suria

Bapa terdesak nak jual laptop, sanggup turunkan harga selepas mesej lama tak dibalas! Pemuda nafi ‘sidai’ pakcik

Seorang bapa yang susah terpaksa menjual komputer riba miliknya.

NIAT mahu berkongsi mengenai kisah kesusahan seorang bapa sebagai pengajaran, namun lain pula jadinya.

Semuanya bermula dari satu perkongsian mengenai pengorbanan seorang bapa yang mahu menjual komputer riba miliknya bagi membiayai perbelanjaan anaknya di kolej.

"Assalamualaikum Aidil. Pakcik ada laptop jenama Compaq nak tolak (jual) RM300. Nak pakai duit untuk anak pakcik di kolej," demikian kata si bapa menerusi satu mesej.

"Sekejap," balas pengguna Facebook bernama Aidil.

pakcik jual laptop 5

Seorang bapa memerlukan wang bagi membiayai perbelanjaan anaknya di kolej.

Tersentuh dan bersimpati dengan kesusahan yang dialami pakcik tersebut, Aidil meluahkan pandangan peribadinya.

"Bila aku dapat chat macam ni aku jadi macam tak tahu nak kata apa. Risau kalau ayahnya korbankan segala benda tapi anaknya tak buat bersungguh-sungguh.

"Mungkin kita tak pernah rasa susah hingga macam ni, tapi orang lain mungkin selalu rasa susah macam ni. Ya Allah murahkanlah rezeki kami, ampunkanlah segala dosa kami," tulisnya di Facebook sehingga menjadi tular.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa terdiam gambar konvo tadika RM20, tarik tangan anak tinggalkan dewan - "Tu motosikal bos dia, pinjam nak pergi konvo"

ARTIKEL BERKAITAN: 'Bapa B40' buka cerita tak habis sekolah... akui kerap termenung, menangis di tempat kerja kenangkan nasib anak-anak - "Tak mahu mereka jadi seperti saya"

Bagaimanapun, tangkap layar mesej yang dikongsi Aidil di Facebook menerima kritikan netizen gara-gara dia tidak memberi jawapan kepada pertanyaan pakcik tersebut.

Selepas hampir lima jam, bapa yang meminta bantuan itu sekali lagi menghantar mesej yang kelihatan terdesak untuk menjual komputer peribadinya dengan mengurangkan harga.

"Maaf Aidil, nak beli tak, pakcik kurangkan lagi, RM280. Kalau setuju nanti lepas solat Isyak pakcik pergi stall Aidil," kata bapa tersebut.

pakcik jual laptop 3

Tangkap layar mesej yang dihantar oleh pakcik tersebut.

Menerusi ruangan komen, segelintir netizen menegur Aidil dengan mendakwa pemuda itu membuatkan pakcik berkenaan kena 'sidai' (menunggu lama).

"Kalau boleh jangan biarkan orang tertunggu-tunggu untuk reply chat."

"Kot kata sekejap tu, pastikan betul-betul sekejap. Ni dipalaunya pakcik berjam-jam. Tapi semoga pakcik ini dapat dibantu.

Saya cuma kongsi ayat dia nak jual tu je untuk membuka mata anak-anak yang lain di luar sana.

AIDIL

"Mula-mula rasa kasihan. Tapi bila kau palau chat pakcik tu, rasa bengang pula."

"Dia punya sekejap tu, hanya bagi orang fake hope (harapan palsu). Apa la," demikian antara komen netizen.

komen pakcik jual laptop total

Komen netizen yang simpati dengan pakcik dibiarkan menunggu lama.

Susulan kecaman yang diterima, Aidil tampil menjelaskan perkara sebenar dan menafikan dirinya mempermainkan pakcik tersebut.

Malah, dia turut mendedahkan bahawa pakcik berkenaan telah menerima bantuan daripadanya sejak awal pandemik Covid-19.

pakcik jual laptop 7

Tangkap layar sambungan mesej Aidil bersama pakcik tersebut.

"Ramai yang kecam saya, tapi tak tahu keadaan masa tu saya kat mana dan buat apa. Ada yang cakap saya scam orang, ada yang cakap saya 'sidai' pakcik ni.

"Semua bantuan pakcik ni saya yang bagi dari awal PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) hingga sekarang," katanya sambil memaklumkan komputer riba milik pakcik tersebut telah dibeli oleh seorang rakannya.

pakcik jual laptop 6 BLUR

Penjelasan Aidil susulan kecaman netizen.

Aidil yang merupakan pengasas kepada pengeluar makanan viral turut menjelaskan perkongsian tangkap layar perbualan tersebut yang bertujuan untuk dijadikan pengajaran oleh masyarakat.

"Saya cuma kongsi ayat dia nak jual tu je untuk membuka mata anak-anak yang lain di luar sana. Kenapa saya tak kongsi nombor akaun pakcik ni?

"Ada sebab-sebab tertentu. Kalau anda nak nombor akaun pakcik ni, saya boleh bagi dengan orang yang PM (mesej secara langsung) saya sahaja.

"Kenapa saya tutup nama pakcik ni, agar tidak membuka aib dia. Terima kasih kepada yang berkata buruk, mungkin anda tak kenal hati manusia," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain