suria

“Tak boleh fikir dah, geli” - Ejen hartanah trauma nampak patung seks di rumah untuk dijual, ngeri imbas kelakuan bekas suami klien

Seorang ejen hartanah berkongsi pengalaman melihat patung seks di rumah yang dihuni bekas suami kliennya.

NAMPAK senang, tapi tugas sebagai ejen hartanah bukan mudah seperti yang disangkakan.

Lebih-lebih lagi ketika membuat tinjauan atau pemeriksaan (inspection) di rumah klien, kejadian tidak diduga boleh berlaku seperti yang dialami wanita ini.

Berkongsi pengalaman kepada mStar, wanita berusia 30 tahun ini memberitahu, insiden berlaku di rumah salah seorang kliennya di Selangor, beberapa bulan lalu.

**VIDEO**

Hanya mahu dikenali sebagai Nadia, katanya, rumah teres dua tingkat tersebut merupakan milik pasangan suami isteri yang telah bercerai pada 2020.

"Klien saya adalah bekas isteri. Dia nak jual rumah tu lama dah. Tapi disebabkan pelbagai isu, baru sekarang dia nekad nak jual rumah tu.

"Dia tinggal di tempat lain, yang tinggal di rumah tu adalah bekas suami dia bersendirian. Lama juga klien saya tak datang rumah tu sejak mereka berpisah," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Penghuni rumah flat tengok TV macam orang pekak, jiran siap 'cop' suka buat bising... "Sebab tu la aku tak boleh duduk dengan B40!"

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh bungkusan plastik berisi mayat di tepi tong sampah, siap pasang pita lokasi jenayah... rupa-rupanya patung seks!

Berpengalaman sebagai ejen hartanah selama lebih tiga tahun, Nadia berkata, dia bagaimanapun tidak keseorangan ketika melakukan pemeriksaan di rumah tersebut.

"Patutnya bila buat inspection saya pergi seorang saja. Secara kebetulan klien saya tu available, dia datang bersama anak perempuannya berusia lima tahun.

"Bekas suami dia ada di rumah. Keadaan rumah dua tingkat tu dari luar macam biasa. Kami masuk rumah, saya terus buat inspection bermula dari tingkat bawah," ujarnya.

Rakaman yang dibuat oleh Nadia dari bilik tidur utama.

Menurut Nadia, keadaan di dalam rumah itu tidak terurus dan bersepah seperti tidak dijaga dengan baik.

Namun apabila naik ke tingkat satu rumah berkenaan, Nadia tergamam melihat sesuatu yang mencurigakan di ruang rehat.

"Saya ternampak sesuatu seperti patung yang dibaringkan atas kerusi. Saya tertanya-tanya dalam hati kenapa besar sangat patung tu?

"Mulanya saya tak pasti, rasa ragu-ragu. Bila saya tengok secara dekat macam sex doll (patung seks), tapi takkan benda tu kot," katanya yang berasal dari Petaling Jaya.

Tidak lama di ruang berkenaan, Nadia terus masuk ke bilik tidur utama sebelum bercerita tentang apa yang dilihat kepada kliennya yang turut terkejut dengan penemuan patung tersebut.

"Sah! Patung tu adalah sex doll. Klien sendiri tanyakan pada ahli keluarga dia selepas hantar gambar. Saya tak sedap hati, tak boleh fikir dah. Saya geli!

"Saya berterus-terang dengan klien minta kemas rumah, termasuk simpan patung tu. Saya datang nak bantu cari potential buyer. Macam mana nak market rumah kalau tidak terurus," katanya.

patung seks 4

Nadia mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah tersebut.

Jelas Nadia, dia tidak dapat membayangkan sekiranya datang ke rumah tersebut bersendirian atau membawa bakal pembeli yang melihat patung berkenaan.

"Percayalah, jika rumah dalam keadaan tidak baik, termasuk ada barang yang sensitif secara terbuka boleh mempengaruhi keputusan bakal pembeli," katanya.

Tak dapat bayangkan apa akan berlaku kalau malam. Lebih-lebih lagi saya ni perempuan.

NADIA

Nadia juga mengaku trauma berada di rumah tersebut bukan hanya disebabkan kewujudan patung itu, tetapi juga apabila memikirkan kelakuan bekas suami kliennya.

"Dari mula masuk ke rumah, bekas suaminya asyik senyum pandang saya semacam. Bila dia senyum, apa yang dia fikir sebenarnya? Penampilannya juga tak terurus, macam bermasalah.

"Saya trauma walaupun saya datang waktu siang bersama klien. Tak dapat bayangkan apa akan berlaku kalau malam. Lebih-lebih lagi saya ni perempuan," tambahnya.

patung seks 3

Antara komen netizen mengenai video yang dimuat naik Nadia di TikTok.

Susulan pengalaman pertama kali itu, Nadia meminta mana-mana pemilik atau penghuni rumah supaya menghormati ejen hartanah dalam menjalankan tugas mereka.

"Ejen juga manusia biasa, bila berurusan dengan manusia ni melibatkan emosi. Kita nak bantu mereka (jual rumah), jadi mereka pun kena bantu ejen.

"Tak sampai 10 minit pun saya buat inspection. Biasanya saya tinjau dahulu tengok keadaan rumah sebelum ambil gambar. Setakat ini, saya belum kembali ke rumah tu.

"Saya tidak tahu apa punca penceraian klien dengan bekas suami, tapi dia ada beritahu 'Sebab itulah saya tak boleh hidup dengan lelaki macam ni'," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain