SUDAH menjadi kebiasaan apabila datuk atau nenek menyayangi dan memanjakan cucu melebihi anak mereka sendiri. Kasih sayang yang ditonjolkan cukup luar biasa sehingga mereka sanggup berkorban apa sahaja demi cucu. Begitulah situasi yang dapat dilihat menerusi video dikongsi Fatimah Zainol di TikTok yang kemudiannya dimuat naik semula seorang usahawan kosmetik, Cik Puan Gojes di halaman Facebook. Video tersebut memperlihatkan seorang lelaki lanjut usia menggunakan sepenuh kudratnya mengayuh basikal menjemput seorang budak perempuan pulang dari sekolah. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Besarnya pengorbanan seorang ayah. Sebak tadi tengok pakcik ni ambil anak dari sekolah naik basikal saja. "Kaki si anak tak ada tempat nak letak. Jadi memang akan lenguhlah tergantung macam tu. Nak kena galas beg sekolah berat lagi," tulis keterangan pada video tersebut. Berdasarkan video itu, baju pakcik berkenaan kelihatan lusuh dan sedikit kotor, sekali gus menimbulkan pelbagai spekulasi dan persoalan mengenai kehidupannya. "Ingatkan rumah depa (mereka) dekat saja dengan sekolah tapi kami terserempak lagi dekat simpang traffic light agak jauh. ARTIKEL BERKAITAN: Tolonglah, ini ikhtiar terakhir sebelum isytihar tokwan dah mati... hampir 10 tahun, kes atuk hilang bersama kereta Kancil masih misteri, tapi naluri mak kata masih hidup ARTIKEL BERKAITAN: Dulu sanggup pimpin tangan, basuh berak dan tidurkan opah, sekarang baca Yasin buat arwah... Cinta berpisah mati tokwan bikin cucu sebak "Lepas kami terserempak dengan pakcik ni, kami pergi sekolah ambil anak sulung. Itu yang terjumpa lagi dekat lampu isyarat seterusnya. Laju juga pakcik ni kayuh basikal. "Pakaian pakcik tu nampak macam baru balik kerja. Macam manalah penatnya si ayah kerja nak mengayuh basikal lagi hantar ambil anak sekolah hari-hari. Tak terbayang kalau ada anak ramai lain," katanya lagi. Begitulah apa yang diceritakan oleh pemilik asal video itu berdasarkan pemerhatiannya sebelum menarik perhatian ramai termasuklah Cik Puan Gojes yang kemudiannya mencari lokasi kediaman pakcik berkenaan. Apabila usahawan itu dan pasukannya berjaya menemui rumah pakcik tersebut yang terletak di Flat Sri Tandop, Alor Setar, Kedah setelah dua jam perjalanan, dia membuat satu lagi hantaran video berdurasi 4 minit menceritakan situasi sebenar. Tokwan kini tidak sihat. Menurut wanita itu, lelaki yang mengayuh basikal itu bukanlah bapa sebaliknya merupakan seorang datuk yang sanggup mengambil dan menghantar cucunya ke sekolah. Dalam pertemuan itu, barulah dia mendapat tahu bahawa lelaki tersebut yang dipanggil tokwan berada di rumah anaknya kerana sedang sakit. Dua minggu ni Tokwan tak sihat. Dia tumpang rumah anak dia sampai sihat. CIK PUAN GOJES "Dua minggu ni tokwan tak sihat. Dia tumpang rumah anak dia sampai sihat. Jadi dia duduk rumah anak dia. Sebab tu dia yang hantar cucu ke sekolah. "Tokwan ada rumah sendiri dan duduk sendiri sebelum ni. Tokwan tak kerja sekarang sebab tak sihat. Sebelum ni dia basuh pinggan kedai makan," tulis Cik Puan Gojes dalam videonya. Demi cucu, tokwan sanggup mengayuh basikal walaupun tidak sihat. Menurutnya, ramai yang bermurah hati ingin menghadiahkan tokwan sebuah motosikal tetapi keadaan matanya yang buta sebelah akan membahayakan nyawanya sendiri. Tambahnya, anak perempuan dan menantu tokwan juga mempunyai kenderaan sendiri namun permintaan si cucu yang mahu datuknya menghantar ke sekolah tetap dituruti dan diutamakan berbanding kesihatannya. Untuk rekod, video asal yang tular dimuat naik di TikTok itu telah ditonton lebih 1.2 juta jumlah tontonan. Rata-rata netizen terharu dengan pengorbanan seorang lelaki yang pada mulanya dianggap sebagai bapa tetapi sebenarnya seorang datuk. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI