa sambut hari jadi anak. Cuba bagi benda lain buah buahan epal ke, oren ke, buku ke, soft toys ke, voucher Jusco ke... Okaylah juga, bolehlah ibunya tumpang sekali shopping kan," ujarnya lagi.

Bagaimanapun, hantaran tersebut telah tular dan menerima pelbagai reaksi netizen di ruangan komen.

Rata-rata warga maya tidak bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh individu itu kerana dianggap tidak wajar dan memperkecil usaha orang lain.

"Bukan nak memperlekehkan usaha dia nak bagi anak dia makanan sihat. Tak ada pun saya rasa. Tapi tulah... adab mana. Orang bagi, ambil. Ucap terima kasih. Tak nak makan bagi orang lain.

Tangkap layar komen warga maya.

"Hargai pemberian orang. Kau tak nak bagi anak-anak makan tak payah sibuk nak up (muat naik) beritahu orang lain macam tu. Menyampah betul orang macam ni.

"Alahai kak. Suruh anak tu pos dekat saya. Saya nak makan. Akak tahu tak, mengajar anak tentang adab berterima kasih dan bersyukur adalah seribu kali lebih baik daripada menjaga pemakanan dia. Dan adab tu sendiri perlu wujud dari diri akak sendiri. Salah satu cara, stop mengadu benda tak patut macam ni dekat Facebook. Memperkecilkan ibu bapa yang lain.

"Emak ni hantar je anak dalam hutan. Kalau ada birthday, boleh makan tumbuh-tumbuhan hijau. Kalau tak nak, sampai rumah buatlah apa yang patut.

"Bukan main eh nak voucher? Cantik ke?" demikian antara komen di Facebook.

Untuk rekod, posting tersebut telah dikongsikan semula melebihi 3,700 kali dan menerima lebih 8,200 tanda suka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain