TINDAKAN pantas empat sahabat menyelamatkan seorang bayi perempuan yang dibuang berhampiran tong sampah baru-baru ini mendapat perhatian warga maya. Ketika dihubungi mStar, Nisa Rina, menceritakan semula kisah pada hari kejadian yang menyayat hati itu. Menurut Nisa, bayi ditemukan mereka yang juga mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak pada 20 Ogos itu masih bertali pusat selain diselaputi darah dan air ketuban. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) “Pada ketika ini kami sedang bekerja secara sambilan. Sekitar pukul 9 pagi hari kejadian kawan saya (Malani) dapat panggilan daripada seorang kawan kami yang sudah pergi kerja seawal 8 pagi. "Dia beritahu suruh turun dan bantu sebab ada orang buang bayi. Kawan saya tak dapat tolong sebab dia seorang saja jaga kedai, tak boleh tinggal jadi kami pun bergegas ke tempat kejadian. “Apabila sampai dan tengok memang ada bayi dekat kawasan tong sampah. Jadinya, Malani terus hubungi talian kecemasan 999 untuk laporkan kes,” imbas Nisa. ARTIKEL BERKAITAN: Tetap belajar walau terpaksa membongkok! Pelajar 4 flat sertai ODL dalam but kereta, sanggup pandu lebih 100km demi internet ARTIKEL BERKAITAN: Tak boleh menyusu anak, wanita ini dianggap ibu yang kurang sempurna... akhirnya nekad buang bayi 1 bulan dalam perigi Jelas Nisa yang mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Sosial di UPSI, keadaan bayi pada ketika itu sangat lemah seolah-olah kedinginan. Katanya pergelangan tangan bayi yang dibiarkan terbaring atas sofa bersama tiga hingga empat helai kain tuala itu kelihatan kebiru-biruan. Lebih menyayat hati kata Nisa, badan bayi malang itu turut dihurungi kira-kira 20 ekor lalat dan semut. Bayi tersebut dijumpai di atas sofa berhampiran tong sampah. Setelah lebih 15 minit panggilan dibuat, dua orang anggota polis dari Balai Polis Ulu Bernam, Perak dan disusuli empat orang pegawai perubatan datang bersama ambulans. “Kami tak tahu bila dia ditinggalkan tu tapi kami tak sentuh bayi dengan tangan kosong sebab tak nak kacau bahan bukti. Kami guna alas kain saja pegang dia sementara tunggu polis. Pihak hospital beritahu bayi dalam keadaan sihat dan tiada sebarang cacat cela atau penyakit. NISA “Bayi tu sekarang selamat berada di hospital. Keesokan harinya kami menerima panggilan oleh pihak hospital. Mereka beritahu bayi dalam keadaan sihat dan tiada sebarang cacat cela atau penyakit,” katanya lagi. Berikutan perkongsian Nisa di TikTok, video tersebut menerima lebih 1.7 juta jumlah tontonan. Rata-rata netizen memuji tindakan Nisa dan sahabatnya malah ramai yang mahukan bayi ini untuk dijadikan anak angkat mereka. Ketika ditemui bayi tersebut dalam keadaan masih bertali pusat dan berlumuran darah. “Kes masih dalam siasatan polis, jadi saya tak dapat nak ceritakan perkembangan dia lagi. “Kami namakan dia sebagai ‘Baby Hawa’ sementara waktu ni. Lepas saya post video tu dekat TikTok, ramai yang nak ambil dia jadi anak angkat. “Malah ada pasangan yang bersungguh-sungguh betul mahu jadikan bayi ini sebagai anak angkat mereka,” ujar Nisa lagi menutupi kisah. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI