KALAU dah kreatif, buat apa pun pasti menjadi. Zakuan Abdullah, 26, mencuri perhatian ramai apabila dia mengait sehelai kardigan berwarna-warni yang diinspirasikan daripada pakaian penyanyi terkenal, Harry Styles. Cerita Zakuan, dia mula mendalami seni itu pada Oktober 2020 dan berjaya menyiapkan kardigan berkenaan dalam masa lima bulan sahaja. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Semuanya bermula ketika pandemik. Biasanya saya ada banyak masa terluang selepas online class. Pada masa itu, saya tengok video mengait yang jadi trend di TikTok. "Jadi saya cabar diri untuk buat kardigan, sebagaimana kardigan keluaran JW Anderson yang dipakai Harry Styles. Saya memang tiada pengalaman langsung, belajar 100 peratus menerusi YouTube. "Mengait memang susah, tapi ia jadi agak senang kerana saya minat. Apabila bersulam dengan minat, saya jadi bersemangat untuk buat. Sepanjang proses itu saya tak pernah nak putus asa, cuma ada seketika saya berhenti sebelum teruskan balik. ARTIKEL BERKAITAN: Kerana minat, pemuda kacak tak hirau dipertikai bergelar tukang jahit... siap kongsi detik cemas baju pelanggan berlubang di ambang raya ARTIKEL BERKAITAN: Selesa jadi ‘tukang jahit biasa’ walau hasil jahitan luar biasa! Lelaki ini kongsi kisah ditentang belajar fesyen, "Saya ambil masa dua bulan untuk belajar mengait dengan kemas. Selepas itu baru saya teruskan projek kardigan itu yang mengambil masa tiga bulan, total lima bulan untuk siapkan kardigan itu," ujarnya kepada mStar. Menurut PageSix, kardigan jenama JW Anderson yang dipakai Harry Styles itu bernilai $1,890 (RM8,460), manakala kardigan versi Zakuan pula dihasilkan dengan modal serendah RM93.40. Menurut Zakuan, dia berasa puas melihat kardigan yang dihasilkan sendiri kelihatan kemas dan menarik, malah merancang untuk mengait pelbagai lagi item lain pada masa akan datang. Ada kawan-kawan minta jual tapi saya tak mahu... hanya pakai untuk diri sendiri. ZAKUAN Dedah Zakuan, ada beberapa kenalan turut meluahkan hasrat membeli kardigan itu, namun dia menolak tawaran mereka memandangkan ia merupakan hasil tangannya yang pertama. "Selepas siap kardigan, saya fikir ia akan berakhir di situ je. Tapi dengan pengalaman yang ada, saya pun terfikir untuk cuba hasilkan benda lain. Untuk projek mengait, saya nak buat beg, saya suka hasilkan sesuatu yang boleh dibawa kemana-mana. "Ada kawan-kawan minta jual tapi saya tak mahu. Saya hanya pakai untuk diri sendiri. Setakat ini, saya pernah keluar ambil gambar OOTD memakai kardigan di belakang rumah. Proses penghasilan kardigan yang dikongsi menerusi TikTok. "Ia agak panas, kardigan ni juga agak berat. Ia tak berapa sesuai dengan cuaca panas di Malaysia," ujar graduan bidang Pengiklanan yang menetap di Cyberjaya itu. Zakuan turut berkongsi video kardigan itu menerusi TikTok sehingga ia menerima pujian ramai. Selain reaksi positif di TikTok, penglibatannya dalam seni mengait turut membuka satu rahsia mengenai arwah ibunya yang tidak pernah diketahui selama ini. Zakuan menghasilkan kardigan itu dengan kos serendah RM100. "Ramai kawan-kawan yang cadangkan supaya saya kongsi mengenai kardigan ini di TikTok. Menurut kawan saya, ianya unik kerana jarang lelaki suka mengait. Ada juga yang minta saya buat kelas mengajar, InsyaAllah ada dalam perancangan. "Saya juga kongsi hasil saya mengait dalam group keluarga. Kemudian makcik saya cakap saya ikut arwah mak. Katanya arwah mak dulu suka mengait. "Saya tak pernah tahu. Sejak saya lahir sehinggalah mak meninggal pada tahun 2018, saya tak pernah tengok dia mengait. Mungkin mak berhenti mengait sebab sibuk bekerja," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI