TIDAK memakai topi keledar jelas merupakan satu kesalahan jalan raya. Jika tertangkap, penunggang yang ingkar boleh dikompaun maksimum sebanyak RM300. Namun lain pula situasinya bagi seorang penunggang motosikal ini apabila dia hanya diberikan amaran oleh pihak polis setelah kantoi melakukan kesalahan tidak memakai topi keledar. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Menerusi video berdurasi 31 saat daripada kamera papan pemuka (dashcam) yang dimuat naik di Facebook Sukan Star TV, kelibat penunggang motosikal ini ketika sedang berhenti di lampu isyarat merah menarik perhatian netizen. Apa yang tidak disangka ialah secara tiba-tiba sebuah kenderaan polis datang dari arah kanan dan terus berhenti di depan penunggang wanita berkenaan membuatkan pemandu lain turut terkejut. ARTIKEL BERKAITAN: “Mula-mula rasa kelakar, tapi bila dia buka minuman tu...” - Rakam aksi 'picit makanan', kawan akui buat kesalahan bodoh tak bertempat ARTIKEL BERKAITAN: Cop parking lagi! Bengang pemandu Viva plat ‘D’ buat hal di mall, netizen ‘pukul rata’ marah orang Kelantan Dapat dilihat anggota polis berkenaan menegur penunggang terbabit sambil dia kemudiannya mengambil topi keledar yang rupa-rupanya diletakkan di bakul di hadapan dan segera memakainya. Tidak terhenti di situ, aksi spontan individu berkenaan selepas pihak polis beredar sekali lagi mengundang perhatian orang sekeliling dan warganet. Ia berikutan penunggang tersebut dilihat seperti menjelirkan lidah terhadap anggota polis sebagai tanda protes sambil menghidupkan semula enjin motosikalnya. Individu ini pada mulanya tidak memakai helmet. Berikutan video yang tular, rata-rata netizen turut membanjiri ruangan komen dengan kata-kata mencuit hati. “Motor (motosikal) pun terkejut nampak polis. Ada helmet rupanya. “Masalah betul ada helmet tapi tak guna, kalau jadi apa-apa menyusahkan orang. “Patut kena saman tu, nasib baik polis tu tegur saja. “Laki ke perempuan, kasut dia tu! Komen netizen di Facebook. “Sampai jelir lidah tu biadab betul. Kalau tak nak ikut undang-undang pindah duduk dalam hutan,” komen beberapa netizen di Facebook. Untuk rekod, video tersebut telah ditonton lebih 142,000 kali dan menerima lebih 7,000 tanda suka. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI