suria

Bino melaram pakai emas pelaburan masa depan tuannya... ramai bimbang pemilik tak sempat tua rantai dah kena ragut, kucing tercekik

Kucing dipakaikan rantai emas oleh tuannya.

"UNTUNG jadi kucing, dapat rantai emas."

Demikian luahan rata-rata warganet selepas video seekor anak kucing berwarna putih dipakaikan rantai emas oleh tuannya, tular di media sosial.

Pemberian barangan mewah sebagai hadiah kepada haiwan kesayangan mula menjadi ikutan pencinta haiwan selepas seorang wanita menghadiahkan rantai berjenama Louis Vuitton (LV) kepada kucingnya sempena ulang tahun kelahiran ketiga 11 Ogos lalu.

Bukan itu sahaja, kucing milik ahli perniagaan Haliza Maysuri juga pernah tular kerana dikalungkan rantai emas bernilai RM25,980 sebagai hadiah hari lahir.

Malah mereka menyifatkan pemberian barang mahal dan layanan bertaraf VVIP itu tidak seberapa, jika dibandingkan dengan tuah serta rezeki yang dibawa si bulus.

Menerusi video perkongsian yang dimuat naik, pemilik akaun TikTok @kucinggomey berkata rantai emas berkenaan dihadiahkan kepada kucing yang bernama Bino.

Bagaimanapun kapsyen pada videonya memaklumkan ia merupakan simpanan hari tuanya seperti yang disarankan orang ramai pada masa ini.

Bino mendapat layanan istimewa dari tuannya.

Bino mendapat layanan istimewa dari tuannya.

"Ramai yang cakap kita kena beli emas simpan. Tapi saya tak tahu nak beli untuk siapa.

"Saya hanya ada kucing kesayangan, bolehkah saya pakaikan dia rantai emas.

"Ini hadiah untuk awak Bino... jaga elok-elok simpanan masa tua saya ni," katanya ringkas.

Disebabkan hadiah yang diberikan adalah unik dan jarang dilakukan pencinta haiwan yang lain, videonya menjadi tular sehingga ditonton lebih 205,000 pelayar TikTok.

Jangan kak, saya pernah juga letak kat kucing... bangun pagi saya tengok dia dah mengelupur.

NETIZEN

Malah ada yang menyifatkan kucing pada masa ini semakin 'upgrade' berbanding kehidupan manusia.

"Kucing pun dah upgrade, you all cepat-cepat upgrade tau. Comel," ujar seorang netizen di ruangan komen.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu kucing kurap, tak ada sudi bela... umur 3 tahun Little terima hadiah birthday terindah rantai Louis Vuitton

ARTIKEL BERKAITAN: Kucing diberi nama Money diajar hidup mewah, pakai rantai emas bernilai RM25,980 - “Hari-hari sebut, duit pun datang kat kita”

Namun, rata-rata warganet meluahkan kebimbangan jika kucing tersebut akan tercekik dan mati kerana tidak selesa dengan rantai emas yang dipakaikan.

"Jangan kak, saya pernah juga letak kat kucing... bangun pagi saya tengok dia dah mengelupur. Rupanya tersekat dekat mulut dia.

"Hati-hati, ni tak ada safety lock. Takut tersangkut apa-apa boleh tercekik.

Antara reaksi warganet selepas menonton video Bino dipakaikan rantai emas.

Antara reaksi warganet selepas menonton video Bino dipakaikan rantai emas.

"Tercekik kucing tu," ujar beberapa netizen.

Dalam pada itu, tidak kurang juga yang menyatakan kucing bakal menjadi mangsa ragut.

"Jangan kak, kucing saya pasang kolar pun dia garu-garu habis tercabut. Kalau orang jumpa ni auto emas pun lesap.

"Kalau kucing keluar ni... habis la.

"Kalau tiba-tiba kucing tu lari macam mana?

"Risau kucing pula kena ragut sekarang ni," luah sekumpulan netizen lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain