suria

Biadab! Lelaki bertindak kurang ajar gunting deretan Jalur Gemilang tepi jalan... Netizen seru PDRM segera tangkap pelaku

Seorang lelaki dikecam ramai gara-gara merosakkan Jalur Gemilang yang dipasang di sekitar Kuala Lumpur.

SELURUH negara meriah dengan kibaran Jalur Gemilang menjelang sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-65 pada 31 Ogos ini.

Namun di sebalik kemeriahan yang semakin dirasai, darah netizen bagaikan menggelegak selepas tular video di TikTok memaparkan seorang lelaki sedang menggunting Jalur Gemilang di di hadapan Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Kuala Lumpur.

Menurut Ieka Kartika, 23, dia dan suami Mohamad Syazwan, 24, terkejut apabila melihat tindakan tidak masuk akal lelaki itu dalam kejadian yang berlaku ibu negara pada tengah hari Rabu.

"Kejadian berlaku dalam pukul 12.30 tengah hari. Ketika itu, trafik di kawasan yang kami lalu agak perlahan. Saya, suami serta bayi kami menaiki kereta untuk ke Jalan Tunku Abdul Rahman.

"Tiba-tiba suami tunjuk kepada saya, ada seorang lelaki bawa gunting dan sedang potong Jalur Gemilang. Saya nampak dia potong bendera yang dipasang di sepanjang jalan. Dia kelihatan macam tengah marah.

"Ketika kejadian, ramai juga pengguna jalan raya yang membunyikan hon. Tapi orang susah nak berhenti sebab trafik tengah sesak. Tapi ramai yang tengok masa tu," ujarnya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Jurugambar bikin gempak hasilkan foto ‘cahaya’ Jalur Gemilang, silap langkah boleh tersadung! - “Tahun ni tak lepak gerai nasi lemak Kampung Baru”

ARTIKEL BERKAITAN: Rider ini sanggup u-turn, gadai nyawa kutip Jalur Gemilang tersadai atas jalan kemudian pasang pada box makanan - “Kotor, koyak sikit tapi saya bangga”

Tambah Ieka, dia akui sedih melihat kejadian itu, apatah lagi sambutan Kemerdekaan Negara hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi.

Dia dan suami turut terkilan apabila berada dalam situasi tersepit sehingga tidak dapat menghalang perbuatan tidak bertanggungjawab lelaki berkenaan.

"Dia bawa gunting, kami nak tegur pun tak berani. Saya pun tak tahu apa lagi yang ada di dalam beg miliknya. Tambahan pula saya bawa bayi. Tapi saya perasan, ada orang lain jerkah dia.

bendera2

Antara komen netizen di TikTok.

"Ini kali pertama saya tengok orang gunting bendera. Sebelum ni hanya dengar cerita saja. Sejujurnya memang sakit hati tengok. Rasa sedih pun ada," ujarnya.

Dalam pada itu, video kejadian yang dikongsi oleh Ieka menerusi TikTok turut meraih perhatian rakyat Malaysia yang rata-ratanya berang dan mahu pelaku ditangkap segera.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) sila cari orang ni. bendera Malaysia tu, bendera negaraku. Sakit hati, geramnya.

Dia bawa gunting, kami nak tegur pun tak berani... saya pun tak tahu apa lagi yang ada di dalam beg miliknya.

IEKA

"Mana abang-abang yang kata membara semangat tengok Mat Kilau? Buat lah sesuatu.

"Semoga segera ditangkap. Siapa pun dia, perlakuan dia sangat melampau," tulis beberapa netizen.

Menurut Ieka, dia juga senada dengan netizen dan berharap agar pelaku segera ditangkap, sekaligus dapat menjadi pengajaran agar ia tidak berulang lagi.

553

Jalur Gemilang megah berkibar menjelang sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-65.

"Bila video tu viral, ramai yang komen dan meminta agar pelaku ditangkap. Saya pun harap macam tu. Dia nampak macam warga asing, tapi saya tak pasti.

"Kalau betul dia warga asing, memang tak patut dia buat macam tu sedangkan dia duduk tempat kita. Saya pun tak pasti dia waras atau tidak. Tapi nampak gaya dia macam tengah marah.

"Selepas itu, saya dah tak nampak dia. Masa balik pun saya dan suami lalu jalan lain," ujar peniaga tudung yang menetap di Bangi itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain