suria

Arowana kembar siam bawa tuah, pelanggan tak putus! Tak beli pun okey... “Mereka tengok kebesaran Allah dengan mata hati”

Arham akui kehadiran ikan kembar itu membawa rezeki buat kedai yang diusahakannya.

BUKTI kebesaran Allah.

Demikian komen netizen berhubung video tular memaparkan dua ikan arowana baka Malaysia Golden Blue Base yang bercantum pada bahagian perut.

Menurut pemiliknya, Arham Azmi, 34, dia membeli 'kembar siam' itu daripada seorang kenalan dan kini ditempatkan di kedai ikan miliknya yang terletak di Taman Equine, Seri Kembangan, Selangor.

"Ikan ini saya jumpa dekat farm kawan saya di Bukit Merah pada Disember tahun lepas. Awalnya dia tak nak jual sebab ia rare, tapi selepas dipujuk, akhirnya saya dapat beli dengan nilai empat angka.

"Masa jumpa, ikan tu masih kecil dan tidak stabil. Saya saya tak mahu ambil risiko untuk bawa dalam perjalanan jauh. Tapi sekrang umur dah dekat setahun, fizikal makin kuat, baru saya berani bawa balik. Baru minggu lepas kembar dipindahkan ke showroom saya.

"Ikan ini bercantum dekat perut. Dulu masa kecil, perutnya nampak terbuka, nampak warna putih dan merah macam tak berjahit. Apabiila dah besar, sisik pun dah tebal, saya tengok perut tu dah tertutup. Dulu masa kecil, kita tengok pun kesian," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kembar kacak gembira bertugas di PPV! Kongsi hobi sama tapi ada satu perkara yang mereka ‘pantang’ - “Kami lain dari kembar lain”

ARTIKEL BERKAITAN: Kembar seiras ini sama kacak, sama pekerjaan tapi perangai tak serupa... enggan hanyut dengan pujian - “Pernah bergaduh, tapi sekejap saja”

Senang disapa Arham, dia mengakui terkejut apabila video memaparkan ikan unik itu dihujani ribuan komen netizen sehingga meraih lebih dua juta tontonan menerusi laman TikTok.

Tambah Arham, kehadiran kembar itu turut dianggap sebagai pembuka rezeki, sekali gus membantunya dalam mengembangkan lagi perniagaan Equine Aquatics yang sudah diusahakannya sejak dua tahun lalu.

"Alhamdulillah, ramai juga dapat pelanggan daripada TikTok. Sampai ke hari ni, followers dah meningkat lebih 10,000 gara-gara video viral. WhatsApp asyik masuk je, ramai yang bertanya mengenai ikan.

arham3

Arham sudah dua tahun mengusahakan kedai itu.

"Ibaratnya dah macam free marketing. Tak perlu billboard, tak perlu masuk TV atau radio. Dengan video kembar je orang dah tahu mengenai kami. Kembar tu dah jadi macam tarikan ke showroom saya.

"Bila pelanggan masuk, mereka teruja nak ambil gambar. Kita pun rasa puas bila tengok orang gembira. Makin murah rezeki. Ada pelanggan masuk sebab nak tengok kembar je, pada saya orang masuk tu pun dah satu rezeki walau tak membeli.

"Ada makcik-makcik yang datang tengok, mereka cukup tersentuh. Mereka tengok kebesaran Allah ni dengan mata hati. Mereka jadi terfikir, macam mana ikan ni hidup dari kecil, tak sakit ke?

Bila dah besar, sisik pun dah tebal, saya tengok perut tu dah tertutup. Dulu masa kecil, kita tengok pun kesian.

ARHAM

"Semua kejadian mesti ada sebabnya, cuma kita sebagai manusia, kena ambil hikmah atas apa yang berlaku untuk diri sendiri," ujar bapa kepada tiga cahaya mata itu.

Bercerita mengenai kedai Equine Aquatics yang diusahakannya sejak dua tahun lalu, Arham berkata dia hanya menjual ikan arowana dan turut menawarkan bimbingan kepada mereka yang baru berjinak dengan hobi itu.

"Saya lihat ini trend yang sangat positif. Sebagai orang dalam industri, sejujurnya tak menang tangan nak supply. Ramai sebenarnya yang suka bela ikan. Ia hobi yang menenangkan jiwa, macam terapi.

ikan

Ikan kembar ini meraih populariti tersendiri di laman TikTok.

"Dan soalan paling popular saya selalu terima, ramai nak bela arowana tapi takut mati, risau tak pandai jaga air dan sebagainya. Pada saya, kita nak buat apa-apa sekalipun, mesti ada ilmu dan sifu.

"Sesiapa yang ambil ikan dengan saya, mereka akan dapat tunjuk ajar daripada saya juga, cara set up air dan sebagainya semua akan diajar. Ikan arowana paling murah boleh dapat dalam harga RM250.

Mengulas tanggapan hobi membela ikan yang dianggap mahal, Arham berkata ia sama sahaja seperti minat dan obsesi individu lain yang semuanya memerlukan modal serta belanja tersendiri.

arham2

Arham bersama ibu bapa dan keluarganya.

"Kalau ada duit tapi tak berminat nak bela pun tak boleh juga. Kena seiring duit dan minat. Bukan bela ikan je, semua hobi sebenarnya kena keluar duit.

"Kalau minat bola sekalipun, kena beli jersi, beli tiket ke perlawanan bola," ujarnya berseloroh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain