"SAYA datang cinta". Begitulah kapsyen ditulis Razin Ashraf Roslan pada video menunjukkan dirinya dalam perjalanan menaiki bas ekspres dari Kelantan menuju ke ibu kota. Jelas jejaka berusia 20 tahun ini, dia bergegas ke Hospital Banting, Selangor setelah menerima gambar kekasihnya, Nurul Ain Abu Hussin, 19, dalam keadaan berlumuran darah akibat kemalangan motosikal melalui WhatsApp pada 16 Ogos lalu. Ketika dihubungi mStar, dia yang senang disapa Acerap menceritakan semula kisah di sebalik video yang meraih lebih 700,000 jumlah tontonan dalam masa kurang 24 jam selepas dimuat naik di media sosialnya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) “Pada hari kejadian sebelum kemalangan, saya mesej Ain pukul 5 petang tanya mengenai keberadaan dia. Dia terlibat dengan pengurusan pendaftaran masuk Kolej Komuniti. “Waktu dalam perjalanan balik dari kolej, dia ada hantar selfie sebelum bergerak pergi ke bank di Banting. Tiba-tiba dalam pukul 5.40 petang dia mesej beritahu kemalangan. “Banyak kali saya telefon lepas tu dia tak angkat rupa-rupanya telefon habis bateri,” jelas Acerap. ARTIKEL BERKAITAN: Anak Kelantan enggan pulang, fobia rasa terhina di negeri sendiri... Syukur Shah Alam jamin hidup berkualiti ARTIKEL BERKAITAN: Mek Kelantan pedih dihina cikgu, siap suruh berhenti sekolah kerana gagal subjek Sejarah... Tak dendam, cuma ‘balas’ dengan kejayaan! Menurut Acerap yang menetap di Kelantan, Ain kemudian menceritakan semula mengenai kemalangan itu setelah dia berada di hospital bagi mendapatkan rawatan. Katanya, kemalangan melibatkan perlanggaran antara dua buah motosikal itu berlaku ketika Ain dan rakannya yang membonceng sedang menunggu lampu isyarat di hadapan kedai serbaneka, Eco-Shop di Banting, Selangor. “Masa kemalangan tu Ain ada hantar gambar dia berlumuran darah. Dia ceritakan semula apa yang terjadi bila sampai di hospital. “Masa lampu isyarat bertukar hijau, Ain dan kawan dia jalan terus tiba-tiba ada satu motosikal langgar lampu isyarat dari arah bertentangan merempuh mereka. Ain terus tercampak sejauh lima meter lalu terhentak atas jalan raya. Acerap menetap di Kelantan. “Kejadian berlaku begitu pantas. Bila saya hubungi Ain, dia cerita yang dagu terkoyak, badan penuh calar dan rahangnya patah. Kawan Ain pun cedera parah sampai tangan patah,” katanya. Mendengar perkhabaran kekasih hati cedera parah, Acerap mula susah hati dan nekad pergi ke Kuala Lumpur untuk menziarahinya. Acerap yang tidak memiliki sebarang kenderaan untuk melawat Ain mengambil keputusan menaiki bas. “Saya nak pergi tengok dan bagi semangat dekat Ain sebab dia beritahu yang dia tengah ‘down’ dan sedih. Kemalangan tu buatkan dia mengalami cacat kekal. “Tapi saya tak ada kenderaan sendiri walaupun ada lesen. Saya baru habis belajar dan masih mencari pekerjaan. Wang simpanan pun tak banyak. Mulanya dia tak nak buat pembedahan tapi saya pujuk dan nasihatkan dia dan mujurlah dia berubah fikiran lepas tu. RAZIN ASHRAF “Saya pun naik bas saja berbekalkan simpanan RM140. Saya kemas barang dan pergi ke terminal bas pada jam 12 tengah malam untuk tanya mengenai tiket. Tapi pukul 2 petang esok baru ada bas jadi saya balik dulu dan tunggu keesokan harinya,” imbasnya. Mengenai kemalangan itu, Acerap masih kesal kerana menurut kekasihnya, si pelaku yang hanya mengalami kecederaan ringan tersebut tidak bertanggungjawab atas kesalahan dilakukan dan hanya meminta maaf sahaja. Setelah kira-kira lapan jam perjalanan dari Kelantan ke ibu kota, Acerap tiba di Hospital Banting untuk bertemu kekasihnya pada 18 Ogos. Menurut Acerap, dia berulang alik ke hospital dari rumah saudara di Banting yang ditumpang untuk menemani Ain sepanjang dia mendapatkan rawatan dan pembedahan. “Saya datang dan teman dia setiap hari. Ain terpaksa dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh bagi pemeriksaan lanjut. Lepas tu doktor arahkan dia untuk lakukan pembedahan masukkan besi pada rahang yang tak balance. Keadaan Ain ketika mendapatkan rawatan di hospital. “Mulanya dia tak nak buat pembedahan tapi saya pujuk dan nasihatkan dia dan mujurlah dia berubah fikiran lepas tu. Alhamdulillah pembedahan selamat dan Ain semakin stabil sekarang. “Macam-macam dia teringin nak makan tapi terpaksa ‘pantang’ dulu. Dia kena makan bubur saja buat masa sekarang,” jelasnya mengenai kekasihnya yang keluar dari hospital sehari selepas pembedahan dilakukan. Bercerita mengenai video tular tersebut, Acerap hanya mahu menyimpannya sebagai kenangan di TikTok untuk dilihat kembali suatu hari nanti. “Saya tak sangka pula video tu viral. Ramai pula yang mendoakan supaya Ain kembali sihat. Saya saja nak simpan dekat TikTok sebagai memori bahawa kami pernah susah bersama-sama. “Tak semestinya saya ada waktu senang saja. Walaupun kami masing-masing bukan dari keluarga berada tapi saya harap Ain ingat yang saya sentiasa ada dengan dia tak kira apa pun jadi,” ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI