DIKEMASKINI MACAM kena rasuk! Begitulah yang terjadi pada seorang pemuda yang naik angin di sebuah kawasan parkir apabila bertindak cuba memecahkan cermin sebuah kereta. Menerusi video yang tular di media sosial, kejadian dikatakan berlaku di Bandar Baru Sentul di Kuala Lumpur. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Video berdurasi seminit dan 25 saat itu merakamkan pemuda tersebut berkali-kali melemparkan pelbagai objek terhadap cermin di bahagian pemandu dan tempat duduk penumpang belakang kereta jenis Proton Saga FLX. Malah, cermin hadapan cuba dipecahkannya sehingga menampak kesan retak yang besar. ARTIKEL BERKAITAN: Nasib baik tak berkecai cermin! Video pemandu perempuan 'double park' bikin ramai panas hati... Geram 30 minit kena 'sidai' ARTIKEL BERKAITAN: Matikan enjin tengah jalan, kemudian main phone! Wanita undang kecaman sebab selfish, tak pandai guna petak parkir Tidak dapat dipastikan bila insiden berlaku, namun ia dipercayai berlaku gara-gara pemuda berkenaan berang apabila sebuah kereta diletakkan di antara dua petak parkir (double parking) di sebuah kawasan perumahan flat. Pemuda itu turut merosakkan bahagian hadapan kereta. "Eh rosak kereta orang tu. Dia marah parking senget kot," kedengaran suara seorang wanita di dalam video. Bukan sekadar cubaan memecahkan cermin kereta, pemuda berkenaan juga cuba merosakkan di bahagian hadapan kenderaan itu, termasuk mencabut kedua-dua 'wiper'. Video tersebut kini tular di media sosial termasuk Facebook We Are Malaysians. Pemuda berkenaan memeriksa kereta selepas memecahkan cermin kenderaan itu. Di ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan pemilik kereta Proton Sage FLX itu meletakkan kenderaannya dalam kedudukan sebegitu sehingga menyusahkan pemilik kereta lain, namun tindakan pemuda berang itu juga disifatkan tidak wajar. "Kalau isu parking tak dalam petak yang betul semua orang akan marah, tapi dah sampai merosakkan kereta orang boleh sabit kes jenayah lah pula.” Isu parking tak dalam petak yang betul semua orang akan marah, tapi dah sampai merosakkan kereta orang boleh sabit kes jenayah lah pula. NETIZEN "Buat kerja tak fikir dua tiga kali. Nak tunjuk kuat konon. Tunggu lah kena kutip lepas ni (ditahan polis)." "Pemilik kereta hanya kena saman double parking je. Kawan (suspek) masuk (Penjara) Sungai Buloh kalau tak dapat settle luar nanti. Tak berbaloi buat perangai macam ni," antara komen netizen. Antara komen netizen. Dalam pada itu, segelintir netizen turut bersimpati dengan nasib pemilik kereta yang dipecahkan, kerana pemuda itu kemungkinan bertindak tanpa mengetahui punca sebenar kenderaan tersebut diletakkan sebegitu. "Bila panas baran menguasai diri. Pernah parking macam ni sebab kereta sebelah parking senget. Kereta sebelah pun mungkin tak salah sebab yang sebelahnya pun senget. Jadi, bila dalam situasi macam ni, kena kawal diri. Bukan biar baran menjadi-jadi. "Betul ke owner sengaja park macam tu? Mungkin sebelum parking ada motor yang menghalang ke atau apa-apa. Tak pasal-pasal jadi kes lain. Lain kali tinggalkan nombor telefon jika kau park tak betul. Pengajaran untuk lain-lain dan diri sendiri," menurut komen netizen. Susulan itu, polis memberitahu suspek kini diburu selepas merosakkan kereta milik abangnya sendiri di parkir flat tersebut. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, laporan dibuat oleh abang suspek kira-kira jam 9.11 malam. "Siasatan dijalankan mendapati dalam kejadian kira-kira jam 5.17 petang itu, suspek yang berumur 24 tahun itu bertindak memecahkan cermin kereta dengan membaling objek dipercayai batu. "Selain itu, suspek juga telah mematahkan pemegang pintu kereta dan mencabut w'iper'," katanya dalam kenyataan pada Jumaat. Eng Lai berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat. "Kita kini memburu suspek yang melarikan diri," katanya. Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat terhadap insiden ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah Sentul di talian 03-40482222. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI