suria

Sumbat selagi boleh! Lelaki bengang tengok makcik guna mesin di dobi layan diri, ini ke cara B40 nak berjimat?

Seorang wanita 'menyumbat' lambakan baju kotor dalam sebuah mesin basuh di kedai dobi mengundang kemarahan netizen.

MENGGUNAKAN mesin basuh layan diri di kedai dobi semakin menjadi kebiasaan dalam masyarakat hari ini.

Walaupun memiliki mesin basuh sendiri di rumah, sesetengah individu tetap memilih membersihkan pakaian di dobi kerana adanya mesin pengering, seterusnya memudahkan kerja-kerja melipat di ruang yang disediakan.

Menerusi hantaran di Facebook yang dikongsi seorang lelaki, kelihatan seorang wanita dikelilingi beg dan bakul yang sarat berisi pakaian kotor sedang memasukkan baju di dalam sebuah mesin basuh untuk cucian 10 kilogram (kg) ke bawah.

Posting asal di Facebook.

Menurut lelaki itu, dia berasa kurang senang dengan sikap sesetengah pengguna, termasuklah makcik dalam posting yang dikongsinya kerana tidak mengikut arahan dan peraturan ditetapkan di kedai dobi yang akhirnya akan merosakkan mesin yang ada dan menyusahkan pengguna lain.

“Ni antara perangai yang saya perasan bila mentaliti B40 dekat dobi layan diri. Kadang-kadang menyirap tengok.

“Washer (mesin basuh) 10kg ke 14kg kau sumbat sampai tak ada ruang untuk masuk air dah aku tengok. Punca mesin washer rosak dan owner kena tanggung kos repair,” tulisnya.

Tambahnya lagi, dia turut berasa panas hati dengan cara golongan ini yang suka mengumpul pakaian kotor sehingga kuantiti menjadi banyak.

ARTIKEL BERKAITAN: Panas hati tengok perangai B40 rosakkan dekorasi lego dalam mall, tua muda perangai sama... Mungkin tak faham larangan dalam bahasa Inggeris

ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah B40 gigih hantar anak ke IPTS sebab malu masuk kolej kemahiran! Akhirnya kerja tak dapat, hutang kena bayar

Malah, sikap pentingkan diri tidak membenarkan orang lain menggunakan mesin yang kononnya telah ‘ditempah’ ini menyukarkan proses pengguna lain untuk sama-sama menggunakan perkhidmatan itu.

“Ada spesis bawa berbakul baju nak cuci macam sebulan tak pernah basuh.

“Lepas tu cop washer macam cop parking kereta dekat (perumahan) flat. Bila orang lain nak guna siap sound, Eh tu saya punya. Kepala b*n*.

“Dalam gambar tu memang makcik ni datang satu kapal sumbat baju penuh dalam washer 10kg. Bajet nak jimat.

Sorrylah makcik, nasib tak nampak muka saja. Terpaksa ambil gambar sebab sikap makcik memang tak ada adab,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, lelaki ini turut berkongsi mengenai individu yang membawa ahli keluarga ke dobi yang ruangannya terhad, sedangkan urusan tersebut boleh dilakukan seorang diri sahaja.

Dah dia lambat sangat nak keluarkan dari mesin. Jadi dia pergi basuh balik. Dia yang patut beli mesin sebab tak nak share dengan orang. Tunggulah depan mesin.

NETIZEN

Malah, dia turut mempertikaikan tentang mesin basuh yang sudah tersedia dengan agen pencuci tetapi golongan B40 didakwa masih meletakkan sabun tambahan.

Posting yang dibuat menerusi grup Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini itu turut mencetuskan perdebatan apabila ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan pengguna itu.

“Pernah kena sound dengan ‘crazy lady’ sebab keluarkan baju dia letak dalam bakul. Dah dia lambat sangat nak keluarkan dari mesin. Jadi dia pergi basuh balik. Dia yang patut beli mesin sebab tak nak share dengan orang. Tunggulah depan mesin. Dekat Penang on the way to Batu Feringgi, haish semua orang dia sound.

“Dekat rumah tak ada mesin basuh ke. Kalau rosak jenuh nak berdobi. Aku pernah juga pergi dobi layan diri tapi ada pekerja. Bayar sajalah dekat dia dari duduk nganga dekat situ dengan anak bagai. Ganggu orang.

“Dah tulis siap-siap Dilarang guna sabun debu tapi dengan selambanya sumbat sabun debu. Last-last tempat sabun tersumbat. Dekat meja dah tulis ‘Untuk lipat baju sahaja’ mereka anak beranak sibuk duduk makan dekat meja tu. Siap tumpah-tumpah lagi. Lepas makan plastik pula tinggal bodo (terbiar) saja atas meja tu.

Komen netizen meluahkan pendapat.

“Malas-malas T20 (Top 20 percent) M40 (Middle 40 percent) pun basuh dekat rumah juga. Belanjakan duit sikit untuk beli mesin besar atau pengering dekat rumah. Tapi B40 sanggup habis duit beratus-ratus bulanan semata-mata cuci baju dekat dobi walhal duit tu boleh simpan beli dryer dekat rumah,” bahas netizen, memberikan pandangan dan pendapat mereka di ruangan komen.

Tegas lelaki ini, dia antara individu yang terpaksa ke dobi untuk mencuci pakaian kerana ‘travel’, justeru tidak perlu mempersoalkan mengenai mesin basuh miliknya sendiri.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain