CUBAAN dua lelaki untuk meragut seorang wanita di hadapan Wisma FGV, Kuala Lumpur berakhir dengan kekecewaan apabila mereka berjaya diberkas oleh orang awam. Menerusi kamera litar tertutup (CCTV), dua lelaki itu menaiki sebuah motosikal ketika cuba meragut wanita berkenaan yang sedang berjalan sendirian. Bagaimanapun salah seorang daripada mereka berdepan kesukaran apabila dia dikejar dan bergelut dengan mangsa sementara seorang lagi rakannya menunggu di atas motor. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Secara tiba-tiba, seorang rider penghantar makanan, dipercayai GrabFood, tiba di tempat kejadian dan merempuh motosikal pelaku untuk menghalang mereka daripada melarikan diri. Selepas itu, beberapa pengguna jalan raya turut berhenti dan cuba membantu mangsa sehingga tindakan dua lelaki itu berjaya dihalang. Foto memaparkan dua peragut yang duduk di tepi jalan ketika ditahan anggota polis turut dikongsi ke laman Facebook sehingga meraih perhatian netizen. ARTIKEL BERKAITAN: Seret wanita siap buat U-turn, dua peragut ‘disumpah’ netizen - “Kena kat keluarga sendiri, jangan lupa zaman kegemilangan kau dulu” ARTIKEL BERKAITAN: Nampak jelas! Youtuber tak sengaja rakam kes ragut depan mata, "Mangsa tak terkata apa, orang lain nampak jaket dan helmet sama" Menurut paparan pada skrin CCTV, kejadian berlaku sekitar 8.20 malam, Ahad lalu. Rata-rata netizen meluahkan rasa puas hati apabila melihat dua peragut itu tumpas, malah mereka turut memuji keberanian mangsa yang memakai baju kelawar ketika kejadian tersebut. Netizen turut memuji tindakan berani rider berkenaan yang sanggup mengambil risiko untuk melanggar motosikal milik peragut. Mangsa berjaya mendapatkan semula beg miliknya yang diragut. "Berani perempuan tu. Buatnya perompak tu ada pistol ke apa ke, risau juga. Apa pun, baju kelawar memang best. "Power abang Grab tu. Dia langgar terus je. Tak fikir dah motor dia calar ke apa ke. "Jom buat donation repair motor abang Grab yang langgar tu. Motor buat kerja dia mesti rosak. Tangkap layar video CCTV tular. "Elok bersih je muka peragut. Selalunya berkicap dan bersos cili. "Respek gila dekat semua orang yang selamatkan dia. masing-masing korbankan diri," tulis beberapa netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI