suria

Selepas rebah dan darah tersembur, ibu menangis video call dari hospital salahkan diri sendiri... puncanya ubat kalsium!

Ibu yang baru sedarkan diri di hospital terus menelefon anaknya sambil menangis.

TIADA seorang anak pun sanggup melihat air mata ibu mengalir disebabkan rasa sedih atau kecewa.

Tetapi itulah yang perlu dihadapi Nur Farhanim Azami, 25, apabila ibunya Roslaila Omar, 59, menangis ketika membuat panggilan video selepas ditahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.

Dia yang senang disapa Hanim berkata, ibunya dimasukkan ke hospital selepas pengsan secara tiba-tiba dalam kejadian pada 16 Ogos lalu.

“Masa tu pukul 9 malam mak duduk dekat sofa. Waktu nak bangun dari tempat duduk tiba-tiba dia rebah ke dan mengalami kekejangan.

“Mujur ketika jatuh tu semua anak ada dalam rumah. Mak pun jatuh betul-betul depan saya. Mungkin dia tak sedar atau gelap mata.

“Bila mak pusingkan badan, tersembur keluar darah dari mulut dan kelihatan sedikit senget. Tangan mak macam kena strok. Saya terus telefon ambulans sebab tak mampu nak angkat mak dari tingkat dua turun bawah,” katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu menangis, anak kerja di warung, belajar setakat SPM hantar kejutan bunga duit selepas gigih menabung 2 tahun - “Ini yang saya mampu bagi mak”

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu suka belanja 2 sahabat ketika hayatnya, anak menangis terima ‘balasan’ kebaikan arwah tak disangka-sangka ketika konvo

Jelas Hanim yang menetap di Petaling Jaya, Selangor, dia dan adik-beradik lain panik melihat keadaan ibu dan tertanya-tanya punca serangan.

Disebabkan prosedur untuk melakukan pemeriksaan agak lama, doktor meminta keluarganya untuk pulang dan menunggu panggilan mengenai perkembangan kesihatan ibunya dari rumah sahaja.

Bagaimanapun menurut doktor, pendarahan berlaku disebabkan ibunya tergigit bahagian tepi lidah sehingga terkoyak.

Hanim bersama ibunya.

“Pihak hospital nak buat CT scan untuk kenal pasti penyakit ibu. Doktor risau ada pendarahan pada otak dan jantung jadi prosedur tu makan masa lebih kurang enam hingga 10 jam jadi kami diminta pulang terlebih dahulu.

“Esoknya bila mak dah sedarkan diri dia terus call saya. Seronok sangat dapat panggilan daripada dia sebab nak tahu keadaan ibu.

“Tapi masa call, dia menangis dan tak habis-habis cakap ‘salah mak... takdir mak’. Itu saja dia ulang. Saya tak dapat tenangkan mak depan-depan, tu yang nangis sekali sebab sebak.

“Kami tak boleh melawat sebab mak di wad kecemasan. Lepas beberapa minit kami tamat perbualan, kakak pula telefon mak dan tenangkan dia,” jelasnya lagi.

Mak tak boleh bercakap banyak sangat sebab masa dia jatuh tu tergigit lidah sampai berdarah.

NUR FARHANIM

Menurut Hanim yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik, ibunya disahkan kurang kalsium oleh doktor menyebabkan dia tumbang tempoh hari.

Bagaimanapun, keadaan ibu semakin stabil setelah dirawat di hospital dan dibenarkan pulang pada 20 Ogos lalu namun kata doktor, pengambilan ubat kalsium harus dipantau.

Roslaila bersama cucunya (anak Hanim).

“Mak ada ambil ubat kalsium, tiroid dan darah tinggi. Tapi lepas kejadian tu doktor minta mak berhenti seminggu makan ubat kalsium sebab nak tengok keadaannya. Tapi sebenarnya mak dah sebulan tak makan ubat kalsium, sebab tu dia separa strok.

“Keadaan mak sekarang dah stabil cuma kena kawal makan jangan skip ubat. Lagi satu, mak tak boleh bercakap banyak sangat, disebabkan masa dia jatuh tu tergigit lidah sampai berdarah. Biasanya orang panggil kancing gigi.

“Bila jadi macam ni, saya sebagai anak memang terkesan sangat. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik.

"Kepada yang masih ada ibu ayah tu jaga sebaiknya walaupun tak ada penyakit kronik sebab kalau dah sampai ajal sekelip mata saja Allah akan ‘ambil’. Doakan ibu saya sihat, kuat dan bersemangat macam dulu,” ujarnya.

Ahli keluarga Hanim.

Untuk rekod, video dikongsikan Hanim di TikTok telah ditonton lebih 400,00 jumlah tontonan.

Bukan sahaja mengundang sebak malah ada antara netizen yang turut menangis melihat video tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain