suria

Alumni universiti ‘spill the tea’ dedah pensyarah gay ligat cari mangsa pemuas nafsu songsang, siap ajak pelajar teman mandi!

Pensyarah itu didakwa melakukan gangguan seksual ke atas beberapa pelajar lelaki.

MEDIA sosial sepanjang minggu ini nampaknya hangat dengan siri pendedahan mengenai gangguan seksual yang berlaku di institusi pengajian tinggi.

Beberapa hari lalu, seorang wanita membuat pendedahan mengenai gangguan seksual melibatkan seorang pensyarah lelaki di sebuah universiti awam terkemuka di Johor.

Belum reda kisah itu, laman Twitter sekali lagi kecoh apabila seorang individu membuat pendedahan mengenai dakwaan salah laku seksual seorang lagi pensyarah lelaki, juga di negeri Johor.

Cover shoot for cover story on date rape. Will be shooting models (one man and one woman posing as the predator and victim).

Seorang lelaki menggunakan laman Twitter untuk mengumpul bukti daripada mangsa-mangsa lain yang pernah berhadapan gangguan daripada pensyarah itu.

Menurut lelaki itu, pensyarah berkenaan didakwa memiliki nafsu songsang dan pernah membuat gangguan seksual terhadap dia dan rakan-rakannya.

"Gay jenis harass student laki, termasuk aku dan teammate aku pun kena. Tapi aku dah alumni macam mana ni," tulis pemilik Twitter itu.

Dalam ciapan di Twitter, lelaki itu turut mengalu-alukan mangsa gangguan seksual pensyarah sama untuk tampil berkongsi pengalaman masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dedah lecturer minta isi borang survey seks, kemudian ajak onani... rupanya dah ‘buat kerja’ dari 2011

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis dipaksa sebut ‘I love you’ jadi mangsa gangguan seksual... lelaki tak dikenali ugut nak cari di tempat kerja, mujur cubaan sentuh gagal

"Kalau korang ada pengalaman buruk dengan lecturer tu, and you know who, sila DM (direct message) saya. Saya tengah kumpul bukti," ujarnya lagi.

Dia turut berkongsi beberapa tangkap layar mesej yang dihantar oleh mangsa pensyarah itu, mendedahkan kejadian yang pernah berlaku suatu masa lalu.

Salah seorang mangsa yang menghubungi pemilik Twitter itu mendakwa pensyarah tersebut pernah mengajak dia dan rakan-rakan untuk keluar menonton wayang.

Gay jenis harass student laki, termasuk aku dan teammate aku pun kena.

PELAYAR TWITTER

"Sampai sekarang eh still jadi predator, jenis semua orang dia nak try jadikan anak ikan dia. Aku pernah belajar dengan dia dulu, ajak aku dengan member-member lain tengok wayang temankan dia.

"Kami reject, dia koyak (marah) terus cepatkan deadline assignment. Member aku student final year project (fyp) dia. Boleh pula dia ajak pergi rumah temankan dia mandi. Dah tu nak try ajak mandi sekali," dakwa seorang pengadu menerusi DM.

Tambah individu itu lagi, pensyarah berkenaan didakwa sengaja membuka pintu bilik mandi di sebuah homestay ketika rakannya sedang mandi.

pensyarah2

Dakwaan seorang wanita mengenai kes gangguan seksual di Johor turut mendapat liputan mStar Khamis lalu.

"Member aku pernah mandi kat homestay, mereka stay time pertandingan tu. Then dia acah-acah terbuka pintu time member aku mandi. Lepas tu bukan dia nak terus tutup.

"Dia acah blushing, lepas tu cakap eh sorry sir tak perasan ada orang. Memang 'angin' member aku lepas tu dia siap senyum-senyum lagi," dakwa pengadu berkenaan.

Rata-rata netizen turut mengutuk keras dakwaan salah laku seksual itu dan berharap pelaku akan dikenakan tindakan tegas.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain