KEGEMBIRAAN sepasang suami isteri memakai baju bertemakan kemerdekaan bagi menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos lalu bertukar tragedi. Seorang wanita meluahkan tentang keadaan suaminya yang dilihat berlumuran darah sebaik masuk ke kedai mereka, pada malam hari berkenaan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Selain rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam premis, video yang dikongsi oleh wanita itu turut menunjukkan ketibaan sebuah ambulans bagi membawa suaminya ke hospital. Berkongsi cerita, wanita berkenaan, Shadiah Saharudin berkata, insiden berlaku di hadapan kedai kek yang diusahakan dia dan suami di Masjid Tanah, Melaka, pada Rabu malam lalu. Fikri (tengah) dan Shadiah (dua, kanan) bersama pekerja menyambut Hari Kebangsaan di kedai. Namun, wanita berusia 27 tahun itu berkata, tiada perkara pelik berlaku kerana mereka memulakan hari dengan semangat untuk menyambut kemerdekaan negara. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita menangis dimaklumkan suami kemalangan, sukar percaya ada seorang manusia baik sanggup bantu dari A-Z tanpa diminta ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi ngeri selepas setahun kahwin... 55 minit jantung suami berhenti, 42 hari terlantar di hospital - "I dah tak cantik, nanti you cari orang lain" "Kedai kami beroperasi hari tu seperti biasa, sehinggalah malam tu sebelum nak tutup kedai pukul 9 malam, suami pergi ambil motosikal dari belakang kedai untuk dibawa ke hadapan. "Saya di dapur ketika itu. Apabila suami masuk dapur je, saya terus menjerit tengok dia berlumuran darah, dengan bajunya yang kotor," katanya kepada mStar. Fikri dibawa ke hospital dengan ambulans. Mengimbas kembali, Shadiah yang mengakui terkejut ketika itu berkata, terdapat kesan darah di bahagian kepala, mula, tangan dan kaki suaminya. Lebih membimbangkannya apabila tiada reaksi daripada suaminya ketika dia bertanyakan mengenai apakah yang sebenarnya berlaku. "Saya tanya suami kenapa dia berdarah, kena pukul atau siapa langgar? Risau kalau suami kena samun semasa dia bawa motornya ke depan kedai. Di luar pula tak ada CCTV. "Suami hanya diam, tak menjawab soalan saya. Duduk pun dia tak nak, jalan terhuyung-hayang. Ada banyak kesan darah, saya terbayangkan macam dalam filem zombie," ujarnya sambil menambah seorang pekerjanya kemudian membuat panggilan kecemasan bagi mendapatkan bantuan. Fikri tergigit lidah sehingga mengakibatkan kecederaan. Sementara itu, suami Shadiah, Muhammad Fikri Mohd Khidir, 27, berkata, dia tidak mengingati seluruh kejadian kerana jatuh pengsan dan dalam keadaan separuh sedar selepas itu. "Kali terakhir saya ingat adalah bawa motor ke hadapan kedai. Turun je dari motor, tiba-tiba rasa pitam dan keadaan menjadi gelap masa nak naik tangga ke kedai. "Saya dimasukkan ke hospital selama dua hari, dan turut dibawa ke hospital lain untuk menjalani ST scan (imbasan tomografi berkomputer). Doktor kata tiada pendarahan dalaman," katanya yang berasal dari Masjid Tanah. Fikri sewaktu terlantar di hospital. Fikri memberitahu, dia dimaklumkan terdapat kemungkinan ia merupakan tanda-tanda awal penyakit sawan, namun ia masih belum dipastikan. "Saya tak ada sejarah penyakit sawan dalam keluarga. Tapi malam itu saya cedera di lidah kerana tergigit selain luka di kepala, muka, kaki dan tangan, akibat jatuh pengsan di atas jalan. Allah nak uji kami supaya sentiasa beringat dan berpada-pada melakukan setiap perkara. SHADIAH "Sekarang sudah discaj dan berehat di rumah. Selepas ini, saya perlu ke hospital lagi untuk menjalani pemeriksaan," katanya yang mengusahakan bisnes keluarga. Susulan insiden yang berlaku pada 31 Ogos, Shadiah menyifatkan terdapat hikmah di sebaliknya. Fikri (kanan) dan Shadiah mengusahakan bisnes kek di Masjid Tanah, Melaka. "Kedai hari tu dapat tempahan 10 kali ganda berbanding hari biasa. Kami semua sangat sibuk dan hanya makan sikit, jadi mungkin suami pengsan sebab penat dan tak ada tenaga. "Sejak dari insiden hari tu, saya ingatkan diri sendiri, suami dan staf supaya makan dulu sebelum buat kerja untuk tenaga. Kena ada pekerja tambahan jika terlalu sibuk atau tolak order kalau terlalu banyak untuk melakukannya. "Allah nak uji kami supaya sentiasa beringat dan berpada-pada melakukan setiap perkara," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI