suria

Lebam, sebab tu murah? Ramai dakwa keracunan makanan selepas makan oyster viral, kesian TikToker buat reviu pun terkena tempias

Liana merupakan seorang TikToker yang gemar membuat reviu makanan.

"BERWARNA coklat dan tak fresh (segar)."

Begitulah pandangan yang diberikan kebanyakan warganet mengenai tiram (oyster) mentah yang dinikmati seorang pengguna TikTok @lianausm95 yang terkenal kerana sering membuat reviu makanan.

Menerusi video reviu makanan yang dimuat naik wanita itu, dia memperkenalkan kedai menjual kerang bakar dan oyster di sebuah medan selera yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.

Ciapan asal di Twitter yang tular.

Seperti dimaklumkan dalam video tersebut, harga bagi seekor tiram adalah RM6 dengan anggaran 'saiz lebih besar daripada muka saya', sekali gus membuatkan ramai tertarik untuk mencuba sendiri makanan laut itu.

Bagaimanapun, tanpa diduga ramai pula berkongsi pengalaman buruk mereka selepas makan tiram di kedai tersebut pada ruangan komen posting video itu.

Semakan mStar mendapati warga maya memberitahu bahawa mereka terkena keracunan makanan selepas makan oyster di kedai sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada geng T20 anggap B40 makan oyster mentah di gerai sebagai berangan! Harap tak keracunan makanan

ARTIKEL BERKAITAN: Kembang tekak! Baru makan 3 suap laksa ‘favourite’, pelanggan muntah nampak ulat berenang dalam kuah

"Aiyo, sekarang dah viral orang sakit perut lepas makan oyster yang anda review.

"Oh yang ni ke oyster yang ada orang makan jadi food poisoning tu?

"Datang 'sini' lepas tengok akak sorang tu sakit perut.

"Ada pelanggan keracunan makan oyster ni, macam mana tu?," demikian antara komen netizen pada video yang dikongsi.

Sementara itu, TikToker yang membuat reviu tersebut yang dikenali sebagai Liana menerusi akaun Twitternya menafikan tuduhan bahawa dia turut terkena keracunan makanan selepas makan di gerai tersebut.

Komen netizen membalas ciapan asal.

Dia yang turut dikecam kerana membuat reviu tiram mentah tampil menjelaskan bahawa dia tidak mengalami masalah keracunan makanan seperti didakwa di Twitter dan ia merupakan satu fitnah.

Jelasnya, dia sudah membuat semakan mengenai tahap kebersihan gerai makan itu sebelum membuat reviu.

"Setahu saya, tak pernah kena keracunan makanan sebab pergi gerai tu dan kami periksa dahulu tempat tu sebelum ni. Ia bersih sebersihnya. Lagi satu, tolong buat kaji selidik.

"Ada beberapa jenis tiram di Malaysia dengan ciri tersendiri seperti bau, bentuk, saiz dan warna bergantung kepada di mana ia dijumpai dan hidup. Sama macam manusia, ada yang putih, gelap sedikit dan gelap," tegasnya dalam satu bebenang di Twitter.

So sekarang ni Liana tu reviu tak jujur atau dia memang tak kenal oyster tak elok dengan yang elok?

NETIZEN

Perkara ini mula dibangkitkan di laman Twitter oleh seorang individu.

"Semalam saya nampak Liana punya TikTok, dia review oyster besar nak mampos dekat satu kedai ni.

"Lepas tu hari ni saya nampak ada TikTok yang kata dia kena keracunan sebab makan situ. Kemudian, baca komen semua yang makan situ pun sama kena food poisoning," jelasnya pada ciapan asal.

Ciapan Liana memberi keterangan berikutan kes reviu tiram.

Katanya, setelah melihat video seorang pelayar yang mendakwa mengalami keracunan makanan selepas makan oyster itu, dia mencadangkan supaya 'mangsa' membuat laporan terhadap pihak berwajib kerana isu ini serius dan boleh menyebabkan kematian.

"Kalau begitu kesnya, saya rasa orang ramai patut buat laporan berkenaan kedai tu kepada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) sebab ini masalah serius dan boleh bawa maut.

"Sesiapa yang pernah makan sana dan kena food poisoning baik lapor dekat KKM fasal ni segera! Dan Liana perlu bertanggungjawab dengan reviu dia. Hal ini adalah serius dan orang boleh mati daripada makan tiram ini!," ujarnya lagi.

Dalam pada itu pengguna di Twitter turut mendakwa tiram yang dijual di medan selera itu tidak segar kerana berwarna seakan-akan coklat (lebam).

Keadaan tiram yang dijual dikongsikan oleh seorang pengguna di Twitter.

Seorang pelayar lain turut memuat naik sekeping gambar menunjukkan oyster yang dihidangkan oleh kedai viral itu.

Berikutan hantaran yang menjadi tular, rata-rata warganet bersetuju dan mula memberikan pandangan masing-masing di ruangan komen.

"Kenapa lebam oyster dia. Macam tea bag tak ada bau hanyir ke masa makan.

"So sekarang ni Liana tu reviu tak jujur atau dia memang tak kenal oyster tak elok dengan yang elok?

"Kawan saya pergi Sabtu hari tu pun dia cakap tak fresh juga. Beratur dua jam dia cakap. Lepas tu dapat oyster pula tak fresh. First and last dia cakap pergi situ. Tak berbaloi langsung," ujar netizen di ruangan komen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain