MAJLIS perkahwinan yang sepatutnya diraikan dengan penuh kegembiraan bertukar sebak disulami drama air mata. Momen pengantin lelaki memeluk abangnya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) di hadapan pelamin cukup menyentuh emosi semua tetamu yang hadir. Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, kelihatan si abang istimewa seperti tidak mahu melepaskan pelukan erat adiknya. Malah pengantin perempuan juga mengalirkan air mata sebelum mendekati dan turut memeluk dua beradik itu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Bercakap kepada mStar, pengantin lelaki, Wan Mohammad Irham Wan Mustafa berkata, momen itu terjadi semasa majlis perkahwinannya di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor, pada 11 September lalu. Pemuda berusia 27 tahun itu memberitahu, kemunculan abangnya yang menghidap sindrom down sejurus selesai sesi 'salam restu' membabitkan kedua-dua belah keluarga pengantin. ARTIKEL BERKAITAN: Kasih seorang abang... dah berkeluarga tapi masih nak sedondon dengan adik OKU! Bengah akui terkenangkan Bella di Aidilfitri ARTIKEL BERKAITAN: Hanya linangan air mata gambarkan perasaan bapa OKU, tak sangka kereta impian ada di depan mata - "Ayah susah menangis, kali terakhir sewaktu ibunya meninggal dunia" "Ada sesi khas saya dan isteri bersama abang. Sebaik pengacara majlis menyebut nama abang, dia terus berlari datang memeluk saya. "Pertamanya, saya sebak melihat wajah abang yang sedih. Tak boleh nak kawal perasaan, apatah lagi abang berkali-kali menyebut nama arwah abah," katanya kepada mStar. Tangisan dua beradik menyentuh emosi. foto @photographbyamirafiq Lebih mesra disapa Wan, dia juga lebih dikenali sebagai 'Baby' oleh abang istimewanya, Wan Ahmad Irman berusia 28 tahun. "Sebenarnya sejak hari akad nikah lagi abang dah mula merajuk. Lebih-lebih lagi ketika bapa mentua menyebut nama penuh saya sekali dengan nama arwah abah. Kasih sayang itu membuatkan abang terlalu istimewa. WAN MOHAMMAD IRHAM "Abang paling rapat dengan saya dan arwah abah. Mungkin itu yang membuatkan dia sebak. Masa berpelukan di depan pelamin, abang berkali-kali sebut arwah abah. "Dulu, masa arwah abah baru meninggal, abang selalu jalan kaki ke kubur arwah sebab rindu, kebetulan kubur tu dekat je dengan rumah," katanya sambil memberitahu bapa mereka meninggal dunia akibat sakit tua, kira-kira lapan tahun lalu. Wan (tiga, kiri) dan isteri (tiga, kanan) bersama keluarga. foto @photographbyamirafiq Menurut anak kedua daripada empat beradik itu lagi, abangnya sulungnya itu juga merupakan peminat penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza. "Abang suka karaoke dan lagu-lagu kesukaan dia adalah nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza. Dia selalu kata nak kahwin dulu daripada saya, dia nak kahwin dengan Siti Nurhaliza. "Tapi kami beritahu abang yang Siti Nurhaliza dah kahwin, dah ada suami. Abang seakan faham, dan dia tetap menyanyikan lagu-lagu Siti Nurhaliza seperti Nirmala," katanya. Wan cuba menenangkan abangnya. foto @photographbyamirafiq Berasal dari Jengka, Pahang, Wan berkata, dia memperisterikan penganalisis data, Lyana Amiera Nazlee, 28, setelah enam tahun berkenalan. Berkongsi cerita, Wan yang merupakan pengurus kedai berkata, dia dimaklumkan oleh ibu mengenai perihal abangnya sejurus selesai majlis pernikahan. Keakraban Wan (kanan) bersama abangnya. "Mak beritahu apabila abang dapat tahu yang saya nak kahwin, setiap malam dia tanya mak bila harinya. Abang macam mengingati hari kahwin saya, macam buat countdown. "Sebagai adik saya terharu dan tak sangka. Kita tak tahu apa yang dia rasa sebenarnya tapi walaupun saya telah bergelar suami orang, dia tetap abang kesayangan saya. "Abang seorang yang pendiam dan rajin buat kerja-kerja rumah. Saya paling kagum adalah kejujurannya.. perasaannya sebagai abang yang ditunjukkan pada saya dan disaksikan oleh isteri dan seluruh dewan. "Kasih sayang itu membuatkan abang terlalu istimewa," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI