suria

Murid tanya di mana Itali, guru buka cerita kasut tumit tinggi! Tak sangka orang dewasa pun nak tumpang belajar

Seorang murid bertanyakan tentang kedudukan negara Itali. -gambar hiasan/ oto FB Cikgu Asraf

BERMACAM-macam cara unik dan kreatif boleh digunakan oleh guru untuk pelajar mempelajari dan memahami sesuatu perkara dengan mudah.

Pada masa sama, ia juga mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan di dalam kelas.

Malah, kini terdapat kaedah pembelajaran VAK iaitu visual, auditori dan kinestetik yang menggunakan tiga jenis deria iaitu penglihatan, pendengaran dan pergerakan.

Begitulah yang dialami seorang guru sewaktu mengajar berkaitan sejarah yang mana salah seorang muridnya mempunyai sifat ingin tahu yang menebal.

tutup sekolah

Murid-murid memerlukan kaedah pembelajaran yang menyeronokkan. -Gambar hiasan

"Selesai aku bercerita tentang kisah penjajahan di negara kita, tiba-tiba bangun seorang murid perempuan.

"Dia tanya, Cikgu, kat dunia ini memang negara barat British je ke yang jadi penjajah? Negara lain tak ada ke?

"Aku jawab, Ada. Contohnya, Itali. Tapi Itali itu jajah negara Libya," tulis Asraf Selajudin di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada sebab murid ini tiada buku latihan, kisah anak penjual ulam bikin ramai sayu... tindakan guru selepas itu memang tak dijangka

ARTIKEL BERKAITAN: Murid minta panjangkan sesi PdPR, guru terpaksa buka ruang ‘perbahasan’ dengan rakan sekelas - "Saya ikut suara majoriti"

Lebih dikenali sebagai Cikgu Asraf, katanya, murid perempuan itu terus bertanyakan lagi soalan.

"Kat mana negara Itali itu," tanya muridnya.

murid teka peta itali 7

Kiri imej yang ditunjukkan oleh Cikgu Asraf, kanan peta negara Itali. sumber FB Cikgu Asraf / Alamy

Menurut guru tersebut, dia terus menghulurkan kepada murid berkenaan sekeping kertas yang memaparkan peta benua Eropah tanpa dinyatakan nama negara.

"Aku sebut, Kalau nak tahu kat mana negara Itali, cuba kamu cari gambar kaki perempuan pakai kasut tumit tinggi dalam peta ini.

"Kemudian cari dua ketulan batu paling besar di sebelah kakinya. Bila dah jumpa, bulatkan dengan marker merah ini. Dekat situlah negara Itali," katanya mengimbas kembali bagaimana dia memberi penjelasan kepada murid berkenaan.

Dalam waktu singkat, murid tersebut berjaya menemui jawapan: "Tak sampai satu minit, terus dia jumpa kedudukan negara Itali. Dia gembira betul."

murid teka peta itali 5

Bentuk negara Itali digambarkan seperti kaki perempuan pakai kasut tumit tinggi, foto Freepik/Mangostar

Dengan wajah yang ceria, murid berkenaan menjelaskan bahawa panduan yang diberikan oleh guru membolehkannya mendapat jawapan dengan mudah.

"Bila cikgu bagi clue kaki perempuan pakai kasut tumit tinggi, senang untuk saya cari. Lepas ini, mesti saya akan ingat sampai bila-bila pasal kedudukan negara Itali ini," ujar muridnya sambil ketawa.

Benda fakta macam ini, aku cuba sampaikan dengan cara kreatif. Kalau ajar macam level PhD, hilang minat budak tu.

CIKGU ASRAF

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara guru berkenaan mengajar yang turut dilihat membantu meningkatkan daya ingatan dalam kalangan orang dewasa.

Malah, mereka mengagumi murid tersebut kerana memberi tumpuan kepada penerangan gurunya sehingga membolehkannya mendapat jawapan dengan mudah.

murid teka peta itali 8

Antara komen netizen.

"Ilmu yang bagus. Saya juga akan ingat di mana negara Itali ni. Terima kasih cikgu.

"Wah ilmu baharu ni. Dah tua baru tahu.

"Kan bagus kalau dulu saya diajar macam ni. Gara-gara tak pandai geografi, sampai ke sudah tak minat.

"Saya percaya pelajar ini seorang yang fokus pada apa yang cikgu terangkan. Mesti masa cikgu terangkan tu mata dia fokus pada peta dan telinga dia fokus pada setiap percakapan cikgu," demikian antara komen netizen.

Dalam pada itu, Cikgu Asraf di ruangan komen menjelaskan bahawa sebagai guru, dia perlu menyampaikan ilmu secara kreatif terutama melibatkan fakta seperti sejarah.

"Kalau ajar macam level PhD (Doktor Falsafah), hilang minat budak tu," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain