suria

Pelanggan merungut tak kenyang makan nasi lemak bungkus RM1, tuduh peniaga nak cepat kaya... “Ikan bilis seekor belah empat”

Tangkap layar video seorang lelaki menunjukkan nasi lemak bungkus berharga RM1.

TIDAK dinafikan ramai yang mengeluh dengan kenaikan harga makanan berikutan kos bahan mentah naik mendadak.

Walau bagaimanapun bukan semua peniaga makanan bertindak sedemikian kerana segelintir mereka masih mengekalkan harga yang paling relevan.

Namun realitinya masih terdapat pengguna yang mengeluh apabila makanan yang dibeli dikatakan tidak setimpal.

Begitulah perkongsian seorang lelaki yang terkejut dengan nasi lemak bungkus bersaiz kecil yang dibeli pada harga RM1.

Menurutnya, portion nasi itu tidak memadai kerana boleh dihabiskan dengan hanya beberapa suap.

ARTIKEL BERKAITAN: Murah jangan sampai jijik! Harga RM1 je, pelanggan tetap rasa teraniaya beli nasi lemak tahi ikan bilis... lebih rela dapat sambal kosong

ARTIKEL BERKAITAN: Lauk paru, udang, ayam RM2 je! Peniaga tak sangka 'dapat susah' selepas jual nasi lemak murah, terima mesej ugutan - "Saya faham ramai terkesan, tertekan"

"Nasi lemak RM1. Sesudu, dua sudu settle. Aduhai," luahnya menerusi satu video yang kini tular di media sosial.

nasi lemak RM1 2

Pelanggan mengeluh hanya dua sudu nasi bagi nasi lemak berharga RM1.

Malah dakwanya, tidak hairanlah segelintir peniaga nasi lemak boleh menjadi kaya-raya kerana menjual dalam bungkusan yang begitu kecil.

"Betul-betul mahal harga... ikan bilis seekor belah empat, belah tiga pun tak tahu la.

"Telur sebiji buat 10," katanya menerusi video berdurasi 20 saat dengan kapsyen 'Nasi lemak RM1 dua sudu je'.

Pada rakaman tersebut dia membelek bungkusan nasi lemak menggunakan kertas surat khabar yang dilapik dengan daun pisang, di mana di dalamnya mengandungi nasi, telur dan beberapa ekor ikan bilis serta sambal.

nasi lemak RM1 3

Nasi lemak RM1 yang mengandungi nasi, telur, ikan bilis dan sambal.

Bagaimanapun, rata-rata netizen berpandangan sebaliknya dengan menyifatkan nasi lemak bungkus RM1 itu berbaloi dan setimpal dengan harganya pada zaman sekarang.

"Sesuai la dengan harga RM1 untuk tahun 2022 bang.

"Sesuai dengan harga la tu. Ikan bilis, ada telur, ada sambal. Cukup syarat."

Sesuai dengan harga lah tu. Ikan bilis, ada telur, ada sambal. Cukup syarat.

NETIZEN

"Ok lah tu. Daun pisang tu dia (peniaga) beli."

"Kau expect penuh satu pinggan ke bang RM1?” katanya.

nasi lemak RM1 4

Antara komen netizen.

Dalam pada itu, ada yang menyifatkan harga RM1 untuk sebungkus nasi lemak berkenaan juga ideal bagi mereka yang kurang berkemampuan.

"Mana tau ada antara kita yang dalam poket cuma ada RM1 untuk makan.

"Sekurang-kurangnya dia dapat makan nasi lemak," ujar seorang netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain