suria

Orang Sabah berhabis sakan buat majlis cukur jambul, tema Melayu bangsawan telan kos 5 angka... siap ada katil bayi bersalut emas

Majlis cukur jambul menjadi perhatian ramai. Gambar kecil katil bayi bersalut emas - dsgraphy.com / Iqbal Bridal Couture

MELIHAT kepada dekorasi dan susur atur dewan, ia tak ubah seperti sebuah majlis persandingan.

Lebih indah apabila ia diserikan dengan persembahan muzik gamelan dan diiringi persembahan tarian sekumpulan penari berpakaian tradisional Melayu.

Namun siapa sangka ia bukanlah majlis persandingan bagi pasangan yang segak mengenakan persalinan songket biru itu, sebaliknya acara cukur jambul bagi dua anak mereka.

"Cukur jambul of the year," antara komen netizen menerusi satu video yang memaparkan sebuah katil bayi berwarna emas yang diletakkan di antara dua kerusi 'pengantin'.

cukur jambul of the year 9

Persembahan muzik gamelan dan pertunjukan silat menyerikan majlis. foto dsgraphy.com

Bercakap kepada mStar, 'pengantin perempuan', Ummu Hani Abu Bakar berkata, majlis cukur jambul yang diadakan di sebuah dewan pada 13 Ogos lalu adalah untuk anak perempuannya berusia dua tahun dan anak lelaki yang baru tiga bulan.

Bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di Kota Kinabalu, Sabah, wanita berusia 38 tahun itu memberitahu bahawa majlis yang dihadiri lebih 300 tetamu sebenarnya tertangguh selama lebih dua tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Sanggup berhabis RM300,000 meriahkan birthday anak usia 4 tahun, teruja lihat ucapan khas di pantai pulau persendirian dari helikopter

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Bakal ibu buat kejutan hadiah Lamborghini RM2 juta strategi 'ikat' suami, harap diberi lebih perhatian ketika berpantang

"Mulanya, saya dan suami nak buat majlis selepas kelahiran anak ketiga pada 2020, tapi disebabkan pandemik dan banyak sekatan serta SOP (prosedur operasi standard), jadi kena tangguh.

"Tunggu punya tunggu, saya hamil dan bersalin lagi. Jadi, majlis cukur jambul untuk dua anak sekali gus," ujar ibu kepada empat cahaya mata itu kepada mStar.

cukur jambul of the year 10

Hani dan suami serta empat anaknya sedondon dalam persalinan songket biru. foto dsgraphy.com

Lebih mesra disapa Hani, dia dan suami, Mohd Hisam Maslim, 40, memilih tema Melayu klasik bangsawan untuk majlis tersebut.

"Kami serahkan kepada perancang majlis untuk aturkan mengikut konsep yang diingini, dan kami tak sangka apabila jadi, ia memang sangat grand.

"Majlis dimulakan dengan saya, suami dan anak-anak berarak masuk ke dalam dewan diiringi persembahan gamelan secara live. Kami disambut dengan pertunjukan silat," katanya yang berasal dari Kota Kinabalu.

cukur jambul of the year 2

Majlis cukur jambul. foto Iqbal Bridal Couture

Menurut Hani, pada majlis berkenaan tetamu turut dihiburkan dengan persembahan tarian tradisional iaitu Tarian Tualang Tiga, Inang Si Kunang-Kunang dan Joget Serampang Laut.

"Semua tetamu kami minta pakai mengikut tema. Ada yang berbaju klasik Melayu, berbaju kurung dan bertanjak serta bersanggul lintang.

"Selepas itu, diikuti majlis cukur jambul. Bermula dengan bacaan doa, tazkirah, tahnik, cukur jambul yang diiringi marhaban dan seterusnya sesi santapan," katanya sambil menambah dia merupakan guru di sekolah menengah, manakala suaminya adalah ahli perniagaan.

cukur jambul of the year 1

Persembahan marhaban pada majlis cukur jambul. foto dsgraphy.com

Hani yang bertugas sebagai guru sekolah menengah dan suami mengakui sebak menyaksikan majlis yang membabitkan kos keseluruhan lima angka itu berjalan lancar.

"Kami dah kahwin selama 14 tahun. Rasa macam pengantin baharu apabila dapat bersanding. Masa kahwin dulu majlis biasa-biasa je dan buat di rumah, tak ada bajet nak grand macam ni.

Apa yang kami lakukan ini semata-mata untuk kenangan buat famili.

HANI

"Apabila dilabelkan majlis ini sebagai cukur jambul of the year, kami terharu dan malu-malu. Apa yang kami lakukan ini semata-mata untuk kenangan buat famili, cuma ada anak yang meragam dan menangis sepanjang majlis," tambahnya.

Sementara itu, perancang majlis yang mahu dikenali sebagai Iqbal, 31, berkata, disebabkan majlis tertunda selama dua tahun, maka ia perlu lebih menyerlah daripada idea asal.

cukur jambul of the year 8

Hani dan suami (tengah) gembira dengan pilihan tema klasik Melayu bangsawan. foto Iqbal Bridal Couture

"Saya buat lebih dan enhance majlis macam acara pertabalan. Ibaratnya tetamu macam rakyat jelata dan klien digambarkan seperti raja dan permaisuri di atas singgahsana.

"Syukur, konsep klasik Melayu bangsawan dapat direalisasikan," ujar Iqbal yang berpengalaman selama 12 tahun dalam perancang majlis dan dan pengantin.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain