suria

Harga asal RM10, kad TnG versi baharu dijual semula RM120 sekeping! Geng malas keluar kereta pergi top up jadi sasaran

Netizen berang apabila kad TnG baharu dijual semula pada harga tidak masuk akal.

SEJAK diperkenalkan April lalu, ramai nampaknya rakyat negara ini yang berlumba-lumba untuk mendapatkan kad Touch 'n Go (TnG) versi baharu.

Bukan sahaja warnanya yang menarik, kad itu memudahkan pengguna untuk membuat tambah nilai bila-bila masa melalui aplikasi TnG eWallet pada telefon mereka.

Diperkenalkan dengan harga asal RM10 untuk sekeping kad, segelintir individu bagaimanapun tergamak mengaut keuntungan apabila menjual semula kad itu dengan harga berlipat kali ganda memandangkan ia sukar diperolehi.

kad1

Respons pengendali Twitter TnG berhubung isu penjualan kad dengan harga tidak masuk akal.

"Anak s""an mana borong kad TnG lepas tu jual sampai 800 peratus harga asal?" soal seorang pelayar Twitter dikenali sebagai @roku_shikii.

Dalam ciapan pada Rabu, dia turut berkongsi tangkap layar penjualan kad itu pada harga RM75 dan RM80 yang dibuat menerusi Shopee.

Seorang lagi netizen turut berkongsi tangkap layar Instagram Story penjual yang menawarkan kad tersebut pada harga RM120 sekeping.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahal macam beli di mall! Kedai dalam hospital kerajaan diarah turun harga selepas jual roti sosej ‘cekik darah‘

ARTIKEL BERKAITAN: Nak bercuti, balik kampung? Rancang perjalanan anda sempena cuti Tahun Baru Cina supaya tak stres memandu

"Guys, harga RM120 sekeping. Bukan suka-suka naik tau. Sebab memang supplier increase the price. Expected to arrive (ETA) mid August.

"Yang betul-betul interested and full payment je okay. Sesuai untuk kita-kita yang malas nak turun Petron pergi top up. Tak kena hujan tak kena panas," tulis penjual itu lagi.

Rata-rata netizen di Twitter turut meluahkan rasa berang atas tindakan penjual-penjual tersebut dan berharap mereka akan dikenakan tindakan undang-undang.

Kalau harga macam ni baik aku pakai duit tu untuk top up je kad TnG lama aku.

NETIZEN

Kata sebilangan netizen, mereka lebih rela menggunakan kad TnG lama biarpun terpaksa keluar ke stesen minyak untuk membuat tambah nilai daripada membazirkan wang membelinya dengan harga tidak masuk akal.

"Korang relaks je jangan gelabah. Situasi ni sama macam beli pelitup muka dulu. Akhirnya pelitup muka dah berlambak jual.

"Selagi ada orang membeli, selagi tu la mereka jual dengan harga lintah darat tahap dewa ni. Boikot je. Selama ni pun kita turun top up manual.

file7f5zjq8iu53uowg61jf

Sebilangan netizen berkata mereka lebih rela membuat tambah nilai manual di stesen minyak dan enggan membeli kad itu dengan harga tidak masuk akal. (Gambar Hiasan)

"Patutlah selalu tak ada stock. Rupanya ada orang jual semula.

"Kalau harga macam ni baik aku pakai duit tu untuk top up je kad TnG lama aku," tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, pengendali Twitter rasmi @MyTouchnGo turut menasihati orang ramai agar membuat pembelian kad tersebut melalui eWallet atau TnG Hub yang terletak di Nu Sentral, Kuala Lumpur.

"Kami menasihati anda supaya membuat pembelian kad melalui eWallet atau di TnG HUB Nu Sentral untuk mengelakkan dari pembelian kad pada harga yang tinggi," tulis pengendali Twitter itu menerusi satu ciapan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain