suria

“Dunia dah nak kiamat, sewa je” - Netizen sepakat twit gurauan isu beli rumah ada maksud tersirat, setuju bukan masa sesuai tambah hutang

Pelayar Twitter hairan apabila ramai yang tidak membenarkan pembelian rumah pada masa ini.

MEMILIKI rumah idaman sendiri merupakan impian setiap individu lebih-lebih lagi ketika usia muda.

Bagaimanapun perlu diingat bahawa perbelanjaan rumah adalah paling besar terutama bagi mereka yang sudah berkahwin kerana ia melibatkan komitmen jangka masa panjang.

Tambahan pula, jika tiada perancangan rapi daripada segi kewangan, seseorang itu berkemungkinan berhadapan dengan status bankrap.

Maka tidak hairanlah apabila beberapa individu yang pernah berkhidmat di firma guaman dan perbankan menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat pembelian rumah dalam tempoh terdekat.

Ciapan yang dibuat Shahirzai membuatkan warganet tampil memberikan pelbagai pandangan.

Ciapan yang dibuat Shahirzai membuatkan warganet tampil memberikan pelbagai pandangan.

Difahamkan ia juga berkait rapat dengan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang diumumkan Bank Negara pada 6 Julai lalu.

Baru-baru ini seorang pelayar Twitter dikenali sebagai @Shahirahzai, berkongsi pandangan tentang isu perumahan sebagai aset.

“I tengok kat TikTok, dia cakap tunang dia kerja kat law firm dan uruskan client beli rumah. Tapi apabila dia pula nak beli rumah... tunang dia cakap tak payah. Dunia dah nak kiamat, sewa saja,” ciapnya ringkas.

Kenyataan itu mungkin dilihat sebagai jenaka namun ada yang yakin ia merupakan satu peringatan untuk difikirkan sebelum membeli rumah.

Ada yang beranggapan bahawa ‘amaran’ tunang tersebut adalah kerana rumah bukanlah aset jika seseorang itu perlu membayar balik pembiayaan pinjaman untuk tempoh masa lebih 15 tahun.

Malah ada yang merasakan generasi masa kini tidak sepatutnya dibebankan dengan hutang perumahan.

Keadaan ekonomi negara yang tidak stabil dan harga rumah yang mahal mendorong segelintir warganet bersetuju dengan pandangan ''lebih baik menyewa'. - Gambar hiasan

Harga rumah yang mahal mendorong segelintir warganet setuju dengan pandangan 'lebih baik menyewa'. - Gambar hiasan

“Sebenarnya dia nak mengelak riba yang besar apabila beli secara instalment. Melainkan beli tunai atau menyewa... seram tengok orang beli rumah, dia punya statement bulanan 30 hingga 35 tahun. Tempoh 10 tahun pertama rupanya bayar bunga sahaja.

Bagi saya yang kerja di syarikat pembinaan... buat masa sekarang lebih baik sewa rumah daripada beli.

NETIZEN

“Beli rumah kalau boleh letak la down payment tinggi atau bayar separuh apabila dah perlu bayar full installment supaya bulanan boleh kurang. Sekurangnya apabila terdesak tak ada susah nak cari duit bayar. Installment bila lebih daripada gaji minimum, macam mana nak cover.

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta belum dapat tapi ‘loan’ dah kena bayar, ramai pelik cara pembantu jualan buat kerja... Pemilik diminta lapor bank!

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu sewa rumah biasa, guna peti ais buruk... usia 26 tahun dah mampu beli kereta mewah, banglo 2 tingkat hasil jual kasut

Antara reaksi dan pandangan yang ditinggalkan netizen.

Antara reaksi dan pandangan yang ditinggalkan netizen.

“Lain orang lain caranya, tapi bagi saya yang kerja syarikat pembinaan... buat masa sekarang lebih baik sewa rumah daripada beli. Sekarang market rumah tak menentu dan kos buruh terlalu mahal serta tidak setimpal dengan design rumah.

“Setuju sebab hutang berpanjangan dan 15 tahun pertama bayar kadar faedah sahaja. High commitment, tak semua housing area market value naik bila dijual balik... I pun nak jual rumah selepas tujuh tahun kerana inflasi dan kos sara hidup yang tinggi. Nak azam zero atau bebas daripada apa-apa hutang,” ujar beberapa netizen.

Tidak kurang juga beberapa individu dari firma guaman turut meninggalkan pandangan berdasarkan kes-kes yang dikendalikan.

“Sebagai seseorang yang kerja dekat law firm, I can confirm this. Bukan nak takutkan, tapi banyak rumah kena lelong, orang muda ya. Start tahun 1993 dah ramai yang bankrap. Ada yang parents bayarkan hutang, sampai sanggup jual tanah supaya anak hidup selesa. The havoc is real.

I pun daripada legal firm juga. Ramai orang muda beli rumah dan ramai juga orang muda yang bankrap sebab rumah,” ujar beberapa individu lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain