suria

Bermula dengan sedekah, peniaga letih jadi ‘mesin ATM’ makcik penagih dadah! Bagi RM3 ‘tak layan’, berdrama jika tak dipedulikan

Wanita terbabit datang bersama individu yang dikatakan kakaknya untuk meminta duit.

UMUM mengetahui rakyat Malaysia terkenal dengan sikap pemurah dan suka tolong-menolong antara satu sama lain.

Bagaimanapun, dalam situasi tertentu sikap mulia itu akan 'makan diri' apabila semakin ramai yang mengambil kesempatan terutama golongan peminta sedekah dan gelandangan yang sihat serta mampu untuk bekerja.

Seperti yang dialami Mohd Syafiq, dia kini seolah-olah menjadi mesin 'ATM' bagi seorang wanita yang pernah dibantunya sebelum ini.

Mendedahkan kisah dan pengalamannya kepada mStar, anak muda berusia 24 tahun itu berkata, kejadian bermula pada 24 Julai lalu ketika dia mula membantu seorang wanita bersama anaknya.

Pada masa itu, kedua-dua mereka duduk di hadapan gerai jualannya dan si anak menyatakan teringin makan kuih popis (popia pisang) yang dijual.

"Disebabkan rasa kasihan selepas terdengar ibunya membalas 'nanti cukup duit kita beli', saya mengambil keputusan untuk memberikannya secara percuma dengan niat bersedekah.

"Masa tu memang tidak syak langsung anak-beranak itu sindiket atau apa-apa yang tak baik. Saya pun tak pernah mendengar kisah tentang mereka daripada penduduk setempat.

"Saya ada buat video tentang mereka berdua ketika itu dan tular sehingga ramai yang tampil menghulurkan bantuan.

"Tidak kurang juga yang terus memasukkan duit ke dalam bank kerana saya ada meletakkan nombor akaun di WhatsApp untuk memudahkan urus niaga dengan pelanggan," ujarnya memulakan bicara.

Namun sejak bantuan diberikan, makcik tersebut asyik ulang datang kedainya dan semakin bertindak berani.

Dia bukan meminta makanan seperti sebelumnya tetapi mahukan duit dengan menggunakan alasan anak bagi meraih belas kasihan.

Malah, selepas mengetahui video tentang dirinya tular di media sosial, dia terus datang dan bertanyakan tentang duit sumbangan yang diberikan orang ramai untuknya.

Bropit membuka gerai tepi jalan dengan menjual popis.

Bropit membuka gerai tepi jalan dengan menjual popis.

"Dalam sehari tu dia akan datang dua atau tiga kali. Mula-mula cakap tak cukup duit nak makan, bila petang dia cakap tak ada duit nak buat tambang bas... sedangkan rumahnya hanya berdekatan dengan gerai saya.

"Pernah suatu hari, pelanggan memaklumkan yang makcik tu ada tunggu dan tidur di depan gerai ketika saya tutup operasi.

"Paling mengejutkan apabila dia mengetahui tentang derma yang disalurkan... video tular malam, esok paginya dia datang dan minta duit derma tu yang berjumlah RM1,000," luahnya.

Duit derma yang diperoleh itu digunakan untuk membeli bahan terlarang, bukannya keperluan harian.

BROPIT

Menurut anak muda yang berniaga di Uptown Sungai Petani, Kedah itu lagi, dia bersyukur apabila video tersebut tular kerana dapat mengetahui tentang kisah makcik tersebut bersama keluarga.

"Saya dihubungi oleh doktor yang merawatnya dan dimaklumkan bahawa keluarga makcik tersebut bermasalah kerana dia ambil dadah. Duit derma yang diperoleh itu digunakan untuk membeli bahan terlarang, bukannya keperluan harian.

Antara produk jualannya di gerai.

Antara produk jualannya di gerai.

"Malah dia dikatakan bersalin setiap tahun dan mempunyai bilangan anak yang ramai.

"Awalnya saya sukar untuk percaya, namun selepas mendengar cerita yang sama daripada anggota polis... barulah saya sedar 'taktik' yang digunakan," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas sedekah RM100, pemuda ini terkejut keluarga yang dibantu minggu lalu mahu bayar balik duitnya - “Dengan RM200 tu mereka kata boleh survive?”

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan simpati tapi makin geram! Pengemis warga asing guna taktik ‘patah tengkuk’ ketuk cermin kereta... “Laju pula toleh kiri kanan”

Dia yang lebih mesra disapa Bropit memberitahu, wanita itu juga akan datang ke gerainya dengan individu yang berbeza-beza termasuk bersama suaminya.

Pernah suatu hari, mereka sengaja buat 'drama' di belakang gerai demi meraih simpati selepas tidak dipedulikan.

Antara reaksi yang ditinggalkan warganet di ruangan komen selepas mengetahui kisah sebenar.

Antara reaksi yang ditinggalkan warganet di ruangan komen selepas mengetahui kisah sebenar.

Terbaharu, dia datang menaiki motosikal bersama seorang wanita yang dikatakan kakaknya dan terus meminta duit untuk membeli lauk-pauk untuk makan.

"Dia juga pernah berpura-pura pengsan kerana sawan selain turut mengugut untuk membunuh diri sehingga mengganggu perniagaan apabila saya tidak memberikan duit yang diminta.

"Setakat RM3 tu memang dia tak layan, siap marah dan minta lebih lagi.

"Paling membimbangkan apabila seluruh badannya dipenuhi kudis... saya takut itu adalah kesan penyakit HIV. Tambahan pula, dia berbau busuk dan hanyir yang boleh dihidu dari jauh," katanya.

Dalam pada itu, Bropit berharap orang ramai berhenti menyalurkan sumbangan untuk makcik tersebut kerana percaya dia akan menggunakan duit itu untuk membeli dadah.

Malah katanya, video baharu yang dimuat naik di aplikasi TikTok adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai yang terlalu baik hati dan ingin membantu wanita tersebut.

Sehingga kini, rakaman berkaitan makcik tersebut sekali lagi tular dan ditonton lebih 2 juta pelayar selepas dimuat naik dalam tempoh 24 jam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain