suria

Sudah jatuh ditimpa meja, pakcik tak sempat jamah rezeki! Tindakan tarik kerusi sebelum duduk prank atau tak sengaja?

Tangkap layar video seorang pakcik terjatuh selepas kerusinya ditarik oleh individu lain.

IBARAT sudah jatuh ditimpa tangga! Begitulah situasi yang dihadapi oleh seorang lelaki yang terjatuh ketika mahu duduk di kerusi untuk menikmati juadah di atas meja.

Bukan sahaja berasa sakit kerana jatuh terduduk, malah hidangan yang tersedia di atas meja juga terpelanting dan bertaburan selepas dia tertendang meja ketika terjatuh.

Menerusi video rakaman kejadian berdurasi empat saat itu, meja tersebut turut menimpa lelaki yang rambutnya sudah beruban itu yang ketika itu sudah terlentang di lantai.

Kejadian dipercayai berpunca daripada tindakan seorang lelaki lain yang tiba-tiba menarik kerusi 'mangsa'.

"Agak-agaklah nak melawak macam tu, kasihan kat pakcik tu," menurut keterangan video yang dikongsi di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat prank kena pukul tapi pemuda terkejut sendiri, ayah tak buang masa terus call selepas terima mesej 'gurauan bodoh' - "Tak sempat saya sambung"

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh! Disimbah air, sampai jatuh kerusi... usahawan asyik reviu produk didakwa guna ayat lucah bikin pelanggan restoran panas - "Dua-dua ada salah, ada betul"

Namun, tidak dinyatakan bila ia berlaku, tetapi dipercayai berlaku di luar sebuah rumah atau kedai makan.

Video itu nyata membangkitkan kemarahan netizen yang menyifatkan ia merupakan gurauan yang keterlaluan memandangkan mangsa terlebih dahulu berdiri dekat kerusi.

pakcik jatuh kerusi 2

Meja terpelanting sebelum menimpa mangsa.

Rata-rata mereka tidak menganggap tindakan itu sebagai sesuatu yang lucu, sebaliknya berasa simpati terhadap nasib malang yang menimpa lelaki beruban berkenaan.

Malah, ada antara mereka berpendapat bahawa gurauan seumpama itu amat berbahaya kerana ia boleh mengakibatkan kecederaan pada mangsa.

"Tak rasa kelakar pun, kasihan pakcik tu.

"Depan rezeki bro, member baru nak jamah makanan.

"Sebenarnya gurau macam ni bahaya, boleh patah tulang belakang.

pakcik jatuh kerusi 3

Pakcik berkenaan baring terlentang di lantai.

"Boleh menyebabkan lumpuh.

"Gurauan yang sangat berbahaya," demikian antara komen netizen.

Tak rasa kelakar pun, kasihan pakcik tu.

NETIZEN

Pada masa sama, mujur cawan dan mangkuk plastik yang digunakan serta tiada peralatan tajam seperti pisau, diletakkan di atas meja.

"Kalau kena makanan panas dan atas meja tu ada pinggan dan cawan kaca, naya kalau kena muka," ujar netizen lain.

pakcik jatuh kerusi 4

Antara komen netizen.

Dalam pada itu, ada dalam kalangan netizen menganggap bahawa insiden itu berlaku secara tidak sengaja dan bukannya prank seperti yang didakwa.

"Aku rasa dia bukan bergurau, Cuma dia tak perasan pakcik tu nak duduk.

"Aku rasa pakcik tu tak perasan kawan dia nak duduk sebab dia pun leka borak dengan kawan dia sambil tarik kerusi.

"Dia jatuh pun tak usha (tengok) lagi. Mahu sembang tak perasan," antara komen netizen membuat andaian.

Setakat ini, video yang baru dikongsi di aplikasi TikTok itu meraih lebih sejuta tontonan.

Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada ia berlaku disebabkan oleh gurauan melampau, kemalangan yang tidak disengajakan atau hanya lakonan semata-mata.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain