suria

Garang tuan Faris! Murid tadika ini ‘in character’ macam pegawai polis pangkat tinggi... Ramai pula berhenti beri tabik hormat

Faris mencuri tumpuan ramai pada sambutan Hari Kebangsaan 2022 baru-baru ini.

RAMAI yang memberi tabik hormat kepada kanak-kanak ini apabila melintas di hadapannya.

Malah, terdapat anggota pasukan beruniform yang turut berhenti mahu berjabat tangannya.

Gayanya persis pegawai berpangkat tinggi menyebabkan kanak-kanak berpakaian seragam polis mencuri tumpuan pada sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Kuala Lumpur.

"Garang tuan.

"Muka serius tuan," demikian antara komen netizen menerusi video yang tular.

si clik jadi polis 4

Gaya serius Faris menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Bercakap kepada mStar, ibu kanak-kanak itu, Shaidatul Hidayu Mohammad Sabri berkata, anak lelakinya yang berusia enam tahun, Muhammad Faris Danial Muhammad Nazrul hadir menyaksikan perarakan sempena Hari Kebangsaan pada Rabu lalu.

Wanita berusia 33 tahun itu memberitahu, dia turut terlibat dalam perarakan tersebut menyertai kontinjen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

"Suami saya bawa Faris dan adik-adiknya keluar rumah seawal 5.30 pagi untuk menaiki LRT dari Cheras untuk menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan.

"Dia memang suka tengok acara yang melibatkan pasukan beruniform. Dan dia sendiri yang bersemangat nak pakai baju polis sempena Hari Kebangsaan," katanya kepada mStar.

si clik jadi polis 2

Antara anggota pasukan beruniform yang mahu bergambar dengan Faris.

Disapa Ayu, katanya, kostum untuk anak sulungnya daripada tiga beradik itu sebenarnya telah disediakan sejak lebih setahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang nak jadi polis trafik, getah rambut adik jadi 'mangsa'! Dah pandai tegur cara pemanduan mak ayah

ARTIKEL BERKAITAN: Si cilik viral lagi, rupa-rupanya ada kisah di sebalik uniform putih... mak sanggup tempah tailor - "Terpengaruh tengok kami pakai tiap hari"

"Kami dah tempah awal, tapi baru tahun ini orang ramai dapat hadir menyaksikan perarakan sejak pandemik Coivid-19.

"Suami saya merupakan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan baju Faris dibuat menggunakan lebihan kain daripada uniform ayahnya," ujarnya.

si clik jadi polis 3 W

Gelagat spontan Faris mencuit hati.

Menurut Ayu, dia dan suami, Muhammad Nazrul Arif, 33, yang sudah berkhidmat selama 15 tahun sebenarnya terkejut dengan karakter anak mereka yang kelihatan begitu serius di khalayak ramai.

"Kami pun terkejut, serius betul wajah dia seperti menjiwai karakter sebagai pegawai. Itu bukan perwatakan Faris kerana apa yang dia lakukan adalah secara spontan.

Faris sebenarnya lantang dan banyak bercakap serta kelakar.

AYU

"Faris sebenarnya lantang dan banyak bercakap serta kelakar. Dia juga tidak dipengaruhi dengan karakter saya dan suami ketika itu kerana kami seorang ceria dan happy-go-lucky..

"Kalau ramai orang, dia malu. Tapi masa tu dia tak segan. Memang betul-betul menjiwai karakternya," katanya mengenai anaknya yang juga gemar berbasikal dan bermain bola.

si clik jadi polis 1

Ayu (belakang, kanan) bersama keluarga.

Cerita penolong pegawai teknologi maklumat (IT) di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) itu lagi, pada hari tersebut anaknya lebih banyak berdiri sehingga ke akhir majlis.

"Dia nak duduk, tapi baju dia ketat pula. Ayah dia buat bagi nampak kemas.

"Jadi, memang kebanyakan masa dia berdiri tegak macam orang tengah berkawad. Tapi kira okay sebab ramai yang datang tegur dia.

"Katanya nak jadi macam ayah sebagai anggota polis. Kami berharap dia boleh menjadi ketua mahupun pemimpin yang bertanggungjawab suatu hari nanti," katan Ayu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain