KEPELBAGAIAN budaya yang wujud di Indonesia menyebabkan negara itu kaya dengan pelbagai hidangan enak, menarik dan pelik. Menu-menu seperti ayam penyet dan bakso bukan sahaja digemari rakyatnya, malah turut dijual secara meluas di negara jiran seperti Malaysia. Terbaharu, seorang wanita Indonesia dikenali sebagai Sulastri Mayani tampil berkongsi video tutorial masakan anak lebah sehingga meraih lebih 3.3 juta tontonan di media sosial. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Hello teman-teman, sekarang aku mahu masak lebah. Hah? Lebah? Iya ini anak lebah yang masih embrio. Selain itu, aku juga mahu makan madu langsung dari sarangnya," ujar wanita itu yang manis bertudung hitam. Dalam video itu, Sulastri menunjukkan cara memotong kepingan sarang lebah kepada bahagian-bahagian kecil sebelum dia mengeluarkan anak-anak lebah ke dalam sebuah bekas. "Pertama, kita potong dulu sarang lebahnya menjadi beberapa bahagian. Kemudian kita kupas sarang bahagian atas. Lihat, di dalam sarang sudah terlihat anak-anak lebah. ARTIKEL BERKAITAN: Selera eksotik! Makcik bertudung, atuk pakai kopiah jual sate ular... Ramai pesan jangan suka-suka cuba makanan tepi jalan ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan keliru, beli ayam tapi nampak macam tikus penyet... ada ekor panjang, kenyal-kenyal gitu! "Yang hitam-hitam itu matanya. Kita terbalikkan sarangnya, kemudian kita keluarkan anak lebah. Itu lihat anak lebah dah mula jatuh. Yang warna putih masih muda, yang coklat sudah agak tua," ujarnya lagi. Dalam video itu, Sulastri memanaskan minyak di dalam kuali sebelum memasukkan hirisan bawang putih dan bawang merah. Dia turut menggesek cili, tomato, belacan, serbuk penambah perasa dan garam untuk dijadikan sebagai sambal sebelum dimasukkan ke dalam kuali bersama air kosong. Rasanya ada manis-manis begitu. Di Lombok ramai yang suka makan anak lebah. SULASTRI MAYANI Apabila adunan mendidih, dia memasukkan semangkuk anak lebah ke dalam kuali untuk dimasak selama lima minit dan dihidangkan ke dalam pinggan. "Teman-teman pernah makan anak lebah ke? Kalau pernah, komen di bawah, biar teman-teman yang lain tahu bagaimana rasanya. "Rasanya ada manis-manis begitu. Di Lombok ramai yang suka makan anak lebah," ujarnya lagi. Kaedah masakan anak lebah yang ditunjukkan Sulastri sangat mudah dan pantas. Menjengah ke ruangan komen di akaun TikTok milik Sulastri, video itu bukan sahaja dihujani komen rakyat Indonesia malah turut meraih perhatian orang Malaysia. "Sangat unik dan kagum melihat kepelbagaian makanan cuma kepada yang tidak makan, seharusnya tidak perlu menghina makanan yang lain dari tempat kita. "Boleh makan ke anak lebah? Tak ada racun ke? Sulastri mengambil anak lebah dari sarangnya. "Wah kali pertama aku tengok. Tak tahu pun ada baby lebah. "Di Sarawak, orang makan anak lebah tu biasa," tulis beberapa netizen. Jun lalu, mStar melaporkan kisah tular peniaga bertudung dan berkopiah di Indonesia yang memasak hidangan sate ular. Awal Ogos lalu, seorang pelanggan di negara itu turut berkongsi video memaparkan seekor tikus yang dipercayai dimasak dalam hidangan ayam penyet. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI