suria

Menitis air mata jatuh dalam nasi! Si bongsu menangis kena ‘prank’ keputusan SMU tak cemerlang... Mak ayah pun suka menyakat

Keluarga prank anak bongsu, beritahu keputusan peperikasaan tidak seperti diharapkan.

DRAMA air mata keluarga ini nampaknya bukan biasa-biasa apabila berjaya meruntun hati sesiapa sahaja yang melihatnya.

Rata-rata mengagumi keikhlasan kasih sayang dan keakraban yang ditunjukkan mereka sekeluarga walaupun tujuan asal rakaman video yang tular itu adalah untuk mengusik atau prank!

Bercerita kepada mStar, Nur Aib Shuib berkata video itu dirakam pada 14 Ogos lalu ketika dia bersama ibu bapa dan seorang lagi adik perempuannya melakukan prank terhadap adik bongsunya, Mohd Shahrul Shuib sehingga mengalirkan air mata.

“Saya dan keluarga pergi melawat adik dekat asrama di sekolah Maahad yang terletak di Klang. Tujuan kami sebab nak beritahu tentangl keputusan Sijil Menengah Ugama (SMU) dia bagi peperiksaan tahun lepas.

“Masa tengah makan tu tiba-tiba dia ada tanya mengenai keputusan tu. Awal tu memang kami dah rancang nak buat kejutan beritahu keputusan. Kami prank nak cakap ada satu subjek gagal.

ARTIKEL BERKAITAN: Bahaya trend sampah! Prank kurung anak, takutkan dengan audio pontianak mengilai tinggalkan parut emosi buat si kecil

ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah buat prank ‘handphone baharu’ untuk anak bongsu, tapi terhenti separuh jalan sebab sebak lihat reaksinya

“Selepas beritahu nama nama dia tak tersenarai dalam kalangan Mumtaz (cemerlang), kami suruh adik reda dengan apa jua keputusan. Tak sangka pula dia akan menangis ketika makan tu,” imbasnya.

Kata anak sulung daripada tiga beradik ini, setelah ditenangkan akhirnya si adik reda serta akur dengan ketentuan yang ditetapkan.

Selepas selesai menangis, adik yang masih lagi tidak tahu dengan rancangan prank itu kemudiannya meminta maaf kepada kedua-dua ibu dan bapa kerana kesal tidak dapat berikan yang terbaik.

Shahrul merupakan anak bongsu dalam keluarga.

Namun jelas Ain yang menetap di Petaling Jaya, Selangor, keluarganya tidak sanggup untuk teruskan penipuan lalu mereka akhirnya memberikan slip keputusan peperiksaan.

“Masa angah mengusik dia tu kami dah tak tahan lagi jadi kami berikan slip keputusan tu supaya dia dapat tengok sendiri. Lepas dia dah lihat sendiri, dia terus bangun salam dan peluk abah dan ibu sambil menangis.

“Waktu tu ibu sempat pesan yang perjuangan dia masih lagi belum berakhir dan panjang. Masa tu semua orang pula menangis tengok momen tu,” kata Ain lagi.

Lepas dia dah lihat sendiri, dia terus bangun salam dan peluk abah dan ibu sambil menangis.

NUR AIN

Berikutan perkongsian Ain di TikTok yang menjadi tular, rata-rata netizen turut mengagumi kemanisan hubungan kekeluargaan ditunjuk mereka.

Dalam pada itu, Ain sempat menitipkan pesan buat adiknya yang mahu melanjutkan pelajarannya ini ke peringat lebih tinggi iaitu Sijil Pelajaran Malaysia.

Ain (belakang, kanan) bersama ahli keluarganya.

“Untuk adik dan orang di luar sana, kejayaan kita pada hari ini bukanlah sebab kita seorang yang hebat atau pandai.

“Ketahuilah bahawa semua yang kita peroleh ini adalah berkat doa-doa orang yang dibelakang kita, sentiasa mengingati kita,” ujar Ain menutupi kisahnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain