KEBIASAANNYA jika kanak-kanak mula menabung, tentunya ada barang yang mahu dibeli seperti permainan. Namun lain pula dengan kisah anak kecil ini apabila membuat simpanan bukan untuk dirinya, sebaliknya bagi membantu rakannya yang dalam kesusahan. "Semalam Yusuf minta RM20, untuk genapkan simpanan dia selama sebulan yang dah capai RM80. "Tujuannya nak bayarkan yuran kawan. Bulan lepas dia maklumkan sedih, ada kawan nak berhenti sekolah petang (Kelas al-Quran dan Fardu Ain) sebab tak mampu bayar yuran," tulis seorang bapa menerusi satu perkongsian di Facebook. Yusuf (kiri) semasa belajar di Melbourne. Berkongsi cerita kepada mStar, bapa kepada kanak-kanak itu, Mohd Nasaie Ismail, 38, berkata, anaknya Yusuf yang berusia 12 tahun telah memaklumkan mengenai hasrat untuk membantu rakan sebayanya, sejak bulan lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Duit 'wakaf' dalam bekas tak pernah kurang, cikgu kagum pelajar susah tapi tak tamak... "Ingat kat kawan-kawan saya juga" ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar sanggup tak makan KFC ketika jamuan, alasannya buat warden asrama nak menitik air mata "Dia beritahu, boleh tak tolong bayarkan yuran kawan dia. Saya kata boleh. Tapi saya pun dah lupa. Senyap jelah. Lepas tu dia tengok kita tak hulur duit kat dia, dia kumpul sendiri. Walhal kita ni lupa dah. "Rupa-rupanya dalam diam dia kumpul duit belanja sekolah dan duit yang atok, opah, tok wan bagi. Dapatlah RM80. Yuran nak dibayar RM100," katanya kepada mStar. Yusuf (kanan) bersama seorang adik lelaki. Bagaimanapun bapa kepada lima anak itu menjelaskan Yusuf yang merupakan anak kedua tidak bercerita lanjut mengenai latar belakang rakannya itu. "Memang dia sekolah di bandar tapi di kawasan ini juga ramai miskin bandar. Jadi, kes-kes sebeginiselalu kami dengar," katanya. Sebagai bapa, Nasaie mengakui sangat gembira melihat anak lelakinya mahu membantu rakan dalam kesusahan, sambil menambah anak-anaknya terpengaruh dengan budaya saling bantu-membantu sewaktu mereka sekeluarga berada di Australia selama beberapa tahun. Membantu, cakna terhadap orang sekeliling memang jadi budaya yang sangat mendalam di Australia, dan budaya itu dibawa balik ke Malaysia. NASAIE Menurutnya, tiga anaknya yang pertama pernah bersekolah di Melbourne sejak 2015 hingga 2018 sewaktu dia menyambung pengajian di negara kanggaru itu. "Membantu, cakna terhadap orang sekeliling memang jadi budaya yang sangat mendalam di Australia, dan budaya itu dibawa balik ke Malaysia. "Ada saja benda yang anak-anak fikir nak tolong orang," katanya yang menyifatkan Yusuf sebagai anak yang lemah-lembut, paling penyabar dan suka menolong adik-beradiknya. Nasaie (kiri) bersama Yusuf (belakang) dan seorang lagi anaknya. Menurut Nasaie lagi, dia juga terkesan dengan sikap baik yang ditunjukkan anaknya itu. "Alhamdulillah Yusuf dah bayar dan rakan dia sangat gembira. Kadang-kala apabila tengok anak anak sebegini akan menyedarkan kita bahawa ukuran yang kita letakkan pada setiap anak-anak tidak boleh sama terutama dalam akademik. "Bukan semua anak anak mempunyai keupayaan yang sama. Tetapi setiap anak-anak pastinya dijadikan dengan kelebihan tersendiri yang unik dan perlu diraikan kelebihan tersebut," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI