suria

“Awak belum kahwin eh?” - Promoter disindir selepas ‘sound’ ibu bapa tak pandai jaga anak, biar rosakkan barang jualan

Anit menceritakan situasi yang sering dilihatnya.

MELIHAT kanak-kanak yang dibiarkan berlari di dalam pusat beli belah sambil bermain di eskalator serta barang jualan yang dipamerkan sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan jurujual mahupun pengunjung yang lain.

Mana tidaknya, kejadian melibatkan kanak-kanak cedera akibat terjatuh dan tersepit eskalator sering dilaporkan.

Seperti perkongsian salah seorang jurujual di sebuah kedai gajet yang dikenali sebagai Anit, dia kerap kali melihat insiden kanak-kanak cedera kerana sikap ibu bapa yang lepas tangan.

Malah ada kalanya ibu bapa atau penjaga membiarkan anak mereka memasuki ruang niaga tanpa pemantauan hingga merosakkan harta benda.

“Nak makan Su**** boleh, tapi jangan sampai susahkan orang lain. Bukan tak pernah jadi kepala anak pelanggan terkoyak.

“Tolong ibu bapa yang tengah beratur Su**** ni peka dengan keadaan sekeliling,” luahnya menerusi video di TikTok baru-baru ini.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Malah ada juga yang mengecam Anit dengan mengatakan dia tidak memahami situasi dihadapi ibu bapa kerana belum berkahwin dan mempunyai anak.

Ekoran itu, Anit sekali lagi tampil menjelaskan situasi yang berlaku menerusi video keduanya.

Dia turut menunjukkan lokasi seorang kanak-kanak cedera kerana tersepit ketika bermain eskalator.

“Hari tu ada budak tersepit kaki di situ. Kemudian ada pelanggan, anaknya terjatuh dan kepala terkoyak.

Anit menceritakan situasi yang sering dilihatnya.

Anit menceritakan situasi yang sering dilihatnya.

“Ada pula yang main buka tutup pintu almari kaca barang-barang simpanan di kedai. Kalau pecah tak tahu parents nak ganti atau tak.

Terdapat juga kanak-kanak yang menjilat tiang di kedai dan ibu bapa biarkan... tiang tu kotor

ANIT

“Main-main telefon, kadang-kadang ada yang terjatuh telefon tapi buat tak tahu. Terdapat juga kanak-kanak yang menjilat tiang di kedai dan ibu bapa biarkan... tiang tu kotor,” luahnya.

Tegas Anit lagi, situasi yang diceritakan itu tiada kaitan dengan isu sama ada dia sudah berkahwin atau belum, sebaliknya membabitkan isu keselamatan dan bertimbang rasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Ini kedai mainan, bukan taska! Peniaga panas hati ibu bapa biar anak-anak main tanpa kawalan... Rosak tak mahu ganti!

ARTIKEL BERKAITAN: Panas hati tengok pelanggan ‘menggelupur’ selongkar kasut, kotak bersepah atas lantai... Macam tak pernah raya

“Ingat saya ni babysitter yang kena jaga, pantau anak dia? Saya ni promoter tengah cari pelanggan,” katanya lagi.

Antara reaksi netizen selepas mendengar teguran Anit.

Antara reaksi netizen selepas mendengar teguran Anit.

Perkongsiannya itu membuatkan beberapa individu tampil meninggalkan komen dengan menyatakan pernah melihat insiden yang sama.

“Sama... anak kecil pelanggan berlari nak naik eskalator, mak ayah dia boleh buat relaks. Aku yang kerja pula menggelabah kejar.

“Anak pelanggan baling barang masa tengah makan... parents biar, dia ingat cup Chinese tea aku tu dapat free? Kemudian kacau pelanggan lain makan.

“Tadi makan kat satu kedai, anak berjalan sampai keluar dari kedai... saya tanya suami anak siapa ni dah keluar nanti hilang. Mak ayah sibuk tengok telefon,” kongsi beberapa netizen.

Dalam pada itu, teguran yang dilakukan Anit mendapat sokongan daripada warganet dan rata-ratanya bersetuju dengan tindakan yang diambilnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain