suria

Wanita undang kecaman kongsi tip percutian bajet di Thailand bersama kekasih, tak bimbang terzina sebab ‘jaga niat’

Antara tips yang dikongsikan.

PERCUTIAN adalah momen paling indah buat 'kaki travel' dan pasti lebih menyeronokkan apabila berpeluang bercuti bersama rakan-rakan yang ‘sekepala’ kerana pelbagai aktiviti dapat dilakukan bersama.

Bagaimanapun, ada yang lebih suka untuk bercuti bersama pasangan masing-masing.

Seperti yang dikongsikan seorang wanita di laman Facebook baru-baru ini, dia menceritakan pengalaman bercuti bersama teman lelakinya di Thailand.

Malah dia turut memberi tip percutian bajet bersama teman lelaki yang mana bilik penginapan hotel dikongsi bersama termasuk katil dan mereka berdua hanya dipisahkan dengan bantal.

Perkongsiannya itu bagaimanapun mengundang kecaman warganet kerana disifatkan bersekedudukan dengan bukan mahram dan amat tidak manis apabila dia membawa imej wanita berhijab.

Tips bajet jimat yang dikongsikan pasangan couple adalah tidak wajar.

Tip jimat yang dikongsikan wanita ini adalah tidak wajar. - Gambar hiasan

Ketika diajukan tentang isu berzina, dia menyangkalnya dengan mengatakan perlu berpegang kepada niat.

Disebabkan tular, tip bajet ‘muslimah’ tersebut turut dibincangkan di platform Twitter.

Berdasarkan ciapan individu dikenali sebagai Mimi, wanita terbabit ada menyatakan bahawa dia memakai tudung dan berselimut ketika tidur.

“Terbaca posting Facebook Muslimah bertudung yang pergi bercuti ke Thailand dengan BF (teman lelaki).

“Kongsi bilik hotel sama, katil sama tapi letak bantal tengah-tengah manakala dia tidur bertudung dan berselimut,” ciapnya sambil menambah posting tersebut bagaimanapun telah dipadam di media sosial.

Menurut Mimi, apabila tiba giliran untuk mandi, salah seorang daripada mereka perlu turun ke bawah dan duduk di lobi sementara waktu.

“Bila tiba giliran salah seorang nak mandi, yang seorang lagi turun bawah lepak lobi sampai seorang lagi selesai. Sembahyang asing-asing.

Wanita terbabit mengakui berkongsi katil yang dipisahkan dengan bantal. - Gambar hiasan

Wanita terbabit mengakui berkongsi katil yang dipisahkan dengan bantal. - Gambar hiasan

“Dia kata bukan saja ‘jimat duit’, tapi ‘rasa selamat’ bila bercuti dengan BF. Orang tanya tak takut terzina ke, dia jawab ‘jaga niat’,” tambahnya.

Ekoran perincian yang dibuat itu, pengguna Twitter yang lain tampil memberikan pandangan masing-masing selain membuat andaian bahawa teman lelakinya itu adalah ‘gay’.

Zaman sekarang aku biasa dengar remaja ikut BF, kawan lelaki atau stranger ke Genting, Cameron Highland, Tioman, Sipadan, Krabi (Thailand) dan Singapura.

NETIZEN

Ada juga yang menggelar wanita berkenaan sebagai penunggang agama kerana berkongsikan kaedah yang jelas haram di sisi Islam.

“Mengaku muslimah tapi menunggang macam ni? Pelacur pun mengaku mereka pelacur, tapi tak sampai nak justify tidur kongsi katil bantal tengah, tidur bertudung bagai. Adik beradik sampai certain umur pun kena pisah tempat tidur... ni pula dua ajnabi.

ARTIKEL BERKAITAN: Syoknya! 19 sekeluarga ‘serbu’ homestay tepi sawah selepas setahun tak jumpa, pakai kain pelikat dan batik je... mudah, selesa dan meriah

ARTIKEL BERKAITAN: Penganggur kecil hati dapat kawan jenis tiada hati perut, paksa travel ketika 5 bulan ‘jobless’... Rupanya nak cukupkan korum je!

“Kalau dah berdua-duaan, kau ingat jantan boleh tahan?

“Zaman sekarang aku biasa dengar remaja ikut BF, kawan lelaki atau stranger ke Genting, Cameron Highland, Tioman, Sipadan, Krabi (Thailand) dan Singapura. Seronok pergi bercuti dan maksiat sambil dapat cash dan hadiah... makin best walaupun diri ditebuk tupai.

“Bila kita nak ‘mengislamik’ benda yang haram, kita akan auto nampak bangang. Ibarat dah kantoi tapi nak reka cerita bagi nampak tak bersalah. Besar mana bantal dia letak kat tengah tu? Berapa biji? Ke tahan bahagian muka, badan kaki semua melekat sama-sama?

Antara reaksi netizen.

Antara reaksi netizen.

“Kenapa nak normalise? Janganlah liberalkan apa yang Islam dah aturkan. Kalau nak kata jaga niat, daripada awal nak pergi bersama tu dah dikira salah niat,” ujar beberapa netizen.

Dalam pada itu, sesetengah pelayar Twitter juga beranggapan bahawa wanita berhijab itu secara tidak langsung menggalakkan perempuan lain untuk melakukan perkara yang sama.

“Haram tetap haram, jaga ikhtilat pun lelaki tu bernafsu... acah-acah suci. Konon tip jimat menggalakkan couple pergi bercuti ke apa?

“Apa tujuan bagitau. Nak bagi contoh ‘tiru macam aku’. Ingat ayat ‘jangan hampiri zina’ siapa tiru muslimah ini sah dapat ‘dosa jariah’ juga pada pencadang,” kata segelintir warganet.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain