suria

Model lelaki ‘confident’ pakai kasut tumit tinggi, hot pants di KLFW2022... Tapi fesyen rambut kembang paling jadi tumpuan

Sadiq meraih perhatian ramai gara-gara penampilan unik dengan rambut afro.

VIDEO memaparkan seorang model lelaki berambut afro yang berjalan di pentas peragaan sambil memakai kasut tumit tinggi potongan boots atau heels boots ternyata mencuri perhatian netizen.

Menurut Sadiq M. Jamil, 25, dia menyambut baik cabaran itu biarpun gugup apabila pertama kali berjalan di pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022) sambil memakai kasut tumit tinggi.

"Ia cabaran yang sangat menyeronokkan. Saya tak pernah pakai kasut tumit tinggi Stiletto, kalau boots tapak yang tinggi dan tebal pernahlah, tapi saya sahut cabaran ini sebab saya suka akan rekaan Syomirizwa Gupta dan juga cabaran!

"Sebelum naik saya rasa nervous. Tapi apabila di atas pentas, saya jadi yakin dengan diri sendiri sebab nak persembahkan serta raikan baju yang dipakai.

"Saya bermula sebagai model secara suka-suka sahaja pada 2019. Cuma sejak April tahun ini baru saya jadi model secara serius di bawah agensi Topboicitizen.

"Ini kali pertama saya sertai KLFW under designer, saya berterima kasih pada agensi saya yang tolong push carikan semua peluang ini," ujarnya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Berbaloi berangan! Ketika menganggur dan jadi ‘beban keluarga’, Imran Bard dijemput catwalk peragakan fesyen Hatta Dolmat

ARTIKEL BERKAITAN: Fesyen ke ofis jadi rujukan, video catwalk raih jutaan tontonan! Ibu 3 anak gembira beri inspirasi, tapi enggan jawab ‘soalan paling ramai orang tanya’

Penampilan unik Sadiq dengan rambut afro, heels boots serta hot pans di KLFW2022 menyebabkan dia menjadi tumpuan ramai.

Kata Sadiq, rambut itu menjadi daya tarikan utama yang membawa pelbagai rezeki buatnya biarpun pertama kali tampil dengan gaya itu sejak pandemik melanda.

"Dulu arwah mak saya wakili Malaysia ke pertandingan Miss Universe di Peru. Jadi sejak kecil saya suka tengok album lama mak dan rasa Mak cantik sangat.

Dulu arwah mak saya wakili Malaysia ke pertandingan Miss Universe di Peru.

SADIQ M. JAMIL

"Alhamdulillah, rambut ini macam membuka rezeki. Banyak job yang saya terima memerlukan saya tampil dengan rambut ini. Memang seronok tapi azab nak jaga. Kadang-kadang sampai sejam dalam tandas untuk basuh rambut.

"Saya ada terfikir nak tukar gaya rambut, tapi bukan dalam masa terdekat. Sekarang saya nak enjoy dulu rambut panjang. Ini kali pertama saya simpan rambut panjang. Kalau diluruskan, ia boleh cecah paras dada," ujarnya lagi.

Menurut Sadiq, dia menjadikan arwah ibunya, Siti Rohani Wahid sebagai inspirasi untuk berkecimpung serius dalam dunia peragaan.

sadiq2

Sadiq menyimpan impian untuk berjalan di pentas peragaan antarabangsa. Foto: TTFGA.

Dedah Sadiq, arwah ibunya yang meninggal dunia akibat kanser payudara merupakan wakil Malaysia ke pertandingan ratu cantik Miss Universe di Peru pada tahun 1982.

"Dulu arwah mak saya wakili Malaysia ke pertandingan Miss Universe di Peru. Jadi sejak kecil saya suka tengok album lama mak buat modelling. Saya rasa seronok tengok dia dapat pakai baju cantik.

"Mak meninggal dunia masa saya umur 14 tahun. Jadi sekarang apa yang saya buat banyak mengingatkan kepada arwah. Selain minat menjadi model, saya juga minat berlakon," ujar graduan Seni Persembahan (Teater) ini.

sadiq3

Arwah ibu Sadiq pernah mewakili Malaysia ke pertandingan Miss Universe pada tahun 1982.

Menurut Sadiq, dia juga berterima kasih dengan sokongan netizen yang banyak memberi kata-kata semangat selepas beberapa video peragaannya tular di media sosial.

"Alhamdulillah, syukur ada sokongan dan orang terima saya dengan baik. Rasa terharu dengan sokongan yang diberikan. Bila orang gembira, saya pun rasa gembira.

"Ada juga yang mesej saya minta tip untuk masuk dunia peragaan. Nasihat saya, kejar minat itu. Kalau rasa boleh buat, boleh teruskan. Kita tak tahu rezeki yang sudah tertulis, industri fesyen hari ini menerima kepelbagaian.

"Yang penting kena ada keyakinan diri. Kalau nak ikutkan rasa takut, saya pun takut. Tapi sampai bila kita nak takut. Selagi muda, cuba je peluang yang ada," ujarnya yang memasang impian untuk berjalan di pentas fesyen dunia di Milan dan Paris.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain