suria

“Dia buat facial sebab nak kahwini saya” - Wanita ‘seram’ rumah diceroboh lelaki obses, ada bukti lengkap tapi polis beri 2 pilihan

Kesan yang ditinggalkan lelaki obses di rumah Syaira.

BERDEPAN dengan individu yang terlampau obses dengan diri kita bukanlah perkara mudah dan kadang kala ia boleh mengancam nyawa.

Seperti yang dialami seorang wanita bernama Syaira, dia bukan sahaja perlu menahan malu dengan masyarakat sekeliling apabila terdapat lelaki yang mencanang cerita bahawa mereka berdua bakal berkahwin pada Ahad ini, malah terpaksa hidup dalam ketakutan kerana individu tersebut masih bebas berkeliaran.

Berkongsi pengalaman yang dilalui, ujarnya, perkara itu hanya diketahui selepas seorang lelaki yang tidak dikenali memecah masuk ke rumahnya pada 1 September.

"Ada seorang lelaki tidak dikenali memecah masuk rumah semasa ketiadaan saya. Syukur kerana ketika itu tiada seorang pun rakan di dalam rumah," katanya yang turut rasa tidak sedap hati semasa keluar dari rumah pada hari tersebut.

Mana tidaknya, pada masa kejadian dia mendapati pintu balkoni pejabatnya di rumah terbuka sebelum ternampak lukisan dialihkan ke tingkap.

Bimbang perkara tidak diingini berlaku, dia terus menghubungi pengawal keselamatan untuk membuat pemeriksaan di kawasan rumahnya.

Sebahagian perkongsian yang dibuat Syaira di Twitter.

Sebahagian perkongsian yang dibuat Syaira di Twitter.

"Saya minta tolong guard pantau kerana telah manaiki Grab. Memang rasa macam ada yang tak kena.

"Kemudian saya dapat panggilan daripada pengawal keselamatan menyatakan ada seorang lelaki menjerit dari dalam rumah saya. Tapi pada masa tu, saya tak fikir panjang sebab tak pasti sama ada situasi yang pengawal maksudkan tu adalah rumah saya atau tidak," ciapnya di Twitter.

Ceritanya lagi, selepas berhubung dengan pihak pengurusan, Syaira mendapati kejadian pecah masuk oleh seorang lelaki memang melibatkan unit rumahnya.

Perkhabaran itu membuatkan dirinya lemah semangat tambahan pula dia dimaklumkan bahawa lelaki tersebut terlalu obses dengan dirinya.

Malah, pelaku telah mengikut dan menjejakinya secara dalam talian.

"Bila sampai di rumah, saya dapati polis sudah berada di rumah bersama lelaki terbabit. Apa yang diceritakan memang tak masuk akal dan sukar untuk diterima.

"Dia mengaku mencampakkan barang saya keluar dari balkoni ke arah lot parkir dan turut merosakkan bumbung lut sinar di bahagian bawah dengan objek.

"Lukisan saya dicampakkan ke bawah... ada juga yang dia beri kepada restoran sekitar dengan manyatakan ia hadiah daripadanya.

Pelaku turut membuat 'live Twitter' di rumah Syaira.

Pelaku turut membuat 'live Twitter' di rumah Syaira.

"He stabbed my comision painting... tinggalkan boxer dan nyalakan putung rokok sehingga merosakkan perabot serta langsir.

"Dia minta tukang gunting rambut kat kedai bawah buat facial sebab nak kahwin dengan saya Ahad ini," jelasnya.

Tidak terhenti di situ, lelaki obses itu turut mengaku rumah Syaira sebagai miliknya malah pada masa sama menjerit seperti orang gila.

Bagaimanapun, apa yang mengejutkan adalah dia diberi dua pilihan oleh pihak polis yang melakukan siasatan di rumahnya.

"Saya ditanya jika mahu buat laporan polis atau biarkan saja lelaki itu supaya kes tak diperbesarkan. Tak faham kenapa diberi pilihan... dia sepatutnya dipenjarakan.

"Perlukah ada orang dibunuh terlebih dahulu supaya dia dapat dipenjarakan terus? Dia dah dibawa ke balai polis dan ada bukti pecah masuk rumah.

"Dia juga ada buat live tweeting semasa merosakkan pejabat saya. Bila saya sampai rumah, dia masih lagi reply story guna akaun palsu yang lain," kata Syaira yang turut mendedahkan wajah lelaki terbabit.

Menurutnya, perkongsian yang dibuat itu demi memberi pendedahan kepada orang ramai supaya perkara seumpama ini tidak dipandang remeh selain dapat dijadikan pengajaran untuk lebih berhati-hati.

Jangan cakap benda yang boleh trigger dia buat benda bukan-bukan, kondisi mental dia sangat teruk.

NETIZEN

Dalam pada itu, Syaira meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang lelaki terbabit untuk menghubunginya.

Terdahulu, perkongsiannya itu tular di Twitter dan sehingga kini diulang kicau lebih daripada 29,000 pelayar.

Rata-rata netizen mengakui rasa takut dengan kejadian yang berlaku selain mempersoalkan kenapa pelaku tidak terus ditahan kerana menceroboh atau pecah rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Ngeri! Wanita trauma lelaki misteri muncul dari almari bilik hotel, ketukan pintu tengah malam cetus tanda tanya

ARTIKEL BERKAITAN: Menakutkan dengar wanita jerit minta tolong dalam rakaman CCTV! Dua lelaki berkeliaran dalam rumah, ada yang intai dari luar pintu

"Bila ada lelaki yang obses dengan kau, ia memang mimpi ngeri... orang macam ni tak faham bahasa. But just a reminder to all girls and women out there, if one is obsessed with you... deal with it carefully. Jangan cakap benda yang boleh trigger dia buat benda bukan-bukan, kondisi mental dia sangat teruk.

Antara reaksi netizen di ruangan komentar Twitter Syaira.

Antara reaksi netizen di ruangan komentar Twitter Syaira.

"Eh polis biarkan lelaki ni pergi macam tu saja? Seksyen 441, 442 dan 4443 ada untuk kes seperti itu.

"Let it go, so it wont be a bigger case? Kenapa ada pilihan macam tu?

"Seram baca. Kenapa polis boleh tanya sama ada lapor polis atau selesai tepi," ujar beberapa netizen yang tidak puas hati kerana tiada tindakan serius dikenakan terhadap pelaku.

Dibebaskan selepas dibawa ke balai polis menyebabkan warganet mula mempersoalkan kredibiliti polis.

"Selalunya, polis lepasan SPM atau yang tiada pendidikan akan bertindak tidak profesional. G*** apa lepaskan macam tu saja?

"90 peratus polis macam tu, soalan sama ada ingin 'teruskan' atau lepaskan adalah biasa. Kalau saya ada anak dan dia dibunuh, mesti mereka tanya soalan yang sama... melainkan kau YB.

"Saya ada seorang rakan yang buat laporan polis sebab terima ugutan bunuh. Polis tanya orang yang buat ugutan bunuh tu dan lepaskan dia... kemudian minta mangsa tarik balik laporan dan suruh abaikan," ujar beberapa netizen lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain