BARU-baru ini satu Malaysia kecoh dengan insiden majlis hari jadi kena 'hijack' oleh rakan sendiri sehingga menimbulkan perdebatan ramai. Rentetan daripada perkongsian itu, seorang pemuda turut berkongsi pengalamannya yang hampir sama tetapi melibatkan rancangan untuk berjumpa seorang kawan lama (reunion). Pemuda berkenaan yang dikenali sebagai Zakwan Rahpal berkata, dia berhasrat mahu bertemu seorang rakan lama dengan mempelawannya untuk berjumpa. Malah, dia turut mengambil inisiatif untuk menempah meja di sebuah restoran bagi acara reunion yang dirancangnya. "Aku nak buat jejak kasih. Aku pun ajak keluar. Aku buat reservation di sebuah restoran tak berapa nak mewah di Bukit Bintang untuk dua orang," katanya. Zakwan pada mulanya mahu membuat 'reunion' di sebuah restoran. - gambar hiasan / PIixels Tanpa berkongsi tentang tarikh sebenar kejadian berlaku, Zakwan berkata tidak lama kemudian rakannya itu bertanya sama ada dia boleh membawa seorang teman lain pada hari yang dirancang "Zakwan, I bawa seorang lagi kawan. Tak apa kan? "Kawan yang mana? You tak kenal kawan ni, kawan universiti I," demikian kata Zakwan mengimbas kembali perbualan antara mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Buat video show off selepas rakan ikut bercuti, tapi tak ada 'common sense' hulur duit minyak - "10 jam perjalanan, siap hantar seorang demi seorang balik rumah" ARTIKEL BERKAITAN: Rumah dia tak ajak, tapi nak terjah rumah orang! Wanita bengang ada puak paksa buat open house, mana common sense? Dalam pada itu menerusi video berdurasi dua minit di aplikasi TikTok, Zakwan menjelaskan bahawa dia masih mampu tersenyum dan bersangka baik dengan pertanyaan yang mengejutkan itu. "Tak apa, I akan contact restoran tu dan kita dapatkan meja yang lebih besar," ujarnya yang mahu menambah seorang lagi dalam tempahan awal. Namun malangnya, Zakwan yang mempunyai lebih 105,000 pengikut di TikTok berkata, kuota di restoran berkenaan sudah penuh. Tangkap layar video Zakwan berkongsi luahan. Dia bagaimanapun mengambil pendekatan yang lebih rasional bagi merumitkan keadaan. "Aku mesej balik kawan ni dengan cara profesional. Aku cakap elok-elok, 'Meja tu boleh untuk dua orang je. Kalau kau dengan kawan nak pergi reunion kat situ, go ahead (teruskan). "Tak apalah, biarlah aku makan seorang kat Pelita Jalan Ampang. It's okay, jangan risau tentang aku," katanya. Kalau member dah cakap nak bawa kawan, maksudnya kau tak penting untuk dia. ZAKWAN Lebih menyakitkan hati apabila rakannya itu tidak memberikan respons yang baik. "Memang dia tak risau pun. Dia balas 'okay, thank you'. "Tahu tak apa yang buat aku lagi sakit hati? Dia tak pergi pun kedai tu, dia pergi kedai lain. "Aku boleh je makan seorang. Moral of the story, jangan baik hati sangat. Kalau member dah cakap nak bawa kawan, maksudnya kau tak penting untuk dia," katanya. Antara komen netizen. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan rasa simpati terhadap insiden yang menimpa Zakwan, termasuk berkongsi pengalaman mengalami nasib sama. "Sakit weh! Aku pernah juga. Dah ajak aku, selepas tu nak bawa member lain sekali. "I pernah kena. Cadang jumpa berdua, eh tiba-tiba hari kejadian, ada seorang yang tidak dikenali join sekali. Tak beritahu pun. "Ya, yang kadang-kadang nak keluar sama, tapi tiba-tiba nak ajak boyfriend sekali. "Manusia macam ni bukan member namanya," antara komen netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI