GARA-GARA transformasi yang dibuat, ramai yang menyangka dia adalah individu berbeza. Mana tidaknya, menerusi satu video yang tular, lelaki itu yang sebelum ini mempunyai bentuk badan berisi berubah wajah selepas berjaya menguruskan badan dalam tempoh empat bulan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Boleh berlakon slot Akasia ni." "From pakcik to abang real quick," demikian antara komen netizen. Putra sebelum melakukan diet defisit kalori. Bercakap kepada mStar, pemuda berkenaan, Putra Aidil Fitri Syah Jalil berkata, dia tidak menyangka video transformasi yang baru dikongsikannya di TikTok menjadi perhatian. Berusia 30 tahun, dia mengakui kedua-dua individu di dalam video tersebut merupakan dirinya selepas mengurangkan berat badan daripada 104 kilogram (kg) kepada 74kg. ARTIKEL BERKAITAN: Pernah turun 66kg dalam setahun... Penat usaha, ada pula sanggup tuduh kurus sebab hisap dadah! - "Yang tak kenal akan kata fake" ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara video transformasi keluarga, ramai ingat orang lain... Pemuda ini pun macam tak percaya, akui abah dan TikTok beri inspirasi "Kedua-duanya adalah saya sendiri. Saya melakukan transformasi selama empat bulan, dan sehingga kini berat badan saya kekal sekitar 74kg. :"Sebelum ni saya cuba beberapa cara seperti crash diet, intermittent fasting diet tapi tak jalan. Selepas itu, saya cuba lakukan diet rendah kalori," katanya kepada mStar. Putra bersenam di gim selepas transformasi. Lebih mesra disapa Putra, dia mengamalkan diet defisit kalori pada Oktober 2021 sehingga Januari 2022 sebelum menyambut ulang tahun ke-30, pada Februari tahun ini. "Apabila usia nak masuk 30 tahun... 3 series ni, azam saya nak jadi fit. Sekurang-kurangnya nak sambut birthday dengan stail. "Sebenarnya juga lebih kepada faktor kesihatan kerana masa belajar di universiti dahulu, saya sangat aktif bersukan dan bermain bola tampar termasuk acara olahraga. "Mula kerja, gaya hidup berubah sebab kerja shift ketika itu. Makan lewat dan tak bersukan. Saya mudah rasa semput, jalan sikit dah mengah," ujarnya yang berasal dari Kuala Lumpur. Sambutan hari ulang tahun Putra ke-30, Februari 2022. Menurut anak ketiga daripada lima beradik itu, dia banyak menikmati makanan di rumah kerana boleh mengawal masakan. "Kalau beli makanan di luar pula, contohnya, saya akan menyemak maklumat nutrisi mengenai jumlah kalori di belakang pembungkusan. "Makan macam biasa, tapi tukar cara pemakanan. Saya cuba cara cut sugar (kurang pengambilan gula) dan minyak selain beralih kepada minyak zaitun," tambahnya. Putra turut melakukan aktiviti rock climbing. Mengenai kulit wajahnya yang semakin cerah selepas menguruskan badan, Putra dan keluarganya turut mengakui perubahan itu. "Dulu saya gelap, tetapi sekarang lebih cerah. Mungkin perubahan itu disebabkan oleh amalan diet dan pengambilan makanan sihat. Motto saya, kalau masuk usia 30 tahun tengah elok, maka eloklah sampai bila-bila. Tapi kena disiplin. PUTRA "Selepas berjaya turun berat badan, saya mula bersenam di gim dan buat rock climbing. Saya tak nak turunkan berat badan lagi, tak nak juga sado sangat, cukuplah lean fit," katanya. Putra yang bekerja dalam bidang pemasaran digital berkata, dia kini lebih bersemangat memasuki usia 30-an kerana berjaya mencapai sasaran untuk menguruskan badan. Penampilan terbaharu Putra. "Tahun lepas masa usia 29 tahun, saya kata cepatlah umur 30 tahun. Bagi saya, umur 20-an ni lebih kepada budak-budak. "Motto saya, kalau masuk usia 30 tahun tengah elok, maka eloklah sampai bila-bila. Tapi kena disiplin kalau nak badan fit kena amalkan diet dan bersenam," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI